header

header
hairie
| Sunday, 21 February 2010

www.mohdkhairi.com

salam semua, untuk makluman semua alamat blog aku dah ditukar kepada .com yang mana ia mudah diingati dah senang nak sebut. Ke mana icelemontea? sebab asalnya panjang sangat la so orang susah nak ingat. Jadi aku buat keputusan buat yang senang orang nak sebut dan ingat. Dan ini la hasilnya. Terima kasih kepada saudari Sharifah Munira Sayed Azahar yang tolong aku walaupun lambat..tak pe aku paham sifat-sifat semulajadi ko...hehe...

Kota Tinggi Waterfall

| Wednesday, 17 February 2010

Percutian yang tak dirancang. Last minute baru nak ajak aku..ni ha, mak cik aku ajak aku pegi mandi-manda kat air terjun Kota Tinggi. Aku membanyangkan suasana air terjun tu; mesti sejuk, nyaman dan best. Rase macam teruja nak pegi..memang aku tak pernah menjejakkan kaki ke air terjun tu.


Gerak jam 7am (jauh sangat dan takut jem) dan sampai sane kul 10am. ingatkan jem kat tengah jalan tapi jem kat pintu masuk sebab kene bayar. Kaunter agak kurang memuaskan. Dalam hati berkobar-kobar nak mandi tapi bila dah sampai tempat nak mandi tu.......

Camaner tah nak cakap. Air terjun Gunung Ledang lagi best...besar, panjang, luas...ade tempat nak mandi jauh dari orang lain. Kat sini dah la sempit pas tu ruang mandi agak terhad dan orang pulak ramai. Tapi demi untuk dak2 kecik yang nak mandi ni aku ikot je la...kan..Aku rase macam air terjun ni pendek sangat. Tak menarik tapi popular dikalangan pelancong Singapura dan negara2 lain..

Punye la skema ikot papan tanda amaran dilarang membawa makanan ke kawasan air terjun. Bawak cenkodok jer. Nasi tinggal dalam keta. Sampai je tempat mandi tengok orang semua bawak makanan. Agak menyesal. Tapi aku tetap ngan misi aku, nak mandi..haha..dapat la jugak hampir 3 jam lebih berendam dalam air yang tak berapa nak sejuk. Tak sesejuk Bentong hari tu. Tapi kesian ngan satu kapel ni (maybe dah kawin kot).. si pempuan tu rilek lagi dok dalam air tapi si laki ni dah menggigil kesejukan. Aku dah gelak2 dah. Pas tu Die pegi hisap rokok sambil menggigil..pas hisap tu pun menggigil lagi..haha..sampai balik pun menggigil..

Mereka belajar berenang, aku belajar tahan nafas dalam air tapi tutup mate la. PEdih giler bile air ni masuk mate. Nasib baik aku tak pegang SLR, kalau tak dah lame aku shoot orang...hhahahaha...tengah2 syok mandi tiba-tiba hujan turun..kelam kabut diorang ni naik!..aku ingat nak sambung mandi jer tapi memandangkan diorang ni bawak budak-budak kecik so diorang naik, aku pun ikot la naik.

Lepas selesai menukar pakaian, kitorang pegi la kat paking keta untuk makan..hehehe..sedap jugak makan kat situ walaupun agak panas..

Rancangan pas ni nak pegi mane?huhu...lalu bandar Kota Tinggi yang pernah banjir dulu..setinggi bangunan 1 tingkat tapi dah tak nampak la bekasnye. Semua dah cat baru kot. Aku membayangkan macam mane la suasana banjir kat pusat bandar tu..mesti dahsyat


Sembahyang kat Masjid Jamek Felda Sg Sayong pas tu singgah jap kat Makam Diraja. Ni makan lama dah. Menurut sejarah, ade 7 makan semuanya 7, makam 12, makam 1 dan makam 2. nombor tu menandakan bilangan kubur dalam sesebuah makam.

Makam ni sebenarnya adalah makan sultan, kerabat diraja dan pembesar-pembesar. Sebenarnya makam ni terletak dalam Kota Sayong di mana, ia terletak berhampiran dengan sungai. Kota Sayong ni dulunya merupakan pusat pemerintahan negeri Johor yang ketiga. Mase tu Melaka dijajah oleh Portugis dah Sultan Mahmud lari ke Pagoh dan kemudian ke Johor dan mangkat di Kampar (Indonesia). Nak tau cite lagi?nanti la aku cite. Penat la nak tulis panjang2..

Meneruskan perjalanan balik singgah di pasar seramik Ayer Hitam pulak ...tibe2 teringan mase nak buat persiapan kawin abg aku..best plak..rase nak wat lagi jer..shopping2 abeskan duit..hahaha

Graphic Workshop

| Friday, 12 February 2010

Graphic Workshop
Tarikh : 06 Febuari 2010
Waktu: 8.30am hingga 5.00pm
Lokasi : Dewan Kuliah FSPU


Hujung minggu sepatutnya masa bersama keluarga bagi yag dah berkeluarga la..bagi pelajar, hari sabtu adalah hari untuk tido, tengok wayang..dan segale lah..bile dengar je ade event fakulti, semua dah mengeluh...termasuk la aku...


Sebenarnya nak cerita Graphic Workshop yang dianjurkan oleh jabatan kitorang. Pensyarah yang uruskan..workshop ni sebenarnya mengajar kita cara-cara melukis dan mewarna dengan betul. Ni bukan kelas mewarna macam budak2 sekolah tau.


Ada 2 sesi..pagi dan petang. Penceramah sesi pagi adalah En Kamarul Bahrin dari Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UiTM dan sesi kedua oleh En Abd Hakim dari Morphosis Design..yang bestnya sesi kedua yang paling menarik. Beliau tunjukkan cara-cara untuk membuat lakaran@sketches dengan betul dan cara-cara mewarna sekali. Grafik pokok, palma dan perspektif. Memang cantik..sesuai dengan grafik landscape punya.

Yang bestnye kitorang bayar RM10 pas tu dapat la pen artline 2 batang dan sketch book...plus makanan (sarapan dan makan tengahari)..aku rase memang berbaloi lah..

Semua orang suke sesi kedua (sesi petang) sebab kitorang kene melukis dan mewarna. Beliau tunjuk cara-cara mewarna menggunakan pelbagai medium termasuk marker, warna air, dan warna pensil. Sebenarnya kan apa yang kitorang buat tak sama ngan apa yang beliau tunjukkan. Kerana?haha...penceramah tu buat atas paper yang berkualiti tinggi. Untuk dak2 AD punye la...kita ni paper A4 biasa jer..marker pun die buat atas tracing paper..tu yang cantik dan senang nak buat effect..

lame2 rase boring duduk kat dalam dewan tu..sejuk, ngantuk...huwwaaaa...nasib baik ada kamera..ley tangkap2 muat sikit..he


kegigihan kami membawa segala jenis warna2 yang ade dalam tool box kami. Jom mewarna!..


lepak waktu tengahari di studio..

Budak dah gile kamera besar

| Wednesday, 3 February 2010

Hajat di hati memang nak memiliki DSLR yang best..tapi memandangkan kewangan tak sampai ke situ dan keperluan untuknye belum diperlukan untuk study, so tak pe la kalau tak de pun..pinjam kawan sudah...


Ni adalah koleksi gambar dari kamera Zul mase trip Bentong tapi ni mase mandi-manda kat Hutan Lipuur Lentang...thanks Zul coz bagi aku jaga kamera ko..












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean