header

header
hairie

Bersama SOLAR part 4

| Wednesday, 25 November 2009

Ni adalah tahun pertama aku dalam degree (semester 4) dalam Seni Bina Landskap (agak mencintai kursus ini). Banyak perkara berlaku dan yang pasti aku agak ‘culture shock’ la kat sini. Alasan?ni kali pertama aku duduk rumah sewa (pas tu ada TV), kali pertama aku bawak motosikal (senang nak gerak sebenarnya), dan pertama kali rumah sewa aku pasang internet 24 jam. Asyik main Facebook je. Tapi aku dapat kawal sikit la. Aku nak cuba perbaiki la semester depan. Insyaallah..



Aku ingat masa degree ni dah tak ada Ceramah atau LDK untuk budak baru. Tapi ada lagi sebenarnya. Adoii…mula-mula memang malas nak pergi tapi terpaksa la kuatkan semangat walaupun dalam ceramah tu kata ‘kehadiran anda di sini jangan rasa anda terpaksa ye, anda perlu ikhlas dan pasang niat nak menuntut ilmu’…..bla..bla



Board inventory dan analysis kitorang ni. Site Bandar Kuantan untuk final project. Dapat tajuk Building Form And Massing. Agak menarik tapi bila crit dengan pensyarah yang sorang ni, 4 jam tanpa henti pun dia tahan. Entah pakai kuasa apa die tu tapi beliau tetap lecturer kitorang. Aku tak tau kenapa semester ni kerja aku agak teruk daripada diploma dulu. Entah la yek..



Ni lagi satu subjek yang kena ambil masa degree ni walaupun masa diploma dah ada. BEL 492; Presentation Skill. Mula-mula agak mengujakan tapi lama-lama aku rasa agak tertekan dan aku buat-buat tak tertekan sebab aku tak nak tertekan. Kan?..mungkin aku kena ambil lagi subjek ni semester depa tapi harapnya tak la sebab aku rase tak puas hati dengan apa yang aku buat.


Kenapa kami berada di sini?ni kat Istana Budaya, KL. Tujuan?sebenarnya nak cari video untuk subjek Research Methodology. Aku buat Ghazal, Hawa buat Zapin dan Zul buat Seni Khat. Mula-mula memang nak singgah sini dulu mane tau ada simpan. Tapi malangnya mase kitorang pergi tutup pula. So sempat ambil gambar je la kat lukisan besar ni. Dan kitorang teruskan perjalanan ke Central Market sebab Zul nak pergi Galeri Imad kat sana. Pasal Seni Khat dan dia dapat la jumpa Imad tu setelah puas berpusing-pusing kat CM tu. Dan petang tu jugak kitorang jumpa kawan-kawan part6 semester akhir diploma di Perak. Diorang buat inventory and analysis untuk final project.


Semester ni kitorang beramai-ramai tidur di studio. Kalau masa diploma dulu tak boleh. Pukul 11 malam dah kene halau dengan Pak Guard. Ni masa final project je ramai yang stay studio termasuk aku. Kalau kat rumah aku duduk atas lantai bersila. Sakit badan. Kat studio ada meja ngan kerusi. Jadi selesa la nak buat kerja dan tido..


Dan pertama kali menaiki motosikal. Mula-mula memang tak nak bawak motosikal tapi selepas percubaan hampir sebulan aku tak boleh la. Kalau kat Perak dulu memang mak bapak aku tak bagi sebab kat sana tu kawasan panas. Ada je eksiden lagi-lagi kalau budak-budak uitm yang terlibat. Tapi tak apa mase tu duduk kolej lagi. Ni bila dah degree dok luar pas tu kalau jalan kaki pun tak sampai (peluh bagai). Bas?aku tak boleh mengharapkan bas sangat la. Kadang ada kadang tak ada.


Subjek Vernacular History yang agak membosankan. Masuk je pensyarah, semua dah mula buat hal masing-masing. Yang ada BROADBAND main internet | Facebook | Farmville | game. Yang tak ada, menyembang, mengumpat, tido.. ade yang buat-buat focus ngan apa yang diajar tapi tak berjaya kot.


Semester ni jatuh sekali dengan Hari Raya Aidilfitri. Aku rasa aku puas cuti raya sebab seminggu penuh aku dapat beraya kat kampung. Selalunya dalam Raya ke 4 atau ke 6 aku dah kene balik Perak dah. Dah lama aku tak beraya pergi Sri Medan. Yang bestnya, dulu kali terakhir aku pergi rumah tu ada lagi dan bila tahun ni aku beraya rumah tu dah tinggal semak samun. Sebab kebakaran. Yang tinggal hanyalah anjung tu je (tiada gambar). Bapak aku kata dah lama dah rumah ni terbakar, dalam 4 atau 5 tahun ada kot. Berbalik pada gambar di atas, diorang ni malas balik kolej termasuk aku mals balik rumah sebab malam tu ada kelas so duduk je la kat studio. Biasanya aku sorang je lelaki tapi malam tu ada la peneman, si Uda..


Begitulah ceritanya..harap-harap semester depan lebih baik la hendaknya..insyaallah

0 Readers:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean