header

header
hairie

Majlis Berbuka Puasa Dan Solat Tarawikh JSL Shah Alam

| Thursday, 12 November 2009
Walaupun bulan Ramadhan dah lama berlalu dan raya pun dah abis..aku baru je berkesempatan untuk mengepost benda-benda ni..haha

Ceritanya macam ni, blan puasa ari tu jabatan kitorang ada buat majlis berbuka puasa dan solat tarawikh. Kami kena la turut serta. Petang sebelum berbuka ade majlis tahlil dan baca yasin tapi menyedihkan. Berapa orang je yang datang. Pensyarah pun tak semua yang datang. Tapi bile dah nak dekat waktu berbuka, ramai pulak yang datang. Dan masa solat maghib, surau FSPU tu pun penuh..alhamdulillah..lepas maghrib kitorang pun pergi foyer, ada jamuan (makanan semua pensyarah yang sponsor TQ).


berbuka di surau FSPU


Sedap jugak. Dapat jugak makan setelah lapar giler..buka tadi ikut sunah nabi.. kurma + kuih-muih+air sirap jer..


Dalam jadual, lepas makan ade solat tarawikh berjemaah. Tapi, pensyarah yang tinggal hanyalah En Zulhaili a.k.a En Bobo..die la yang jadi imam malam tu..bilal; senior part 6..makmum ade la 1 baris..belakang tu ade sikit..yang lain tak tau ke mana..


kalau tak silap Zul makan 3 kali kot..



Before balik sempat singgah studio jap..tinjau-tinjau..


0 Readers:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean