header

header
hairie

Kampung Baru Berpotensi Jadi Kawasan Segi Tiga Emas

| Tuesday, 31 March 2009
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Kampung Baru, yang terletak di tengah-tengah bandar raya, boleh menjadi satu kawasan "Segi Tiga Emas" sekiranya ia dibangunkan dengan pembaharuan yang cukup dengan prasarana daripada segi fizikal dan spiritual, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata kawasan itu perlu dibangunkan bukan sahaja daripada sudut tempat penginapan sahaja tetapi juga daripada sudut ekonomi yang rancak dan bernilai tinggi di mana penduduk di kawasan itu boleh memanfaatkannya.

Projek pembangunan Puncak Baru akan dibina di tanah seluas 1.5 hektar milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, melibatkan sebuah menara kondominium setinggi 60 tingkat mengandungi 392 unit kediaman dan sebuah bangunan 40 tingkat mengandungi unit pejabat selain tiga tingkat ruang beli belah dan perniagaan.

Projek bernilai RM500 juta itu akan bermula dalam masa tiga bulan dan siap dalam masa empat hingga lima tahun.

Pada sidang akhbar selepas itu, Abdullah berkata keutamaan akan diberi kepada penduduk Kampung Baru bagi penjualan kondominium dalam projek berkenaan.

source:http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=400263

0 Readers:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean