header

header
hairie

uitm Perak

| Tuesday, 31 March 2009
Itu la sejarah sebenarnye macam mane uitm perak ni leh wujud..cuaca kat sini agak panas daripada biasa...kul 9am dah rase bahangnye...har2 pegi kelas jer dah berpeluh..mula la tak selesa..

Kampus Seri Iskanda ni merupakan kampus kedua tercantik selepas kampus induk, Uitm Shah Alam..sekarang ni tengah rancak berjalan projek RMK-9 kat depan kolej bidara..dengarnye nak buat Pusat Islam yang baru..

Ni ade gambar-gambar uitm Seri Iskandar yang aku sempat ambik..

ni kat bangunan pentadbiran uitm perak...konsep die diinspirasikan daripada seni bina rumah tradisional melayu negeri Perak..agak menarik cez bentuknye yang melengkung..


yang ni pulak fakulti aku; Fakulti Senibina, Perancangan & Ukur..kat sini la terletaknye studio-studio jabatan Senibina Landskap..dari part1 sampai part6..dulunya bangunan ni jadi bangunan pentadbiran sebelum bangunan yang baru dibina..


ni la sebahagian landskap yang membentuk identiti dan environment uitm Perak..


imej yang menunjukkan dataran ilmu dekat belakang bangunan pentadbira..kat sebelahnye ade perpustakaan...


ni bangunan Annex 1..fakulti FSPU jugak..tapi kat sini banyak dak2 architecture ngan QS...cantik kan form building ni...


pemandangan yang sungguh meredupkan di antara fakulti OM ngan CS..ade gazebo yang selalu budak2 wireless kat sini ngan dating pun ade jgk...kikii


bersame mereka...

|
bestnye ade kawan yang best..tul x kawan2?...huhu

ni gambar mase photo shooting amanat kasih untuk dinner hari 2..gambar yang berwarna 2 sebenarnye papa & mama rap. kitorang..haha...cantik x?..ni gambar student studio o6 ; urban design..yang tak de dalam gambar ni just farid jer (jiwa kacau)


dari kiri: azmi, farid ngan basit...ni mase presentation studio 03, inventiry & analysis Kuala Kangsar..haha...sape yang paling elok?..hehe


ha...yang ni pulak mase kitorang camping kat Cameron Highlands (part3 kot)...sejuk giler..mereka ni pulak sempat lagi posing kat kamera ni...nampak cam artis pulak kan...(katenye)..yang belakang dari kiri; en azrul (lecturer yang over tapi professional), sharoll, nine (nok), lee & piee..yang barisan wanita kat depan 2 baju coklat namenye zai (ayam durian crunchy manje), syuee (mak die jual sardin roll), & alia (kawin nanti die nak pakai tema kaler pink ngan ungu)..itu lah mereka....


yang ni pulak mase kat Cameron Highlands mase part1..ade ceramah jap before dinner...mesti korang kenal kan smua ni?...so tak payah la aku bagitau satu2...k?.


.ni lagi best...nbaru pas makan nasi minyak kat umah zabir (baju coklat tepi sekali tu)..abang die kawin...tiap orang dapat beg...bestnye...kikiki...semua ni dah pegi keluar dari kepompong parit sulong ni..Pahang, KL, Perlis...hu..


ni kat Kuala Selangor...kene mandi lumpur kat paya bakau...ngan teritip yang banyak....menyakitkan!!....trip ecology...huhuhu...


ni mase wat keje final project part 2..kat bilik aku...betape berseleraknye kan..belakang 2 katil aku tu...cantik tak?...lalalalalla..muke2 yang ceria tapi tengah tension sebenarnye...


last sekali yang ni mase sambutan hari raye kat studio tahun 2006 (part1)..ni la batch kitorang yang asal..n sekarang dah tinggal 47 orang sahaja daripada 60 lebih..hu..


ni mase kelas BEL part 2...sambut beszday Saleha..haha


ni mase part 4...wat model gazebo..dari kiri Amy, Yana, Sharoll, Piee ngan Yanti...





Kampung Baru Berpotensi Jadi Kawasan Segi Tiga Emas

|
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Kampung Baru, yang terletak di tengah-tengah bandar raya, boleh menjadi satu kawasan "Segi Tiga Emas" sekiranya ia dibangunkan dengan pembaharuan yang cukup dengan prasarana daripada segi fizikal dan spiritual, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata kawasan itu perlu dibangunkan bukan sahaja daripada sudut tempat penginapan sahaja tetapi juga daripada sudut ekonomi yang rancak dan bernilai tinggi di mana penduduk di kawasan itu boleh memanfaatkannya.

Projek pembangunan Puncak Baru akan dibina di tanah seluas 1.5 hektar milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, melibatkan sebuah menara kondominium setinggi 60 tingkat mengandungi 392 unit kediaman dan sebuah bangunan 40 tingkat mengandungi unit pejabat selain tiga tingkat ruang beli belah dan perniagaan.

Projek bernilai RM500 juta itu akan bermula dalam masa tiga bulan dan siap dalam masa empat hingga lima tahun.

Pada sidang akhbar selepas itu, Abdullah berkata keutamaan akan diberi kepada penduduk Kampung Baru bagi penjualan kondominium dalam projek berkenaan.

source:http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=400263

familyTREE

|
aku ni anak yang paling ujung sekali..adik beradik tinggal 3 jer (yang sulung dah meninggal coz eksiden mase balik sekolah STBP form 6)..

Sorang dah keje, lagi 2 sedang belajar lagi..bapak aku keje kebun jer & mak aku jadi permaisuri sepenuh mase..

Tu je la...tengok la gambo2 ni..


ni gambar mase raye aidilfitri..ngan family mak cik aku (rumah sebelah jer) tapi anak2 die ni dah keje semua..diorang la yang meramaikan gambar ni..yang pakai baju kurung hitam tu nenek aku (dah meninggal mase pertengahan bulan Syawal 2008)...muke aku time ni terlalu fresh tau..haha..


ni my father kat dalam helikopter mase die hantar aku balik kampus...bapak aku ikut coz die nak tengok anak sedarenye yang dok kat Pengkalan TLDM Lumut ni..(keje as tentera laut tapi die wat maintenance helikopter)..bapak aku terkenal ngan aktiviti merapatkan hubungan sedara-mara yang terlalu ramai..(Seri Medan paling ramai sedara belah bapak aku ni)..


ni pulak family aku tengah siapkan menu untuk tetamu seramai 80 orang sekalu masuk dalam rumah mase raye ni..setiap raye ke-5 kitorng memang sediakan juadah untuk tetamu yang datang ke rumah..orang jawe kate 'baraan' dari Seri Medan yang datang...so, sape 2yang nak datang rumah aku mase raye, datanglah raye ke-5..makan free..


ni pulak namenye Zabir.sepupu aku..sekarang die study Diploma kat uitm Perlis..die ambik pertanian..ni gambr mase Johor dilanda banjir besar tahun 2006 kot..ni kat tengah2 jalan utama Muar -Yong Peng yang selalu treler besar2 lalu..petang2 kat sini mase banjir dah macam taman tema coz ade yang bawak satu family main air..haha..yang dating pun ade jugak..maklum la Pt Sulong tak pernah banjir..(last banjir dh lame dulu..tak ingat tahun berape)..








Perlumbaan Pembuka Tirai 2009, Grand Prix Australia

| Monday, 30 March 2009

MELBOURNE - Pemandu Britain, Jenson Button mengetuai kemenangan sensasi 1-2 buat pasukan baru Formula Satu, Brawn GP pada perlumbaan pembuka tirai 2009, Grand Prix Australia semalam.

Malah, pada satu peringkat, pemandu berusia 29 tahun itu mendahului dengan kelebihan 34 saat dan menamatkan perlumbaan dengan 0.807 saat di depan rakan sepasukan, Rubens Barrichello dari Brazil.

Pemandu Itali, Jarno Trulli dari pasukan Toyota melepasi garisan penamat di tempat ketiga tetapi dibatalkan penyertaan untuk membolehkan juara dunia, Lewis Hamilton dari McLaren-Mercedes naik ke kedudukan ketiga.

Trulli didapati bersalah memintas Hamilton ketika kereta keselamatan masih berada di atas trek pada lima pusingan terakhir dan akibatnya, dia didenda 25 saat untuk sekadar menamatkan saingan di tangga ke-12.

Kemenangan Brawn GP ini menjadi permulaan musim paling sensasi, apatah lagi mereka hanya mengesahkan penyertaan pada 6 Mac lalu selepas membeli pasukan daripada Honda, yang menarik diri akibat krisis kewangan global.

Selepas mengutip 18 mata maksimum daripada perlumbaan sulung di Melbourne, Brawn, yang dimiliki oleh bekas jurutera Ferrari, Ross Brawn melaungkan keyakinan untuk mencabar dua pasukan utama, Ferrari dan McLaren.


inside Formula1

|
Memang aku dah lame minat f1 ni sejak sekolah lg sebenarnye..tapi bile dah masuk U ni memang jarang aku dapat tengok kat tv...coz tak de tv kat bilik,...kalau tengok pun mase kat rumah la..time balik kampung ngan cuti semester..hu..makin lame makin maju la f1 ni..ade team baru, bentuk kereta baru n paling best sekali litar baru..kat Malaysia ni f1 bermula tahun 1999 kat Litar Sepang..litar yang cantik (smart)..

Alia pernah join larian kat litar 2 ..

Okay..musim ni banyak yang berlaku sebelum f1 mule..ade peraturan baru, pasukan baru ngan litar baru..pasukan baru yang aku tau Brawn GP..asalnye dulu pasukan Honda tapi ntah macam mane honda ade masalah kewangan so ade orang beli pasukan 2.......jadi, mase depan Jenson Button (driver Brawn GP) dah bersinar kembali...

Okay..aku penat la nak menapi..kat sini aku selitkan maklumat f1 musim ni..

Pasukan-pas
ukan yang turut serta:
01 2009 FORMULA 1 ING AUSTRALIAN GRAND PRIX (Melbourne)
27 - 29 Mar
02 2009 FORMULA 1 PETRONAS MALAYSIAN GRAND PRIX (Kuala Lumpur)
03 - 05 Apr
03 2009 FORMULA 1 CHINESE GRAND PRIX (Shanghai)
17 - 19 Apr
04 2009 FORMULA 1 GULF AIR BAHRAIN GRAND PRIX (Sakhir)
24 - 26 Apr
05 FORMULA 1 GRAN PREMIO DE ESPANA TELEFONICA 2009 (Catalunya)
08 - 10 May
06 FORMULA 1 GRAND PRIX DE MONACO 2009 (Monte Carlo)
21 - 24 May
07 2009 FORMULA 1 ING TURKISH GRAND PRIX (Istanbul)
05 - 07 Jun
08 2009 FORMULA 1 SANTANDER BRITISH GRAND PRIX (Silverstone)
19 - 21 Jun
09 FORMULA 1 GROSSER PREIS SANTANDER VON DEUTSCHLAND 2009 (Nürburgring)
10 - 12 Jul
10 FORMULA 1 ING MAGYAR NAGYDIJ 2009 (Budapest)
24 - 26 Jul
11 2009 FORMULA 1 TELEFONICA GRAND PRIX OF EUROPE (Valencia)
21 - 23 Aug
12 2009 FORMULA 1 ING BELGIAN GRAND PRIX (Spa-Francorchamps)
28 - 30 Aug
13 FORMULA 1 GRAN PREMIO SANTANDER D'ITALIA 2009 (Monza)
11 - 13 Sep
14 2009 FORMULA 1 SINGTEL SINGAPORE GRAND PRIX (Singapore)
25 - 27 Sep
15 2009 FORMULA 1 FUJI TELEVISION JAPANESE GRAND PRIX (Suzuka)
02 - 04 Oct
16 FORMULA 1 GRANDE PREMIO DO BRASIL 2009 (Sao Paulo)
16 - 18 Oct
17 2009 FORMULA 1 ETIHAD AIRWAYS ABU DHABI GRAND PRIX (Yas Marina Circuit)
30 Oct - 01 Nov





Azizulhasni menang perak Kejohanan Dunia

|
Azizulhasni yang baju hitam 2....wah..bestnye ..hebat!!!

Satu lagi sejarah baru tercipta apabila jaguh pecut berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang berjaya menyumbang pingat perak menerusi acara pecut pada Kejohanan Dunia, semalam.

Selepas Rizal Tisin meraih gangsa menerusi acara 1km ujian masa, kelmarin Azizulhasni memberi kegembiraan berganda buat Malaysia yang tidak pernah menang pingat pada Kejohanan Dunia dalam sejarah lebih 50 tahun sukan lumba basikal negara.

Walaupun bukan pingat emas tetapi ia sudah cukup membanggakan terutama kejayaannya layak ke perlumbaan akhir di samping menewaskan jaguh-jaguh handalan dunia di Pruzskow, Poland ini.

Malah, pencapaian yang ditunjukkan Azizulhasni ini dicipta terlalu awal daripada yang dijangkakan terutama dalam usia yang masih muda dan masih kurang pengalaman.

Cuma nasib sahaja tidak menyebelahinya untuk mencatat sejarah lebih besar semalam kerana Azizulhasni sebenarnya mampu meraih emas jika tidak kerana silap strategi di saringan penentuan.

Selepas tewas saringan pertama, Azizulhasni bangkit untuk memenangi saringan kedua tetapi kecetekan pengalaman menyaksikan dia terpaksa akur dengan kehebatan lawannya dari Perancis, Gregory Bauge yang lebih besar saiz fizikal daripadanya pada saringan ketiga.

Namun, apa jua yang dicapainya, Azizulhasni sudah pun mencipta sejarah menjadi pelumba terbaik dan pertama Malaysia meraih pingat perak dari Kejohanan Dunia ini diikuti Rizal yang meraih gangsa.

ni la Rizal yang menang gangsa..die ni yang menang dulu pas tu baru azizulhasni....tahniah!!!!


AZIZULHASNI Awang dan Mohd. Rizal Tisin (kiri) disambut sebagai wira negara sekembalinya dari kejohanan dunia di Pruzskow, Poland di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

source:http://www.utusan.com.my/

friends

| Sunday, 29 March 2009
kawan?ape mksud kawan....

bagi aku kawan adalah segala-galanya..bile kite susah kite mintak tolong die...dgn bahasa kasarnye 'ngecek'...huhu..tul x?..

tp ade kawan yg bile die senang die lupe kite..msti korg pernah rase..ye la m
ule2 kite brsusah payah tolong die pas 2 bile dh dpt segale, ntah die letak kite kt mane ntah...dh lupe kot..

ade kawan yg best & ade yg xbest..xtau la...sbnrnye kt sini aku nk show moment2 ak
u ngan kawan aku..spnjang belajar kt uitm perak ni memg best giler...hari2 aku ketawe..ngumpat, ngate, study, wt keje group...puhh..!!!!...apepn korg tgk la sndiri..


ni gambar mase dinner kitorg kt Grand Bluewave Hotel Shah Alam...paling best smua ikut tema mlm 2 ...meletopp..ni la dinner last kitorg before grad..insyaallah..
ni pulak mase photo shooting untuk amanat kasih..yg ni pn best jgk..smua memberi kerjasama yg terbaik..mengikut tema..best giler...jarang kitorg dapat moment cm ni..


ni lg 1........mase trip studio 06 pg melake..kitorg wt sequential studies kt sane...pnat wow.....ni kt St Paul Hill..pas abis pusing2 ikut route..kitorg rilek jap..mase ni la aku bru jumpe grup lain..co kitorg jalan dlm group masing2..so group aku la yg paling terpencil..ntah la knape...(xhebat kot)..time ni ape lg..photo shooting la...hahahaha


let me introduce myself

|

Name IC Mohd Khairi Khadzir... origin dari Batu Pahat..(sejarahnye ade perigi yg dipahat kt batu besat kt tepi pantai MInyak Beku..) msti korang xtau name tempat ni..nnt ade mase aku introduce psl Batu Pahat..huhu..

Parit Sulong..kt situ la aku dibesarkan..pekan kecil yg semakin maju..makin lame makin cantik..skrg ni tgh upgrade sistem saliran..majlis wt dinding konkrit kt parit..hu..agak menarik..

iceLEMON tea..name yg diambil kerana mase nk bg name blog ni mule2..tibe2 trnampak 1 air tin ni..nmpk sedap..aku suke air ni...sdap gilerr...huh!!!ngarut dh.... umo 20..Landscape Architecture Student..(Diploma) uitm Perak..semester last.. aku lah yg pling banyak simpan gambar2 mase kt sini..dh bnyk aku burn dlm cd..kiki..tp kamera Nikon biase jer...digital..hu..xmampu nk bli kamera besar stakat ni jer la dulu...nnt kalau ade lg aku tmbh...enjoy my blog..


lagi...blog ni sebenarnye untuk aku mengarut, kongsi informasi terbaru..& macam2 lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean