header

header
hairie

Site Final Project: Kuantan

| Wednesday, 25 November 2009

Pada awalnya Kuantan lebih dikenali sebagai Kampung Teruntum. Penempatannya sekitar muara Sungai Teruntum (berhadapan hospital). Ia telah dibuka oleh Haji Senik iaitu seorang tokoh ulama berasal daripada Patani dan pengikutnya dalam tahun 1850an. Mereka telah mengusaha kawasan paya (tapak hospital) dan menangkap ikan serta berniaga kecil-kecilan. Bukti kawasan tersebut sebagai penempatan adalah perkuburan Cik Timah berhampiran dengan Taman Esplanade.


Semester ni tapak projek akhir di Bandar Kuantan (Kuantan Riverfront). Mula-mula memang teruja sebab aku tak pernah menjejakkan kaki ke Kuantan. Sebenarnya cerita ni dah la acuma aku tak berkesempatan nak post yang ni..

Trip kali ni memang agak menakutkan sebab tengah-tengah musim H1N1. Jadi kitorang diwajibkan pakai topeng mulut. Memang merimaskan lagi-lagi tengah-tengah panas. Peluh yang banyak. Tak selesa.


Dah lama tak naik bot. last aku naik, masa kat Melaka naik rivercruise. Lalu sungai Melaka di sepanjang belakang kedai tu.agak menarik la sebab berlatarbelakang bangunan-bangunan lama yang dah berlumut kelabu hitam. Trip kali ni siap masuk hutan paya bakau lagi walaupun tak ada dalam silibus urban design..haha..


Kuantan ni memang lawa kalau sape-sape yang pandai tangkap gambar dari sudut yang menarik la. Aku tapi aku rase kurang bangunan tinggi la yang boleh dijadikan landmark utama kawasan ni. Masjid?seni binanya lebih kurang dengan masjid daerah Batu Pahat. Warna je lain. Budak-budak ni kata Kuantan ni tak ada identiti yang kuat sangat. Bandar Palma?tak berapa popular la statement tu.

Kegembiraan dan kepenatan muka budak-budak ni sebelum dan selepas pulang dari trip. Nasib baik dapat bas yang selesa. Bas baru agaknya.


Aku tak tau kenapa gambar ni banyak muka syuee. Mungkin dia ni terlalu peramah dan cute kot. Agaknya la..nanti aku tanya Alia


Sebelum menuju ke site, kitorang singgah dulu kat Pantai Teluk Cempedak. Memang lawa indah khabar dan indah rupa. Cuma sekarang ni tengah renovation so tak berapa elok la. Cuma kawasan yang berbatu besar tu je yang best untuk bergambar. Macam atas air je.

Sempat lagi beli kek semata-mata nak sambut hari jadi kepada mereka yang jatuh pada bulan Ogos. Antaranya, Nona Anes, Arewalif Aremint, Lady Leaya dan Acab. Kecoh lobi hotel dengan lagu ‘happy birthday’.

2 Readers:

{ Lady Leaya } at: 29 November 2009 at 03:10 said...

weh byk gbr kuantan kamera ko aku xde..huhu

{ hairieCERULEAN } at: 3 December 2009 at 15:39 said...

ni dr koleksi aku yg aku kutip ni...haha..
dr segala kamera grup kita la..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean