header

header
hairie

Reunion 5ST1@ alumni SMKPS

| Tuesday, 29 December 2009
setelah setahun lebih merancang untuk buat reunion secara holiday macam bercuti kat pantai or mane-mane resort tak jadi akhirnya kitorang buat je kat sekolah lama SMK Penghulu Saad. Best jugak walaupun agak formal.

Secara tiba-tiba je kene buat mesyuarat untuk alumni sekolah. Ramai yang tak tau pasal mesyuarat ni. Sebenarnya pihak atasan yang suruh iaitu cikgu-cikgu kitorang. Diorang nak mewujudkan alumni sekolah di mana, kelas kitorang sebagai ahli majlis tertinggi la macam tu. batch kitorang yang mula dulu.

Dalam meeting tu ade la buat pemilihan jawatan-jawatan dan aku dilantik sebagai Exco publisiti bersama Dina. Memang sah mulut aku sesuai untuk sampaikan berita...hahaha

Dan lepas tu majlis diteruskan macam biase la. kitorang kena tulis name, no hp, alamat dan email sebab nanti kalau ada pape senang nak hubungi.

persembahan pembukaan dari Aliff. Pelajar Institut Pendidikan Guru Perlis bakal guru muzik. lagu?kau ilhamku ngan Yuna dan sebenarnya. Nyanyi ramai-ramai. Memang best teringat time Koir masa tingkatan 4..

Aktiviti yang dibuat masa reunion ni: Sepontan..tapi aku tak berapa familiar ngan cerita ni. Setakat tengok sikit-sikit kat youtube ade la. ni sekadar suka-suka je tapi masa acara ni berjalan, ramai yang buat hal sendiri. Maklum la dah lama tak jumpa, mesti nak sembang-sembang.

Yang bestnya ada karaoke. semua orang bleh nyanyi tapi aku segan la nak nyanyi kat public..haha..kat K-Box boleh la..haha

akibat dah lama tak jumpa, sembang pun sampai ke luar sebab kedengaran suara sumbang dari dalam..nyanyi tah pape...lagu dangdut ngan lagu-lagu lama...Pada Syurga Di Wajahmu..

aku menyibuk je masa diorang nyanyi.

menu hari tu dimasak oleh mak Kamalia. Nasi hujan panas ngan lauk-lauk segala. yang best ada sate..sedap jugak walaupun ramai yang kata tak sedap..


Dewan ni la yang jadi pilihan kitorang. Dewan sekolah yang selalu buat periksa. Tapi sekarang dah pindah ke bangunan baru. Agak sunyi dari kebisingan budak-budak.

Last sekali, kitorang bergambar beramai-ramai ala-ala gambar untuk majalah sekolah gitu...haha..

0 Readers:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean