header

header
hairie

7 Wasiat Raja-Raja Melayu

| Monday, 17 August 2009

" kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera"

- wasiat Raja-Raja Melayu dan Pemimpin-pemimpin yang diperbuat semasa merdeka pada 31 Ogos 1957-

7 WASIAT YANG DITERJEMAHKAN DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN (secara ringkas)

1) MALAYSIA - Perkara 1 (Nama, Negeri-negeri dan Wilayah-wilayah Persekutuan)

Nama asal Malaysia ialah Malaya iaitu singkatan Persekutuan Tanah Melayu. Negeri-negeri Persekutuan terdiri daripada Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, N. Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, dan Terengganu. Persekutuan dinamakan Malaysia sebelum sahaja Hari Malaysia - 16 September 1963.

2) TANAH SIMPANAN MELAYU - Perkara 89 (Tanah Rizab Orang Melayu).

Mana-mana tanah di sesuatu negeri yang menjadi tanah rizab orang Melayu sebelum hari merdeka mengikut undang-undang yang ada, maka tanah itu boleh terus menerus menjadi tanah rizab orang Melayu mengikut undang-undang itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Badan Perundangan Negeri dengan suatu Enakmen.

3) REJIMEN ASKAR MELAYU - Seksyen 16 (1) Akta Angkatan Bersenjata 1972

Mana-mana orang boleh diambil masuk ke dalam angkatan tetap; dengan syarat bahawa hanya orang Melayu boleh diambil masuk ke dalam Askar Melayu Diraja


4) RAJA-RAJA MELAYU - Perkara 32 (Kepala Utama Negara Bagi Persekutuan Dan Permaisurinya)

Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelar Yang di-Pertuan Agong yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan. Raja Permaisuri Agong mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong.

5) ISLAM - Perkara 3 (Agama Bagi Persekutuan)

Islam adalah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan di mana-mana bahagian Persekutuan. Raja/Sultan di setiap negeri ialah Ketua Agama Islam bagi negerinya. YDPA pula adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri yang tiada Raja/Sultan termasuk WP KL, Labuan & Putrajaya.

6) BAHASA MELAYU - Perkara 152 (Bahasa Kebangsaan)

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah Bahasa Melayu. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagaimanapun tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untu digunakan, dipelajari dan dikembangkan sekalipun dengan menggunakan dana awam.

7) KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN - Perkara 153 (Perizaban Kuota Mengenai Perkhidmatan, Permit Dan Sebagainya Untuk Orang Melayu)

Perlembagaan Persekutuan memberikan tanggungjawab kepada YDPA memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera mana-mana negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain.

**ni la serba sedikit mengenai 7 wasiat Raja-raja Melayu yang aku ambik dari Jabatan Penerangan Malaysia..

0 Readers:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean