header

header
hairie

Perlumbaan Pembuka Tirai 2009, Grand Prix Australia

| Monday, 30 March 2009

MELBOURNE - Pemandu Britain, Jenson Button mengetuai kemenangan sensasi 1-2 buat pasukan baru Formula Satu, Brawn GP pada perlumbaan pembuka tirai 2009, Grand Prix Australia semalam.

Malah, pada satu peringkat, pemandu berusia 29 tahun itu mendahului dengan kelebihan 34 saat dan menamatkan perlumbaan dengan 0.807 saat di depan rakan sepasukan, Rubens Barrichello dari Brazil.

Pemandu Itali, Jarno Trulli dari pasukan Toyota melepasi garisan penamat di tempat ketiga tetapi dibatalkan penyertaan untuk membolehkan juara dunia, Lewis Hamilton dari McLaren-Mercedes naik ke kedudukan ketiga.

Trulli didapati bersalah memintas Hamilton ketika kereta keselamatan masih berada di atas trek pada lima pusingan terakhir dan akibatnya, dia didenda 25 saat untuk sekadar menamatkan saingan di tangga ke-12.

Kemenangan Brawn GP ini menjadi permulaan musim paling sensasi, apatah lagi mereka hanya mengesahkan penyertaan pada 6 Mac lalu selepas membeli pasukan daripada Honda, yang menarik diri akibat krisis kewangan global.

Selepas mengutip 18 mata maksimum daripada perlumbaan sulung di Melbourne, Brawn, yang dimiliki oleh bekas jurutera Ferrari, Ross Brawn melaungkan keyakinan untuk mencabar dua pasukan utama, Ferrari dan McLaren.


0 Readers:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean