header

header
hairie

CEGAH Influenza A H1N1

| Friday, 21 August 2009
Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk dan bersin. Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan-permukaan atau tersebar ke udara. Seterusnya, seseorang akan dijangkiti sama ada melaui pernafasan, melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan-permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.


PANDUAN PENJAGAAN KESIHATAN DIRI DI RUMAH
1) Jika demam makan ubat paracetamol mengikut dos yang disyorkan
2) Demam yang telah reda tidak bermaksud anda telah sembuh tetapi boleh membuatkan anda berasa lebih selesa. Patuhi arahan pada label ubat. Dapatkan nasihat pengamal perubatan tentang ubat yang disarankan, sukatan yang sesuai, kesan sampingan ubat dan bila pengambilan perlu dihentikan
3) Berehat secukupnya
4) Banyakkan pengambilan cecair (termasuk air mineral, bubur, isotonik, jus buah-buahan dan sup) bagi mengelakkan dehidrasi
5) Sekiranya mengalami tanda-tanda kecemasan segera dapatkan rawatan doktor
6) Pastikan pengudaraan yang baik di rumah (membuka tingkap di bilik, dapur, tandas dan bilik mandi)

0 Readers:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean