header

header
hairie

Azizulhasni menang perak Kejohanan Dunia

| Monday, 30 March 2009
Azizulhasni yang baju hitam 2....wah..bestnye ..hebat!!!

Satu lagi sejarah baru tercipta apabila jaguh pecut berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang berjaya menyumbang pingat perak menerusi acara pecut pada Kejohanan Dunia, semalam.

Selepas Rizal Tisin meraih gangsa menerusi acara 1km ujian masa, kelmarin Azizulhasni memberi kegembiraan berganda buat Malaysia yang tidak pernah menang pingat pada Kejohanan Dunia dalam sejarah lebih 50 tahun sukan lumba basikal negara.

Walaupun bukan pingat emas tetapi ia sudah cukup membanggakan terutama kejayaannya layak ke perlumbaan akhir di samping menewaskan jaguh-jaguh handalan dunia di Pruzskow, Poland ini.

Malah, pencapaian yang ditunjukkan Azizulhasni ini dicipta terlalu awal daripada yang dijangkakan terutama dalam usia yang masih muda dan masih kurang pengalaman.

Cuma nasib sahaja tidak menyebelahinya untuk mencatat sejarah lebih besar semalam kerana Azizulhasni sebenarnya mampu meraih emas jika tidak kerana silap strategi di saringan penentuan.

Selepas tewas saringan pertama, Azizulhasni bangkit untuk memenangi saringan kedua tetapi kecetekan pengalaman menyaksikan dia terpaksa akur dengan kehebatan lawannya dari Perancis, Gregory Bauge yang lebih besar saiz fizikal daripadanya pada saringan ketiga.

Namun, apa jua yang dicapainya, Azizulhasni sudah pun mencipta sejarah menjadi pelumba terbaik dan pertama Malaysia meraih pingat perak dari Kejohanan Dunia ini diikuti Rizal yang meraih gangsa.

ni la Rizal yang menang gangsa..die ni yang menang dulu pas tu baru azizulhasni....tahniah!!!!


AZIZULHASNI Awang dan Mohd. Rizal Tisin (kiri) disambut sebagai wira negara sekembalinya dari kejohanan dunia di Pruzskow, Poland di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

source:http://www.utusan.com.my/

0 Readers:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean