header

header
hairie

Kota Tinggi Waterfall

| Wednesday, 17 February 2010

Percutian yang tak dirancang. Last minute baru nak ajak aku..ni ha, mak cik aku ajak aku pegi mandi-manda kat air terjun Kota Tinggi. Aku membanyangkan suasana air terjun tu; mesti sejuk, nyaman dan best. Rase macam teruja nak pegi..memang aku tak pernah menjejakkan kaki ke air terjun tu.


Gerak jam 7am (jauh sangat dan takut jem) dan sampai sane kul 10am. ingatkan jem kat tengah jalan tapi jem kat pintu masuk sebab kene bayar. Kaunter agak kurang memuaskan. Dalam hati berkobar-kobar nak mandi tapi bila dah sampai tempat nak mandi tu.......

Camaner tah nak cakap. Air terjun Gunung Ledang lagi best...besar, panjang, luas...ade tempat nak mandi jauh dari orang lain. Kat sini dah la sempit pas tu ruang mandi agak terhad dan orang pulak ramai. Tapi demi untuk dak2 kecik yang nak mandi ni aku ikot je la...kan..Aku rase macam air terjun ni pendek sangat. Tak menarik tapi popular dikalangan pelancong Singapura dan negara2 lain..

Punye la skema ikot papan tanda amaran dilarang membawa makanan ke kawasan air terjun. Bawak cenkodok jer. Nasi tinggal dalam keta. Sampai je tempat mandi tengok orang semua bawak makanan. Agak menyesal. Tapi aku tetap ngan misi aku, nak mandi..haha..dapat la jugak hampir 3 jam lebih berendam dalam air yang tak berapa nak sejuk. Tak sesejuk Bentong hari tu. Tapi kesian ngan satu kapel ni (maybe dah kawin kot).. si pempuan tu rilek lagi dok dalam air tapi si laki ni dah menggigil kesejukan. Aku dah gelak2 dah. Pas tu Die pegi hisap rokok sambil menggigil..pas hisap tu pun menggigil lagi..haha..sampai balik pun menggigil..

Mereka belajar berenang, aku belajar tahan nafas dalam air tapi tutup mate la. PEdih giler bile air ni masuk mate. Nasib baik aku tak pegang SLR, kalau tak dah lame aku shoot orang...hhahahaha...tengah2 syok mandi tiba-tiba hujan turun..kelam kabut diorang ni naik!..aku ingat nak sambung mandi jer tapi memandangkan diorang ni bawak budak-budak kecik so diorang naik, aku pun ikot la naik.

Lepas selesai menukar pakaian, kitorang pegi la kat paking keta untuk makan..hehehe..sedap jugak makan kat situ walaupun agak panas..

Rancangan pas ni nak pegi mane?huhu...lalu bandar Kota Tinggi yang pernah banjir dulu..setinggi bangunan 1 tingkat tapi dah tak nampak la bekasnye. Semua dah cat baru kot. Aku membayangkan macam mane la suasana banjir kat pusat bandar tu..mesti dahsyat


Sembahyang kat Masjid Jamek Felda Sg Sayong pas tu singgah jap kat Makam Diraja. Ni makan lama dah. Menurut sejarah, ade 7 makan semuanya 7, makam 12, makam 1 dan makam 2. nombor tu menandakan bilangan kubur dalam sesebuah makam.

Makam ni sebenarnya adalah makan sultan, kerabat diraja dan pembesar-pembesar. Sebenarnya makam ni terletak dalam Kota Sayong di mana, ia terletak berhampiran dengan sungai. Kota Sayong ni dulunya merupakan pusat pemerintahan negeri Johor yang ketiga. Mase tu Melaka dijajah oleh Portugis dah Sultan Mahmud lari ke Pagoh dan kemudian ke Johor dan mangkat di Kampar (Indonesia). Nak tau cite lagi?nanti la aku cite. Penat la nak tulis panjang2..

Meneruskan perjalanan balik singgah di pasar seramik Ayer Hitam pulak ...tibe2 teringan mase nak buat persiapan kawin abg aku..best plak..rase nak wat lagi jer..shopping2 abeskan duit..hahaha

0 Readers:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean