header

header
hairie

Makan-makan

| Wednesday, 25 November 2009



Best kan bila ade orang belanja makan. Sape yang tak nak. Lagi-lagi makan kat tempat-tempat mahal. Yummy….

Sebelum aku balik kampung dulu, (sebab semua sepupu aku belum habis final exam lagi) kitorang makan-makan dulu. Mula-mula aku yang belanja KFC. Tak sangka ade hot rods kat dalam variety bucket tu.


Disebabkan aku dah boring makan kat dalam, jadi aku ajak diorang ni makan kat luar je la. Kitorang lepak kat Dataran Sejarah berlatarbelakangkan Teater Diraja Selangor yang cantik itu.


Teringat mase part 6 diploma buat inventory and analysis kat sini. Kitorang berjalan seluruh seksyen 14 tu. Sampai aku ingat setiap nama jalan yang ada. Pas tu sambil kira pokok, ingat nama pokok, memang lucu..last-last present macam tu jugak..


Esoknya (Sabtu) kebetulan hari jadi si Zabir (sepupu aku Degree Pengurusan Ladang). Jadi dia pulak belanja makan kat Station Kopitiam, Plaza Alam Sentral. Aku rase lama gile aku renung menu-menu yang ada. Tengok harga sekali dengan isi menu tu. Cari yang kenyang.


Aku tak ingat apa nama benda yang aku order ni tapi ala-ala beef stick la agaknye. Sedap tapi tak kenyang. Tak tau kenapa tapi memang tak kenyang la. Balik rumah lapar lagi.


Sepupu aku photography ni order Chicken chop plus nasi sebab ni dalam pakej dan dapat percuma beg. Dan beg tu aku yang dapat. Dah die tak nak so aku la yang dapat. Cantik la beg tu (tiada dalam gambar)


Yang ni nasi goreng kot..agaknye la..kitorang makan sambil tengok bola Kelantan vs Negeri Sembilan kalau tak silap. Final piala Malaysia.


Dan esoknya konon nak balik tapi tak jadi. Dan aku balik sorang-sorang hari Isnin. Mula-mula takut tapi akhirnya sampai rumah jugak walaupun terlepas R&R nak isi minyak.

0 Readers:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean