header

header
hairie

Cerita Aidilfitri 2009

| Thursday, 12 November 2009

Tahun ni memang agak puas aku beraya sebab raye ke 8 baru aku balik Shah Alam. Selalunya raye ke 4 dah kena balik sebab final project. Tapi sekarang ni final baru nak start jadi sempat la beraya lebih sikit. Tahun ni ingatkan dapat raya ngan orang baru (kakak ipar) tapi dia kena kerja pulak. Tapi pelik la orang yang baru kahwin pun tak boleh consider ke!!..last2 raya ke 5 baru dapat balik.



Jadual raya macam biase | sebelum raya kene kemas-kemas rumah dulu, pasang apa yang patut dipasang | raya 1: sembahyang raya + ziarah sekampung | raya 2: mak aku pulak jalan sekampung ngan wanita-wanita | raya 3: ziarah kampong sebelah (Parit Lapis Laman) | raya 4: orang Parit Lapis Laman datang kampong aku + kitorang pulak pegi kampong sebelah (Parit Othman) | raya 5: menanti orang dari Seri Medan datang (ala-ala open house) | raya 6: kat umah sebab hari Jumaat | raya 7: baru pegi Sri Medan..


suasana raya ke 5


treatment mata bagi tak rabun..haha


suke menghabiskan kuih sebelum tetamu datang!!


Kalau mase raya ni, rumah aku paling sibuk raya ke 5 sebab hari ni bapak aku masak khas untuk ‘baraan’ (tetamu) dari Seri Medan. Aku tanya kenapa?bapak aku kata dah lame dah benda ni buat, jadi macam tradisi. Zaman dulu lagi dah benda ni. Dulu naik basikal lagi..sekarang semua dah pakai moto..


Terima kasih kepada kawan-kawan ku yang datang dari jauh: Wan, Jaja, Topeqq ngan Suraya (tiada dalam gambar) ..sampai sesat nak cri rumah aku. Buat Yanti and the geng..meriah rumah aku korang buat kecoh..haha


Azmi: kitorang pergi melawat dia masa raya ke 2. Kesian die kene masuk besi. Seram aku tengok. Kepada penunggang motosikal; jangan tidur tau masa bawak moto. Aku pergi dengan Uda dan Mad Azrin.


rumah terbuka Zai ; Taman Seri Andalas

Sejak duduk Shah Alam ni banyak undangan rumah terbuka. Kalau tak pergi rugi pulak..


rumah terbuka Linda ; Lorong Hj Said

Yang ni masa atok aku datang dari kampong. Anak-anak die ade kat sini kat Puchong Perdana dan Pelabuhan Klang.


0 Readers:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean