header

header
hairie

Menonton TV punca gemuk?

| Saturday, 11 April 2009

KUALA LUMPUR 10 April - Percaya atau tidak, 30 peratus kanak-kanak di negara ini yang menghabiskan masa lapan jam sehari menonton televisyen dan bermain komputer didapati menghadapi masalah obesiti.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan), Datin Asariah Mior Shaharuddin berkata, tumbesaran mereka akan terjejas sekiranya tabiat tidak baik itu terbawa-bawa sehingga mereka dewasa.

Beliau berkata, kaji selidik oleh Pusat Informasi Pemakanan Asia (AFIC) itu melibatkan kanak-kanak berusia 12 tahun di empat bandar raya Asia termasuk Malaysia.

"Justeru, ibu bapa diminta menumpukan sepenuh perhatian terhadap proses tumbesaran anak-anak khususnya dengan pengambilan diet yang seimbang,'' katanya.

Menurut Asariah, kajian AFIC menunjukkan penyakit obesiti di kalangan kanak-kanak semakin meningkat dan tidak mustahil mereka akan dijangkiti penyakit seperti diabetis, tekanan darah tinggi dan kardiovaskular apabila dewasa.

Sehubungan itu kata beliau, Kementerian Pelajaran yang telah melancarkan program 3K iaitu 'Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan', sangat gembira apabila NSM dan GSK melancarkan buku panduan khasiat untuk kanak-kanak 12 tahun ke bawah.

Beliau berkata, sejumlah 22,000 buku panduan tersebut akan diedarkan di semua sekolah seluruh negara dalam dua versi iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia manakala bahasa Mandarin untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) sahaja.

Aspek-aspek dalam buku setebal 25 muka surat itu termasuklah tabiat pemakanan yang sihat, tumbesaran fizikal, daya penglihatan, kecergasan fizikal dan perkembangan emosi.


source: http://www.utusan.com.my

0 Readers:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean