header

header
hairie

AIDILADHA 2009/1430

| Tuesday, 22 December 2009

Tahun ni keluarga mak cik aku buat korban..2 ekor..anak-anak ada 7 orang so cukup untuk sekor. yang lagi seekor mak cik aku ngan name-name lain termasuk mak aku..

sebagai jiran terdekat dan sebahagian daripada keluarga, mak aku buat sedikit juadah untuk orang kampung yang bersama-sama menumbangkan lembu. Bubur kacang merah(new favourite aku) ngan roti jala.

Raya jatuh hari jumaat tapi mak cik aku buat hari Sabtu sebab jumaat tu terlalu pendek la..nak sembahyang lagi kan..

pada pendapat aku kan, lembu-lembu sekarang ni semua kecik-kecik. Tu pun harga dah mencecah 2000 ke atas. kalau nak lagi besar, tambah la duit lagi..mahal dowh..

yang kesiannye, bila dah diagih-agihkan tak sampai sekilo pun. Ade la dalam 400gram jer...sikit sangat..

aku masih berbangga dengan orang kampung aku ni. Tengok la, ramai yang datang sama-sama membantu menumbangkan lembu. Kalau rewang majlis perkahwinan pun ramai jugak. Ada sesetengah kampung (kampung sebelah) rewan pun tak de orang. Malas katenye..


tengah-tengah syok menumbangka lembu tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. baru nak tumbangkan lembu yang kedua. tali dah ikat kat kaki lembu tu..hujan pulak..terpaksa la stop dulu.

Pas tu baru sambung selepas 1 jam hujan tak berhenti. Lembu yang ni susah sikit nak tumbangkan. ganass!! sebab lembu ni bukan lembu yang diternak dalam kandang. Ni lepaskan kat kebun sawit. agak liar jugak la sebab dah biasa berjalan..dah tumbang bangun balik..berkali-kali.

akhirnya selesai semua tapi lambat sikit sampai pukul 2pm..kalau ikutkan tengah hari dah habis siap..ni sebab hujan tu la..dan pas tu aku kena siap-siap untuk majlis reunion budak lekas aku petangnya..dan aku tidak berkesempatan untuk masuk blog sebab gambar ade kat kamera sepupu aku..nanti la..

0 Readers:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean