header

header
hairie

Ekspo Agro Johor 2009

| Wednesday, 25 November 2009

Ni kali pertama aku pergi ekspo macam ni. Yang seangkatan dengan dia ni macam MAHA dan MICCOSS. In sempena dengan sambutan hari peladang penternak dan nelayan negeri Johor. Kali ni diorang buat dekat Tapak Pertanian Moden Ayer Hitam Kluang Johor. Aku pergi dengan sepupu aku budak lading. Dia memang conform la ade kaitan dan aku pun ada jugak..hehe


Benda-benda yang dipamerkan?ada macam-macam. Daripada agensi-agensi pertanian seperti MARDI, RRIM, PELADANG, RISDA, KEJORA dan lain-lain. Mereka mempamerkn hasil penyelidikan mereka yang amat dibangga-banggakan itu. Kebanyakannya jual makanan yang segera-segera seperti satay segera, otak-otak segera, daging segar dan segala la.


Aku tak ingat kat booth mana ni tapi diorang ni buat ayam daun kunyit. Tapi aku rase biasa jer. Bau je yang sedap. Mak cik tu siap salin resepi lagi. Tapi muka chef tu macam sombong sikit la. Susah nak senyum. Kang aku simbah minyak masak tu kang!..


Banyak benda-benda yang dipamerkan. Kebanyakannya hasil pertania seperti buah-buahan daripada yang kecil hingga besar. Aku sempat menikmati puding tapai dan jus timun kat booth Pertanian Negeri Johor (tak ingat name agensi ni). Sedap sebab tak rasa tapai tu.


Pameran ni dekat kawasan yang mempamerkan makanan atau pun produk IKS. Kek comel. Akibat buat-buat jakun aku Tanya la penjaga kek tu ‘gambar ni boleh makan ke?’haha..tapi pelik la zaman sekarang ni. Gula aising pun boleh buat gambar upin dan ipin. Cantik pulak tu. Nak beli tapi kek bukan favourite aku sangat la. Sebab krim tu cantk di luar sahaja tapi dalamnya entah sedap tah tak.


Booth yang digemari mak cik-mak cik dan kakak-kakak. Aku lalu je diorang sibuk memilih jenis orkid yang cantik. Aku hanya mampu ambik gambar sahaja..haha..


Dan di booth MARDI aku jumpa 1 buku ni. Aku mungkin tak pernah nampak dan pernah nampak buku ni. Kat library Perak kot. Setelah membelek secara rawak buku tu cerita pasal pemilihan pokok berdasarkan fungsi dan tempat. Harga?RM120.00..lain kali la beli..


Dan aku jumpa jugak benda-benda yang besar. Nangka dan pisang yang besar jugak. Dan aku jumpa la budak sorang ni. Junior kat Perak part 5. Dan aku bakal jumpa diorang lagi masa ALAM 2009 nanti.


Yang si Zabir ni pulak jumpa senior die masa kat Perlis dulu. Dah kahwin dah. Nak borak lama-lama tak boleh sebab ade je orang yang datang tanya pasal lada besar yang dipamerkan tu kat booth Lembaga Pertubuhan Peladang. Die jadi macam presenter la.

0 Readers:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean