header

header
hairie

Malam Seni Warisan Agung

| Friday, 21 August 2009
SOLAR nite datang lagi tapi ni first time aku join..kesimpulannye, best jugak..walaupun agak kelam kabut..

Semester ni bertemakan Seni Warisan Agung di mana semua diwajibkan memakai pakaian tradisional Melayu contohnya baju kebaya, songket dan tanjak. Lokasi kat Carlton Holiday Hotel & Suite Shah Alam. Semester ni jugak dak2 part 5 yang uruskan dan sem depan kitorang pulak la yang uruskan..


Ape yang aku takkan lupakan sampai bila-bila adalah aku kene wat opening untuk diner..zapin dowh..selama aku diner mase diploma tak pernah wat opening..persembahan pun sekali jer.. (agaknya crown dah pindah kat aku kot).. ni Kak Zura la yang suruh aku ..tapi tak pe yang penting aku dah dapat pengalaman best..(bajett)

Sem ni pun ade jugak Paper Dress Competition..siap catwalk lagi..best2..baju part 04 kitorang dari idea si Pija tu..pas tu kitorang pon tolong2 je la..akhirnya siap jugak

TAPI pada malam sehari sebelum dinner, ade kejadian pasal baju kami..ade yang sabotaj..ha..ha..sape buat!!!...xpe2..nanti aku cerite dalam entry lain..


ni la model kitorang yang meletop...Cik Anes..cantk pulak tu..make up by Kak Zura kitorang..pandai die catwalk..gigi tak pernah tak nampak..sentiasa tunjuk.

Yang ni pulak baju part 5...dah la kemas, lawa, teliti, cantik..pas tu menang pulak tuh..jeles!!!!...model by musheee..cantik...


Fesyen berani dari part 6..sexy..sape yang tak kenal model die ni...kan diva uitm..ngenge

Persembahan nyanyian Ghazal Untuk Rabiah by Ali ngan Abe..best...lagi best kalau ade penari kat belakang..tapi bukan aku...hehe

macam biase, Prof Wan Halawah nyanyi setiap malam diner..lagu ape ek?aku lupe pulak..tapi time die nyanyi kitorang semua ikut sekali...

time to eat..cube teka di antara muke 4 orang ni sape yang menunjukkan ekspresi paling lapar?
..lauk sedap jugak tapi ade yang panggil diner ni "diner air kosong"..knape?sebab kitorang minum air kosong jer..nasib baik sedap..tapi still xsuke..cube la bagi air yang manis sikit..oren ke, sirap ke, ....tak payah la ikut sangat protokol hotel tu..kitorang ni student je...1 meja tu nasi siap mintak 3 mangkuk..maklum la semua DH MAKANNN!!!!!!....perut dak laki KECIKKKK!!!!!!!!!!...anda paham?..


setiap tetamu dapat bunga ros ni..made by paper...kreatif dan cantik..good..malam tu jugak ade cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah..tapi aku tak dapat pun..tu pun ika punye yang aku ambikkan..gelak besar aku..

diner sem ni aku pakai baju sponsor..baju sendiri bawak tapi tak bagi pakai coz aku wat opening dan patutnye last skali ade joget lambak tapi ntah tak jadi..joget gitu2 je la..aku dah siap baju aku dah.tradisional johor..warna ungu tapi sedih tak dapat pakai..

kitorang ni pantang nampak kamera besar..sem ni Won jadi jurukamera..dan batch kami pun ade yang dah ade SLR sendiri..jajad ngan zulhasnan..so ape lagi ..memandangkan gambar2 mereka berkualiti so segala kamera kecik kami simpan..lalala..






En Bobo lecture kami ngan jajad

CEGAH Influenza A H1N1

|
Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk dan bersin. Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan-permukaan atau tersebar ke udara. Seterusnya, seseorang akan dijangkiti sama ada melaui pernafasan, melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan-permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.


PANDUAN PENJAGAAN KESIHATAN DIRI DI RUMAH
1) Jika demam makan ubat paracetamol mengikut dos yang disyorkan
2) Demam yang telah reda tidak bermaksud anda telah sembuh tetapi boleh membuatkan anda berasa lebih selesa. Patuhi arahan pada label ubat. Dapatkan nasihat pengamal perubatan tentang ubat yang disarankan, sukatan yang sesuai, kesan sampingan ubat dan bila pengambilan perlu dihentikan
3) Berehat secukupnya
4) Banyakkan pengambilan cecair (termasuk air mineral, bubur, isotonik, jus buah-buahan dan sup) bagi mengelakkan dehidrasi
5) Sekiranya mengalami tanda-tanda kecemasan segera dapatkan rawatan doktor
6) Pastikan pengudaraan yang baik di rumah (membuka tingkap di bilik, dapur, tandas dan bilik mandi)

Pemergian Ustaz Asri

| Wednesday, 19 August 2009

SETIAP pagi, seperti biasa sebelum melangkah keluar dari rumah untuk ke pejabat, Mohamad Asri Ibrahim dibekalkan erat pelukan isteri yang mengiringinya hingga ke pintu sambil mengucup tangan sebagai doa agar perjalanan suami selamat pergi dan kembali.

Namun pagi 13 Ogos lalu, entah kenapa Mohd. Asri atau lebih mesra disapa Ustaz Asri, ayah kepada enam orang anak itu begitu tergesa-gesa untuk pergi, hingga tidak berpeluang isteri tercinta Haliza Shahadan, 39, memeluk erat suami seperti biasa.

Pagi itu, Ustaz Asri dan Rabbani dijadualkan menyanyikan lagu tema Syahadah musim kelima sebuah rancangan terbitan RTM yang akan disiarkan sepanjang bulan Ramadan, di Auditorium P.Ramlee, Angkasapuri.

Dan... dalam suasana tenang dan sepi, ketika syahadah dibisikkan di telinganya, Ustaz Asri yang rebah dan pucat wajahnya, longlai di pangkuan sahabat-sahabatnya.

Meski hati mereka digayut rasa sedih, namun tidak mahu mengaku kalah. Dengan semangat setia kawan dan dipanjatkan beribu doa, dengan menaiki van milik mereka, Ustaz Asri dibawa ke Pusat Perubatan Pantai.

Namun takdir menentukan segala-galanya. Allah lebih menyayanginya dan tepat pada pukul 11.45 pagi, doktor mengesahkan Ustaz Asri yang dikenali sebagai pejuang lagu-lagu nasyid meninggal dunia kerana sakit jantung.

Dilahirkan pada 3 Ogos 1969, pemergian Allahyarham amat mengejutkan ramai pihak terutama kepada mereka yang meminati koleksi lagu-lagu dakwah nyanyiannya bersama kumpulan Rabbani.

Selama 12 tahun memperjuangkan irama nasyid, kini, segalanya hanya tinggal kenangan dan akan terus terpahat di sanubari setiap daripada kita semua.

Rebah ketika menjalani sesi latihan sempena pelancaran program Syahadah, rintihan dan tangis sendu mengiringi saat jenazah Allahyarham dimandi, dikapan dan disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam.

Selain seorang balu, Haliza Shahadan@Noor Jannah, Allahyarham meninggalkan enam anak iaitu Mohd. Nasimudin, 15; Mohd. Fathi, 14; Nur Afikah, 12; Mohd. Ilham, 10; Sufiyah Munawarh, 6 dan Hamdi Rabbani, 4.

Perginya Allahyarham merupakan satu kehilangan yang besar kepada lapangan nasyid tanah air.

Sumber: www.utusan.com.my

Pemergian Yasmin Ahmad

|

Pemergian pengarah filem dan iklan terkenal, Yasmin Ahmad, 51, selepas 3 hari koma akibat serangan strok bukan sahaja ditangisi ahli keluarganya malah para peminat dan rakan artis yang turut mengenalinya. Walaupun ramai yang mendoakan agar kesihatannya pulih, tetapi Allah lebih menyayanginya. Pada hari Sabtu lalu, kira-kira jam 11.25 malam dan dalam suasana tenang dan sepi, Yasmin menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga dan orang tersayang di Hospital Pakar Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Menurut sumber, beliau jatuh pengsan semasa membentangkan kertas kerja di Sri Pentas TV3 bersama dengan Dato' Siti Nurhaliza.

Ini adalah di antara filem-filem yang beliau hasilkan dan memberi kesan kepada masyarakat


1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

| Tuesday, 18 August 2009

"di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
MALAYSIA tetap di HATI"

Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh PM Najib Tun Abdul Razak adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-prinsip Rukun Negara.


RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

1Malaysia adalah satu konsep bagi mewujudkan rakyat yang berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia dan mengambil tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik yang ada di dalam negara ini.

1Malaysia diwujudkan bagi meningkatkan penghayatan rakyat pelbagai kaum dan agama terhadap aspek perpaduan nasional. Ia bagi membina perpaduan yang lebih kental dan penghayatan yang lebih mendalam mengenai perpaduan nasional.

1Malaysia adalah pemangkin kepada pengujudan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat.


1Malaysia disandarkan kepada 3 teras dalam memperkukuhkan perpaduan nasional iaitu:
Prinsip Penerimaan
Prinsip Kenegaraan
Prinsip Keadilan Sosial



7 Wasiat Raja-Raja Melayu

| Monday, 17 August 2009

" kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera"

- wasiat Raja-Raja Melayu dan Pemimpin-pemimpin yang diperbuat semasa merdeka pada 31 Ogos 1957-

7 WASIAT YANG DITERJEMAHKAN DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN (secara ringkas)

1) MALAYSIA - Perkara 1 (Nama, Negeri-negeri dan Wilayah-wilayah Persekutuan)

Nama asal Malaysia ialah Malaya iaitu singkatan Persekutuan Tanah Melayu. Negeri-negeri Persekutuan terdiri daripada Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, N. Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, dan Terengganu. Persekutuan dinamakan Malaysia sebelum sahaja Hari Malaysia - 16 September 1963.

2) TANAH SIMPANAN MELAYU - Perkara 89 (Tanah Rizab Orang Melayu).

Mana-mana tanah di sesuatu negeri yang menjadi tanah rizab orang Melayu sebelum hari merdeka mengikut undang-undang yang ada, maka tanah itu boleh terus menerus menjadi tanah rizab orang Melayu mengikut undang-undang itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Badan Perundangan Negeri dengan suatu Enakmen.

3) REJIMEN ASKAR MELAYU - Seksyen 16 (1) Akta Angkatan Bersenjata 1972

Mana-mana orang boleh diambil masuk ke dalam angkatan tetap; dengan syarat bahawa hanya orang Melayu boleh diambil masuk ke dalam Askar Melayu Diraja


4) RAJA-RAJA MELAYU - Perkara 32 (Kepala Utama Negara Bagi Persekutuan Dan Permaisurinya)

Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelar Yang di-Pertuan Agong yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan. Raja Permaisuri Agong mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong.

5) ISLAM - Perkara 3 (Agama Bagi Persekutuan)

Islam adalah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan di mana-mana bahagian Persekutuan. Raja/Sultan di setiap negeri ialah Ketua Agama Islam bagi negerinya. YDPA pula adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri yang tiada Raja/Sultan termasuk WP KL, Labuan & Putrajaya.

6) BAHASA MELAYU - Perkara 152 (Bahasa Kebangsaan)

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah Bahasa Melayu. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagaimanapun tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untu digunakan, dipelajari dan dikembangkan sekalipun dengan menggunakan dana awam.

7) KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN - Perkara 153 (Perizaban Kuota Mengenai Perkhidmatan, Permit Dan Sebagainya Untuk Orang Melayu)

Perlembagaan Persekutuan memberikan tanggungjawab kepada YDPA memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera mana-mana negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain.

**ni la serba sedikit mengenai 7 wasiat Raja-raja Melayu yang aku ambik dari Jabatan Penerangan Malaysia..

jom Shah Alam

| Tuesday, 4 August 2009
Aku baru dapat gambar2 ni dari kamera SLR kazen aku tu....bukan senang dapat pinjam kamera dia & aku plan nanti mase konvo diploma nak pinjam die suh amik gambo2 kita...nak tak korang?..

Ni mase kitorang nak gerak pegi daftar dari umah nih...aku pegi ngan family aku (kecuali bapak aku coz die ade meeting Peladang) ngan family kazen aku jugak yang daftar masuk same ..tapi die part 3..aku part 4..yang tukang tangkap ni part 2..

aku malas nak pakai kemeja awal2 ...panas..

kereta family kazen aku..

mane mak aku nih?..susah no nak tangkap gambo

dak ni mesti ade ...last2 die follow kitorang sampai pagoh..

PC fair datang lagi

|
Mase tu aku pegi BP Mall nak edarkan borang research..saje nak test nasib..tetibe aku sampai paking moto penuh giler..rupe-rupenye baru teringat ade PC fair kat sini..patut la ramai semacam..

mak aii aku masuk ramai giler orang..sesak2..tapi terpaksa tempuh jugak walaupun dah salah jalan nih..

aku ingat nak beli something yang best tapi memandangkan bajet untuk itu tak de so terpakse lupakan je la...

Dataran Penggaram

|
yang ni pulak sekuen dari Batu Pahat Walk...kitorang punye site masuk sekali ngan dataran..hari pertama datang pagi memang sunyi..tak de orang sangat..tapi kebetulan malam ahad tu ade even...perarakan pelancaran konvokesyen UTHM..dengar kate ni IPTA pertama yag wat macam nih..diorang berarak dari Jln Rahmat sampai la ke dataran.


ni la waktu malam event tu...meriah jugak la..nyanyi segale..

ni la mahasiswi berjaya UTHM..baju lawa..simple..

Batu Pahat Walk

|
Batu Pahat walk sepanjang 650 meter terletak di Jalan Rahmat di mana ia berasal daripada hanya laluan biasa kepada pedestrian mall yang lebih menarik, kemas dan mampu menarikpengunjung datang.

aku sebenarnya ade wat kaji selidik kat sini untuk subjek Landscape Architecture Research Methodology..subjek Pok Nik..aku partner ngan Zai yang sanggup datang dari Klang ngan adik die..kitorang start dari Jumaat sampai Sabtu malam 2hb Ogos..

kitorang kene habiskan 100 set borang kaji selidik dalam mase tu jugak la..bagi la kat sape2 yang berkaitan...memandangkan sambutan agak dingin kat sini so aku wat keputusan untuk lari ke The Summit Batu Pahat...cari orang..dapat la jugak isi..pas tu aku pegi pulak Bus Station ..dapat jugak sikit..pas tu last aku pegi BP Mall..dapat la jugak..

BP walk ni start buat Jun 2001 dan siap pada Ogos 2002. ni la antara gambar yang aku amik

sculpture yang menunjukkan bagaimana Batu Pahat dapat name..Batu yang dipahat

ni mase menteri besat datang tengok projek..


kat sini waktu siang kosong jer..tapi bile malam penuh ngan meja2 ngan orang2..kafe bukak waktu malam jer..

ni la waktu malam kat tempat yang sama...ramai jugak la..

berdasarkan kajian kami ramai pengguna yang komen pasal kemudahan...ade yang rosak, tempat gelap, tak meriah sangat...ade jugak yang tak isi dengan lengkap borang tu...



TIME KACEH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean