header

header
hairie

Studio 05 Renovation: 1Malaysia

| Sunday, 17 January 2010

Selepas sahaja Papa Rep. dilantik, mula la kerja-kerja mengubah suasana studio yang begitu suram kepada studio yang ceria tanpa terlibat dengan unsur-unsur kanak-kanak..Pengumuman sudah dibuat kepada semua ahli studio 05 supaya hadir tetapi ramai yang tak dapat datang atas sebab-sebab tertentu; jiran mak cik buat rumah terbuka la, kene balik rumah, ....


Bertemakan 1Malaysia, konsep yang tiba-tiba muncul selepas kerja-kerja mengecat selesai..asalnya nak guna warna hijau pucuk pisang sahaja tetapi bila dah siap pelbagai warna yang terhasil yek..Terima kasih kepada cat Jotun kerana mewarnai kehidupan kami. Dan kepada tauke kedai cat tu yang tidak percaya dengan kami (sebab die ingat kitorang ni tak de duit nak beli cat mahal..susah betul nak bagitau harga cat tu) kami dah berjaya..hahaha

Kerja-kerja mengecat mengambil masa hampir sehari..nak kene kemas lagi, tolak tarik meja kapsul tu lagi, sapu-sapu, kikis segala kulat kat dinding...

Berbalik kepada konsep 1Malaysia yang tiba-tiba terhasil, ia adalah gabungan warna hijau (dinding), biru laut (langsir), biru cair (meja kapsul), kuning (pintu) dan kelabu (lantai)..

Walaupun tak mengikut spesifikasi 1Malaysia yang ditetapkan oleh Perdana Menteri, ia tetap 1Malaysia..


Kegigihan bermula, panjat-panjat meja untuk mengecat sampai meja aku pun kene cat..nasib baik sebesar taik burung je...bila pakai roller ni ade masalahnye; terpercik ke muka dan baju. Tapi boleh cuci sebab ni cat air jer.. (padahal cat kat seluar aku pun tak ilang lagi)

Kegigihan Hawa jugak membara yek di mana beliau tawaf seluh pusat komersil seksyen 7 semata-mata nak cari paper gift yang sepadan dengan warna-warna studio tu. Dipendekkan cerita, Hawa ajak Ika pegi beli tapi Ika tak nak dan lepas tu Hawa tarik muka..dan Ika dengan cemasnya menjawab 'ye la Kak Awe, kite ikut'..gelak 1 studio.. So bermula la pengembaraan mereka ..akhirnya mereka berjaya membawa paper yang cantik ini..

Hari tu jugak ada menu istimewa dari Kak Zura. Bihun goreng yang sedap..serius!!..aku tambah 2 kali kot..Duit studio semester lepas banyak lagi.tu yang Joe suruh Kak Zura masak..diorang ni pantang nampak kamera aku. Mesti nak masuk..Yanti ni macam biskut..pagi ada, pas tu dah ilang dalam jangka masa yang lama dan kemudian kembali lagi...huh..


Bila kamera bergabung dengan manusia, roller dan cat macam ni la jadinye..haha...sempat nka posing..

Diorang ni la yang mule-mule menyentuhkan dinding yang berlumut tu dengan warna baru..lebih ceria, eksklusif, cantik, sejuk, dan salah satu warna kegemaran ku...

Dari jauh nampak cantik tapi bila korang tengok dekat memang nampak comot..haha..

aku rase dulu kat Perak tak pernah ada student yang mengecat studio diorang. Aku pernah cat bilik kaunseling masa sekolah menengah dulu. CIkgu tu suka dengan warna baru bilik tu..bertambah kembang la kena puji..haha








Aset terbaik studio kami. Globe yang terbiar. Daripada dibuang lebih baik kami ambik dan jadikan dekorasi. Sebenarnya globe ni untuk ALAM 2009 hari tu. Tapi kami tak menang ape-ape pun. Yang bestnye pasal kaki globe tu; budak ARchitecture punye. Menurut senior, kaki tu dah lama kat kaki lima studio archi. dan mereka tak guna kot. Tapi kaki tu memang lawa gile ah..cantik!!

Ni la hasilnya. Agak menarik dan cantik. lebih kemas dan sejuk..yang paling suke mesti la Papa Rep..tah pape..tapi ade jugak lecturer yang jeles..'saya nak studio ni macam studio 05 tu'...ade la aku dengar dari sorang member ni..dan ramai juga senior yang cemburu...whatever la..yang penting studio ni boleh guna untuk belajar dan buat kerja..kerja apa?facebook, tido, makan...hehe..see u next post..

3 Readers:

{ ika } at: 18 January 2010 at 02:00 said...

seriously, mmg lawa.

{ hairieCERULEAN } at: 18 January 2010 at 13:03 said...

haha..inspired by the nature..bajettt...hahahaha

zai baek at: 20 January 2010 at 22:37 said...

ak pn dtg gak...
xdde pn gnbr ak...huuhuh..
pnat ak dtg tw, ko egt singgit 2 xbrhrga ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean