header

header
hairie

Induksi Pelajar Baru JSL UiTM Shah Alam

| Saturday, 23 January 2010

Majlis yang singkat tapi penuh bermakna. Kalau tak macam mane la si junior nak kenal-kenal dengan senior ..betul tak kawan-kawan..


Sejarah tercipta semester ni bila Pelajar Semester 1 dibubarkan sebab tak cukup pelajar..diorang ade 5 orang jer..mengikut peraturan, bilangan pelajar dalam sesebuah kelas mesti ada 15 orang baru boleh buat kelas..kalau tak terpaksa la dibubarkan. Kesian diorang kena pergi jabatan lain..

Dan kali ni kami menerima ramai pelajar baru. Semester 4 dan 3 semuanya dari Perak. tapi, kebanyakan pelajar semester 4 ramai tak datang terutamanya pelajar lelaki. Entah ke mana diorang pergi..Dan tahniah kepada pelajar semester 3 yang sungguh sporting dan disebabkan korang sporting, korang kena la buat persembahan untuk malam dinner nanti...tak kire!!..

Malam tu diorang kena perkenalkan diri diorang dengan name bertampal di badan diorang serta kena buat persembahan kreatif..jadinya, semua mengarut la tapi best!!...

PM gelaran kepada Pelajar Matang; merujuk kepada 2 orang pelajar baru ni yang umurnya 10 tahun lebih tua dari aku..diorang ade semangat lagi nak belajar..tahniah!!moga jadi contoh terbaik kepada junior2..

paling meriah persembahan daripada part 3..ala-ala sepontan gitu...memang lawak gile ah..tahniah korang memang sporting..

senior-senior yang menghangatkan suasana..Kak Zura mengamuk beb..hahaha..tak sangka jam aku sama ngan jam Farah Iliyana...

Acara kemuncak; snow secara tiba-tiba..ade yang dah bersedia sebelum kena macam Saleha die dah ready dok tepi-tepi sebab nanti senang nak lari...haha..last-last aku pun kene jugak..nasib baik korang kene tepung je. Kalau ade telur ngan air longkang lagi la korang tak suka...huhu

Sultan Johor Mangkat

|

JOHOR BAHRU 22 Jan. – Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, mangkat malam ini selepas memerintah Johor hampir tiga dekad. Baginda berusia 77 tahun. Almarhum mangkat pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri di sini selepas dimasukkan ke hospital itu semalam kerana gering. Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di sini pada pukul 11.20 malam.

Baginda meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 orang putera dan puteri. Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan. Petang ini, putera sulung baginda, Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail dimasyhurkan Pemangku Raja dan istiadat mengangkat sumpah diadakan di Istana Besar Johor. Berita mengenai kegeringan Sultan Iskandar diumumkan oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad pada pukul 5 petang. Almarhum merupakan putera ketiga Almarhum Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim dan cicinda kepada Bapa Johor Moden, Almarhum Sultan Abu Bakar.

Sultan Iskandar, yang merupakan Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden, menerima pendidikan awal di Johor Bahru, sebelum melanjutkan pelajaran ke Australia dan United Kingdom. Baginda yang merupakan Kolonel Yang Dipertua, Rejimen Perkhidmatan Khas Malaysia (Komando), sering kelihatan memakai uniform tentera pada upacara rasmi kerana minatnya dalam bidang ketenteraan.

Dan pengumuman Sultan Johor yang baru dilakukan di Istana Besar sebelum majlis pemakaman baginda Almarhum. Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, upacara pemasyhuran itu akan diadakan sebelum istiadat pemakaman ayahanda baginda, Almarhum Sultan Iskandar yang mangkat hari ini di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah di sini. "Upacara pemasyhuran itu akan diadakan pukul 1 petang esok sebelum pemakaman jenazah Almarhum Sultan Iskandar," katanya pada sidang akhbar malam ini.

Sumber ; http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan

Landscape Architecture Colloquium 2010 UPM

| Tuesday, 19 January 2010
Kolokium Seni Bina Landskap telah berlangsung di Panggung Percubaan Universiti Putra Malaysia pada 14 dan 15 Januari 2010. Dengan kerjasama Jabatan Seni Bina Landskap, Fakulti Rekabentuk & Senibina, UPM.

skema betul ayat tu..haha..tapi betul la tu. Kolokium tu same maksud ngan forum@talk..cume nak bagi menarik lagi benda tu. Kalau ikut dalam buku program yang dah diedarkan, Kolokium Seni Bina Landskap ni berharap agar kita dapat mendengar idea dan hasil kerja daripada para profesional dalam skop 'sustainable development' bagi meningkatkan lagi kualiti kehidupan daripada tanah kita yang hijau sehingga la ke langit yang biru (sebab tu la tema nye 'green land blue sky)

Jadinya, kolokium ni telah menjemput para penceramah daripada profesion yang berbeza untuk berkongsi pendapat dan idea yang boleh memberi manfaat kepada semua terutamanya kepada 'environmental designers'

Antara Penceramah: Prof. Dr. Ismawi Zen (UIAM)
Mukhlis Nor (Penulis lirik lagu Hijau)

Datuk Lat (Kartunis Negara)


Kitorang gerak dari UiTM jam 7.30 lewat setengah jam daripada jadual asal..dan dalam kul 8.30am sampai la kat UPM yang sungguh hijau dan sunyi..jauh berbeza dari UiTM Shah Alam. Sampai je terus masuk dewan yang ala-ala Dewan Sri Budiman saiz die...

Perasmian dimulakan dengan benda-benda biase; ucapan, montaj, segale lah...tapi yang penting video klip: mula-mula macam kat oversea (sebab ade pokok sebatang ngan rumput yang hijau..) pas tu alamak!!...agak fail la sebab nampak pokok kelapa sawit..adoiii...sayang gilerr...tapi credit to UPM ..kat tempat lain mane ade lawn sebesar alam yang cantik tu...

Time makan yang paling best..sedap giler nasi lemak tu..nak tambah lagi segan..pas tu ngan teh tarik lagi..dah macam kat umah dah..

Sesi dimulakan dengan pembentangan master plan Mekah oleh Prof Dr Ismawi Zen..tajuk memang menarik tapi sayangnya die tak boleh tunjuk master plan Mekah yang sebenar atas sebab-sebab tertentu..dan saat ini aku baru tau yang rupenye semua gambar design Mekah kat internet tu hanyalah skematik jer..bukan yang sebenarnya..So jadinya dalam ceramah tu die banyak bagitaw pasal isu-isu yang timbul dan sejarah Mekah tu sendiri..

Selepas zohor pulak sambung lagi ceramah. Kali ni dari penulis asal lagu 'hijau' nyanyian Zainal Abidin...(lagu tema ALAM 2008 UTM).. dia bagi ceramah pasal environment dan bidang kita ni berdasarkan pandangan beliau..siap nyanyi secara live lagi lagu tu..tapi tak abes pun..ie ni sebenarnya Landscape Architect..tapi gaya cam agak sempoi jer...


Kemudian disambung lagi dengan ceramah dari Datuk Lat, kartunis yang melukis kartun 'kampung boy' kat kapal terbang Air Asia...dia cerita pasal budaya kita di mata dunia..zaman beliau kanak-kanak dan remaja beliau diterapkan ke dalam kartun kampung boy beliau...memang cantik!!

Dan cakap-cakap lagi..lagi..pune la ingat dah nak abes last2 ade pulak sesi konklusi dari semua penceramah..huh..dah nagntuk gile ni tapi terpaksa la tahan..

Dan penutup; ingatkan ade ucapan pendek je tapi Ya Allah panjangnye ucapan....siap promo lagi UPM..agaknye die ingat kitorang ni lepasan SPM/STPM kot..nak suruh masuk UPM la...dan lagi 1 yang penting ALAM 2010..kat sini yek nak buat..;there is no place like home'

tapi kan UPM lawa la..sape nak masuk, masuk la..aku tak dapat menghalangnya...gile bangge dapat jadi student UPM>.haha..universiti dalam hutan..hijau, sunyi, bersih, tak sesak, cantik...

suke bergambar time-time macam ni..walaupun kamera aku ni kecik jer tapi ade jugak yang nak masuk kamera aku...hahaha...(statement)..cube teka baju sape paling baru..dan sape paling cantik & cute..wiwiwi..

gigh beratur menunggu giliran nak makan...kalau korang nak tau kitorang ni la dari UiTM Shah Alam yang memenuhkan dewan tu..bayangkan kami ade 100 orang pelajar. Sedangkan tuan rumah pun hanya sedikit dan campur dengan wakil-wakil syarikat yang datang..anda perlu la berbangga menjadi warga UiTM Dihatiku yek...UPM rumah kedua ku..

depan kamera berlakon gile...mase tu ade pameran dari student final year UPM...berdasarkan ape yang aku tengok, mereka macam kene cari satu tajuk dan kene buat research la..bajett...hahaha...

dah2..pnat la tulis panjang2..!!

Studio 05 Renovation: 1Malaysia

| Sunday, 17 January 2010

Selepas sahaja Papa Rep. dilantik, mula la kerja-kerja mengubah suasana studio yang begitu suram kepada studio yang ceria tanpa terlibat dengan unsur-unsur kanak-kanak..Pengumuman sudah dibuat kepada semua ahli studio 05 supaya hadir tetapi ramai yang tak dapat datang atas sebab-sebab tertentu; jiran mak cik buat rumah terbuka la, kene balik rumah, ....


Bertemakan 1Malaysia, konsep yang tiba-tiba muncul selepas kerja-kerja mengecat selesai..asalnya nak guna warna hijau pucuk pisang sahaja tetapi bila dah siap pelbagai warna yang terhasil yek..Terima kasih kepada cat Jotun kerana mewarnai kehidupan kami. Dan kepada tauke kedai cat tu yang tidak percaya dengan kami (sebab die ingat kitorang ni tak de duit nak beli cat mahal..susah betul nak bagitau harga cat tu) kami dah berjaya..hahaha

Kerja-kerja mengecat mengambil masa hampir sehari..nak kene kemas lagi, tolak tarik meja kapsul tu lagi, sapu-sapu, kikis segala kulat kat dinding...

Berbalik kepada konsep 1Malaysia yang tiba-tiba terhasil, ia adalah gabungan warna hijau (dinding), biru laut (langsir), biru cair (meja kapsul), kuning (pintu) dan kelabu (lantai)..

Walaupun tak mengikut spesifikasi 1Malaysia yang ditetapkan oleh Perdana Menteri, ia tetap 1Malaysia..


Kegigihan bermula, panjat-panjat meja untuk mengecat sampai meja aku pun kene cat..nasib baik sebesar taik burung je...bila pakai roller ni ade masalahnye; terpercik ke muka dan baju. Tapi boleh cuci sebab ni cat air jer.. (padahal cat kat seluar aku pun tak ilang lagi)

Kegigihan Hawa jugak membara yek di mana beliau tawaf seluh pusat komersil seksyen 7 semata-mata nak cari paper gift yang sepadan dengan warna-warna studio tu. Dipendekkan cerita, Hawa ajak Ika pegi beli tapi Ika tak nak dan lepas tu Hawa tarik muka..dan Ika dengan cemasnya menjawab 'ye la Kak Awe, kite ikut'..gelak 1 studio.. So bermula la pengembaraan mereka ..akhirnya mereka berjaya membawa paper yang cantik ini..

Hari tu jugak ada menu istimewa dari Kak Zura. Bihun goreng yang sedap..serius!!..aku tambah 2 kali kot..Duit studio semester lepas banyak lagi.tu yang Joe suruh Kak Zura masak..diorang ni pantang nampak kamera aku. Mesti nak masuk..Yanti ni macam biskut..pagi ada, pas tu dah ilang dalam jangka masa yang lama dan kemudian kembali lagi...huh..


Bila kamera bergabung dengan manusia, roller dan cat macam ni la jadinye..haha...sempat nka posing..

Diorang ni la yang mule-mule menyentuhkan dinding yang berlumut tu dengan warna baru..lebih ceria, eksklusif, cantik, sejuk, dan salah satu warna kegemaran ku...

Dari jauh nampak cantik tapi bila korang tengok dekat memang nampak comot..haha..

aku rase dulu kat Perak tak pernah ada student yang mengecat studio diorang. Aku pernah cat bilik kaunseling masa sekolah menengah dulu. CIkgu tu suka dengan warna baru bilik tu..bertambah kembang la kena puji..haha








Aset terbaik studio kami. Globe yang terbiar. Daripada dibuang lebih baik kami ambik dan jadikan dekorasi. Sebenarnya globe ni untuk ALAM 2009 hari tu. Tapi kami tak menang ape-ape pun. Yang bestnye pasal kaki globe tu; budak ARchitecture punye. Menurut senior, kaki tu dah lama kat kaki lima studio archi. dan mereka tak guna kot. Tapi kaki tu memang lawa gile ah..cantik!!

Ni la hasilnya. Agak menarik dan cantik. lebih kemas dan sejuk..yang paling suke mesti la Papa Rep..tah pape..tapi ade jugak lecturer yang jeles..'saya nak studio ni macam studio 05 tu'...ade la aku dengar dari sorang member ni..dan ramai juga senior yang cemburu...whatever la..yang penting studio ni boleh guna untuk belajar dan buat kerja..kerja apa?facebook, tido, makan...hehe..see u next post..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean