header

header
hairie

Induksi Pelajar Baru JSL UiTM Shah Alam

| Saturday, 23 January 2010

Majlis yang singkat tapi penuh bermakna. Kalau tak macam mane la si junior nak kenal-kenal dengan senior ..betul tak kawan-kawan..


Sejarah tercipta semester ni bila Pelajar Semester 1 dibubarkan sebab tak cukup pelajar..diorang ade 5 orang jer..mengikut peraturan, bilangan pelajar dalam sesebuah kelas mesti ada 15 orang baru boleh buat kelas..kalau tak terpaksa la dibubarkan. Kesian diorang kena pergi jabatan lain..

Dan kali ni kami menerima ramai pelajar baru. Semester 4 dan 3 semuanya dari Perak. tapi, kebanyakan pelajar semester 4 ramai tak datang terutamanya pelajar lelaki. Entah ke mana diorang pergi..Dan tahniah kepada pelajar semester 3 yang sungguh sporting dan disebabkan korang sporting, korang kena la buat persembahan untuk malam dinner nanti...tak kire!!..

Malam tu diorang kena perkenalkan diri diorang dengan name bertampal di badan diorang serta kena buat persembahan kreatif..jadinya, semua mengarut la tapi best!!...

PM gelaran kepada Pelajar Matang; merujuk kepada 2 orang pelajar baru ni yang umurnya 10 tahun lebih tua dari aku..diorang ade semangat lagi nak belajar..tahniah!!moga jadi contoh terbaik kepada junior2..

paling meriah persembahan daripada part 3..ala-ala sepontan gitu...memang lawak gile ah..tahniah korang memang sporting..

senior-senior yang menghangatkan suasana..Kak Zura mengamuk beb..hahaha..tak sangka jam aku sama ngan jam Farah Iliyana...

Acara kemuncak; snow secara tiba-tiba..ade yang dah bersedia sebelum kena macam Saleha die dah ready dok tepi-tepi sebab nanti senang nak lari...haha..last-last aku pun kene jugak..nasib baik korang kene tepung je. Kalau ade telur ngan air longkang lagi la korang tak suka...huhu

0 Readers:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean