header

header
hairie

ALAM 2009

| Tuesday, 29 December 2009
ALAM adalah singkatan kepada Perhimpunan Pelajar-pelajar Seni Bina Landskap Malaysia (Assembly Of Landscape Architecture Student Malaysia) di mana kali pertama diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan yang kedua di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Dan kali ketiga perhimpunan ini diadakan di Universiti Teknologi Mara cawangan Perak (UiTM Perak) pada 7 Disember hingga 10 Disember 2009.

Kali ini kontinjen-kontinjen yang menyertai adalah:
Universiti Teknoologi Mara Perak
Universiti Teknologi Mara Shah Alam
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Universiti Putra Malaysia
Universiti Teknologi Malaysia
Kolej Komuniti Selandar
Kolej Komuniti Masjid Tanah
Institut Kemahiran Mara Sik

HARI PERTAMA: aku datang sehari sebelum hari pendaftaran. Masuk bilik je dah macam kat hotel. Dah ada tikar getah (mcm karpet) pas tu katil ade kain pink..lawa.. aku datang sebagai sukarelawan ALAM di mana tugasnya adalah suka-suka hati..tanya alia..haha

petang tu dah kene buat panji. Peserta dibahagi kepada 20 kumpulan dan mereka kena buat panji untuk kumpulan mereka. Tema ALAM kali ini 'Tanya Sama Pokok' (Landscape As Poetry)..pengembaraan seorang lelaki bernama MJ ..

malamnya, ade majlis perasmian ALAM 2009 di Dewan Seri Iskandar. memang menarik sebab sebelum ni majlis perasmian biase-biase je. Kali ni memang lain..unik | hebat | simple | cantik...

Perasmian dilakukan oleh Mantan ILAM..tapi aku tak ingat namanya. tak pe la..die punya berucap memang lama..budak-budak ni dah boring dah..

Malam tu temanya Tradisional tapi kitorang yang sukarelawan ni tak tau tema tu. yang kitorang tau korporat. So dengan yakinnya aku pakai la kemeja. tanpa rasa malu dan tahap keyakinan yang tinggi di dalam diri kitorang pun masuk je la.

HARI KEDUA: Pembinaan Public Art : Refleksi ALAM 2009. bermaksud, peserta perlu memasang/mengikat payung pada rangka buluh yang disediakan di lereng bukit berdekatan Padang C. Ia dipanggil Wall Umbrella.

Apa yang bestnya, Wall Umbrella ni direkodkan di Malaysia Book Of Record. memang best..panjangnya dalam 200 meter lebih..Sijil MBOR disampaikan pada malam dinner.

lepas je payung dah dibukak secara serentak, semua sibuk mencari kamera..memilih: tak nak kamera kecik semua cari DSLR..haha..memang meriah. panas-panas pun diorang sanggup tahan.

rasa best bila dapat berkumpul macam ni..pas tu pakai baju sama kaler..hitam jerr...dan kitorang dah la datang lambat pas tu tak pasang payung 1 pun..last2 sibuk jugak bergambar..tak malu ke!!..haha

Petang pulak ade Sukaneka ALAM 2009: Sukan dan Kreativiti. kali ni ALAM agak rileks sikit..main dam ular gergasi. memang besar dan best giler..kalau kene kat petak yang ada ular jer jumpulan tu kene baling tepung ngan air..kesian diorang tapi best pulak aku tengok..

kebetulan petang tu hujan lebat giler masa main dam ular tu..nasib baik pihak penganjur ade sedia baju hujan..comel pulak tu..siap boleh buat catwalk lagi...

Dan sebelah malam setiap kumpulan kena buat Panjut buat Sang Puteri. mula-mula buat di studio dulu dan kemudian diterbangkan di padang.

kitorang sukarelawan ni tak payah susah-susah buat sebab pihak penganjur dah sediakan untuk kami..tapi tak terbang semua pun..

berapa ketul je yang terbang. tu pun kejap jer..tak lama...tapi memang best la..aku mana pernah buat benda ni..dia ala-ala tanglung la cam tu..


HARI KETIGA: Forum Akademik: yang bertajuk Revolusi Bidang Seni Bina Landskap tapi kitorang tak pergi sebab bangun lambat. Malam tu kitorang kene pasang kain kat khemah dinner..banyak pulak tu..last2 aku pegi time presentation jer..Pembentangan Pertandingan antara Delegasi..aku tak ingat apa tajuknya tapi mereka kena buat video klip pasal our future dan arca globe ..dan mereka kena present depan juri daripada Veritas Landscape.

aku rasa kalau kau yang kena present mesti berdebar-debar gilerr..mane taknye kene present depan ramai orang..

Sebelah petang pulak walaupun agak lewat ade pulak Bengkel Seni : Eksperimentasi Ruang Melalui Pergerakan Badan. die macam kau luhkan perasaan melalui pergerakan anggota badan dan riak muka tanpa suara. Ade yang tak suka dan ada yang suka..

dan mereka kene persembahkan kepada fasilitator dan kitorang semua la..hu..ade yang best dan ade yang tak best..

pelbagai macam rupa dan gaya..yang poyo memang poyo..yang malu memang lagi malu...yang over memang sentiasa over...

Malam tu pulak ade Malam Penutup ALAM 2009..dinner giteww..bertemakan Semalam Di Kayangan..semua kene pakai putih pink blink-blink..aku pakai baju lama jer..yang ade sorang ni siap pakai gaun lagi..dah la malam tu hujan..sedey2...nasib baik berhenti..

dapat bergambar bersama dayang dan ratu..ekspresi dari kayangan la katenye...tapi memang best idea-idea tu..mane ade orang lain buat...

malam tu paling istimewa sebab ada Adibah Noor yang cantik...memang teruja aku nak dengar dia nyanyi secara live...vokal memang meletopp!!!...tapi kitorang tak dapat nak bergambar bersama Kak Dibah ni..pas nyanyi je terus balik..

Dan pada malam tu jugak pengumuman pemenang bagi setiap pertandingan yang diadakan...semua berdebar-debar menanti keputusan yang bakal di umumkan...dan UiTM Perak mengekalkan kemenangan dua kali berturut-turut sebangai kontinjen terbaik!!..tahniah!!....tempat kedua milik UIAM dan ketiga milik UPM..terasa makin hebat budak-budak diploma ni..UiTM Shah Alam tak menang lagi..tak pe la...

Dan ALAM edisi ke 4 akan diadakan di UPM Serdang..mungkin lebih menarik kot..hehe


HARI KEEMPAT: Mesyuarat Delegasi ALAM 2009. Sedang aku berjalan-jalan menuju bilik tv tiba-tiba En Bobo panggil aku suruh pergi Mesyuarat Delegasi..sentap aku..tap aku pegi je la..dah aku yang kena kan..

dalam mesyuarat tu para wakil delegasi dikehendaki memberi komen mengenai ALAM yang berlangsung. Wakil tuan rumah iaitu En Azrul dan Zaedi sedia menjawab...padan muka kene tembak...beng..beng..beng..haha..

antara komen:
Tahap kebersihan makanan; ada bulu ayam (dari UTM)
Keselamatan; ade orang lelaki masuk homestay perempuan (dari UTM)
Kene ke jemput atris? (dari UTM)

tap secara keseluruhannya ada yang tanya ape kesan ALAM terhadap pelajar, adakah aktiviti memberi kesan kepada pelajar?..ALAM kali ni terlalu rileks..

dan aku dengan di Facebook: ade peserta mengutuk penganjur?..jeng..jeng..jeng..nasib baik aku tak dapat details pasal cite tu..diorang tak puas hati kot pasal ALAM ni..

Dan Perbincangan mengenai tuan rumah ALAM bagu tahun 2010 ..Universiti Putra Malaysia menjadi tuan rumah bagi 2010 dan Universiti Teknologi Mara Shah Alam bagi tahun 2011..nampaknya lepas ni dua-dua IPTA ni kene la bagi aktiviti yang berkesan dan menarik kepada peserta...kang nanti kene lagi kang..

3 Readers:

FJASMY at: 29 December 2009 at 17:17 said...

YEAY..FIRST!!

jaja jiman at: 29 December 2009 at 20:20 said...

erm en shahoran joran ke lebih kurg tu ler namenyer..

{ Lady Leaya } at: 1 January 2010 at 17:52 said...

jaja...huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean