header

header
hairie

Grand Prix Malaysia, Sepang

| Monday, 6 April 2009

SEPANG - Juara perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Malaysia Petronas, Jenson Button menyifatkan semalam merupakan antara perlumbaan paling 'gila' yang pernah diharunginya selepas merangkul kejuaraan kedua berturut-turut selepas GP Australia minggu lepas.

Selepas memulakan perlumbaan dalam keadaan trek kering, saingan tiba-tiba terpaksa dihentikan memasuki pusingan ke-32 kerana hujan lebat tidak memungkinkan ia diteruskan.

Ini merupakan perlumbaan F1 paling singkat dalam tempoh 18 tahun akibat cuaca buruk namun menyaksikan kehadiran penonton keseluruhan seramai 97,368 sejak Sabtu lalu.

Button, yang menjuarai perlumbaan pembuka tirai 2009, di Litar Albert Park, Melbourne minggu lalu mendahului pemandu-pemandu lain ketika perlumbaan masih berbaki 24 pusingan, sebelum ditabalkan selaku juara selepas hampir sejam perlumbaan dihentikan.

Pemandu BMW-Sauber, Nick Hiedfeld pula antara yang menerima manfaat besar daripada cuaca buruk apabila menamatkan perlumbaan di tangga kedua selepas memulakan cabaran dari petak ke-10.

Pada ketika kebanyakan pasukan mengalami kesukaran untuk meneruskan saingan, pemandu Jerman itu sebaliknya berterima kasih kepada pasukannya kerana memilih tayar yang tepat untuk membolehkan dia menaiki podium pertamanya tahun ini.

"Saya tidak dapat mengharapkan penamat yang lebih baik daripada ini. Kami berdepan situasi yang amat sukar tetapi pasukan membuat pemilihan tayar yang tepat," ujar Heidfeld.

Pemandu Toyota, Timo Glock menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, meninggalkan rakan sepasukan, Jarno Trulli di tempat keempat, manakala pemandu Brawn GP, Ruben Barrichello menghuni tempat kelima.

Pemandu Red Bull, Mark Webber; juara dunia, Lewis Hamilton dari McLaren dan Rosberg melengkapkan kedudukan pungutan mata dengan menduduki tangga keenam, ketujuh dan kelapan.

Bagaimanapun setiap pemandu dan pasukan hanya diberikan separuh mata kerana perlumbaan tidak dapat dilengkapkan sekurang-kurangnya 70 peratus daripada keseluruhan pusingan seperti yang disyaratkan.

source: http://www.utusan.com.my

1 Readers:

mie kering at: 8 April 2009 at 22:58 said...

hahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean