header

header
hairie

Cerita Satu Semester

| Wednesday, 19 May 2010

Assalamualaikum, setelah hampir 3 bulan atau lebih tidak meng’update’ blog ni. Akibat tidak mempunyai ruang yang cukup untuk menulis. Penat, tekanan, sibuk.selalu perkara yang perlu dihadapi. Dan banyak benda yang berlaku aku tak cerita kat sini lagi. So jom kita tengok satu-satu secara ringkas (tanpa ikut kronologi)

CERITA 1: LASKAR DAY
LASKAR Day ini adalah kesinambungan sebelum malam dinner jabatan. Dirasmikan oleh Timbalan Dekan FSPU, Dr. Noriah di foyer FSPU. Majlisnya ringkas je pas tu ade pameran kat galeri FSPU. Pameran hasil kerja pelajar. Aku bangga kawan-kawan aku punya hasil kerja dipamerkan..tahniah! 

 Aktiviti lain: Pertandingan melukis poster, fotografi, paper kolaj, dan penamaan pokok. Aku masuk pertandingan fotografi yang bertemakan ‘Quality Of Life’ tapi semua 7 keping gambar hasil lensa aku sendiri (tanpa ambik kat internet) kalah..nak buat macam mane..gambo tak de kualiti hidup kot..hoho


CERITA 2: MALAM HIBBUL HAMRA’ (THE ARABIAN NIGHT)
Setiap sem kene ada dinner. Dah macam jadi benda paling wajib. Dan sem ni  studio 05 kena handle dinner. Kitorang la yang uruskan kertas kerja, tempah hotel, buat kerja tu kerja ni..memang penat tapi bile pikir balik memang best. Sama-sama buat kerja. 

Kali ni kami pilih tema Arabian Night. Saje nak bagi grand kononnye. Semua setuju dengan tema tu. Dan bermula la kerja-kerja pak arab. Paling dahsyat budak dekorasi la kene buat banyak kerja. Ape pun tahniah!berjaya.. Lokasi di Intekma Resort, Shah Alam.

Tapi aku kecewa dengan dinner kali ni. Kesimpulannye paling teruk pernah aku handle. Aku tak berjaya hidupkan malam tu. Dulu aku pernah buat silap mase dinner Pangkor. Tu stuck sekejap tapi dapat di’cover’ dengan cabutan bertuah. Kali ni memg aku tak boleh lupa. Majlis tak berjalan dengan lancar. Dah la tak ramai pelajar yang datang. Dah macam pelik tau. Jadinya aku taka de mood nak bergambar lepas dinner tu. Aku kemas baju budak persembahan dan naik bilik terus. Penat.

Ape pun esoknya aku luahkan kat Zahrin dan die kate memang la kita rase tak okay dinner tu sebab kita yang handle bukan kita yang jadi tetamu. Lagipun ramai pensyarah puji. Dan aku dah rasa makin okay sikit dah. Tapi aku akan simpan dalam kepala aku pasal malam yang penuh kenangan tu. 

Second time buat persembahan pembukaan. Gigih!. Thanks Yanti, Zahrin, Yana, Suraya, Nor, Ika, Azreen, Farah, Lynda, Pelajar Semester 3 yang bersama-sama menjayakan persembahan. Aku sangat hargainya!..dan kepada boss dinner JOE Fzr, ni pengalaman berharga ko. Pas ni buat lebih baik tau.yeahh!!
 

CERITA 3: SPORT DAY DAN ENVIRONMENTAL DAY
Studio 04 handle Sport Day dan studio 06 handle Environmental Day. Lokasi di FRIM, Kepong, KL. Untuk environmental day, ade aktiviti Jungle Trekking dan Explorace. Kepada yang tak join explorace kene la join jungle trekking. Naik jambatan gantung beb (canopy walk). Best giler.


Petang lepas zohor, ade pulak sport day. Memang best. Permainan ala-ala kampong gitu kan. Tarik upih, boling kelapa, baling selipar, futsal dan tarik tali. Walaupun kalah tapi best.


Kesimpulanya, ade best dan tak best. Walaupun tak puas hati tapi kene la berpuas hati jugak. Kontroversi?memang ada tapi tak nak la kecoh kat sini. Lagipun dah reda dah benda tu. Tapi aku takkan lupakan dari kepala aku ni. Selalunya aku akan ingat.

Ni la pasukan explorace batch 05 yang telah berusah bersungguh-sungguh untuk menang tapi kalah.its okay yang penting anda berjaya jugak abiskan dengan penuh semangat!.

Masing-masing buat muka. maklum la masing-masing ade kes sendiri, masalah, sakit hati dan macam-macam lagi la.


CERITA 4: DINNER LADS PERAK
Lari sekejap dari kesibukan Shah Alam. Aku, Acab, Mahirah, Lynda dan Pija menyertai dinner LADS Jabatan Seni  Bina Landskap UiTM Perak semingu sebelum dinner kami.  Bertemakan 60’s atau pun zaman-zaman dulu punye tema. Macam biase, dinner diorang best. Kitorang dok meja depan pentas. Meja Alumni. 


Lokasi di Port Dickson dan sebelum dinner berlangsung kami merayau-rayau bersama SLR di tangan. Ape pun, memang best la. Kitorang cedok skrip daripada dinner ni la. Hoho..


Sedang mengambil angin tepi laut tu tiba-tiba ternampak lalang warna coklat yang cantikdan luas. Pantang ada SLR kat tangan time ni. Lepas tu pulak ade matahari senja yang cantik sangat. 

Ape pun macam biasa la dinner Perak. Simple tapi best. Cacat pun tak nampak sebab dapat cover dengan persembahan yang kreatif dan best. 


CERITA 5: KARNIVAL SUKAN FSPU
Bertempat di Padang Seroja, UiTM Shah Alam. Acara: futsal lelaki dan perempuan, bola jaring perempuan. Sebenarnya dua hari tapi kitorang tak join event hari kedua tu. 

Kalah atau menang tak penting. Yang penting semua puas hati dapat main. Aku?jadi photographer diorang kejap..haha

Gigih!. Tengah-tengah panas pun main jugak. Tapi disebabkan semngat kesukanan yang tinggi, panas ke ujan ke tak kesah. (kot)


CERITA 6: FINAL PRESENTATION STUDIO 05 | LANDSCAPE REGIONAL PLANNING
Kali pertama dalam sejarah studio habis on time. Minggu 14 terus final presentation. Sem ni kitorang tak de design so sebab tu la cepat habis. Aku group first yang present. Agak berdebar. Dah la malam tu tak cukup tido. Nasib baik tak ngantuk.


Tajuk: kitorang kene rancang pembanguna kat Bentong tu selepas melalui beberapa fasa. Dan fasa keempat adalah yang final. Ni macam inventory analysis jugak. Kita kene taw kat mana nak letak perumahan, kawasan industry, pusat Bandar dan lain-lain. Macam planner la kitorang ni. Tapi kene ikut philosophy la. Kitorang ambik Environmental Quality. So, kitorang kene ambik berat pasal alam sekitar. We love nature!


CERITA 7: MUHAMMAD ZIKRI BIN MOHD HAFIZ
24 Mac 2010 lahirlah dak kecik ni. Lelaki jam 5pm. Aku xsempat nak tengok sebab tengah busy ngan kerja-kerja kat sini. Last2 dapat tengok kat facebook. Tu pun gambar je. Dan selepas sebulan baru la dapat tengok muke die yang bulat tu. Hoho.. gemok..!


 
CERITA 8: MALAM BBQ STUDIO 05
Setelah habis kesemuanya, macam biase kitorang buat lagi malam bbq di Taman Rekreasi Seksyen 7. Kali ni tak de astro lagi. Alhamdulillah ramai yang datang. Makan, minum, ngumpat, bakar ayam, shooting, kacau orang. 


Terima kasih kepada tukang-tukang masak bihun goreng, tukang buat air fresh oren, CLOSELAW, nasi himpit, tukang bakar ayam dan semua yang datang. Best gile time ni. Aku siap tolong masak bihun goreng lagi beb.haha

Rumah Yanti jadi stesen masak bihun goreng. dah la jirannya semua bangla. dok jeling-jeling kitorang dari luar. Kalau ikutkan memang takelamat la rumah diorang tu sebab bangla tu ramai. 

makan, makan dan makan! tu la kerjanya..dengan gaya masing-masing untuk menelan seketul ayam bakar. 

Kalau boleh tak nak berpisah. Nak jadi macam air. Kalau dicincang takkan putus. Harap-harap selamanya tak putus.

CERITA 9: TRIP KE MASJID | INTRODUCTION TO ARCHITECTURE
Semester ni kitorang kena ambik subjek elektif dan aku pilih subjek Introduction To Architecture dengan harapan senang nak score subjek ni dan dapat buat model. Tapi model tak dapat buat sebab dah tukar pensyarah. Ape pun best jugak subjek ni sebab kitorang dapat melawat masjid-masjid yang bersejarah dan mempunyai cerita sendiri.

 Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, Putrajaya

 
 Masjid Putra, Putrajaya

 Masjid Al-Azim, Melaka

 Masjid Selat, Melaka

 Masjid Kampung Hulu, Melaka

 Masjid Kampung Kling, Melaka

 Masjid Wilayah, Kuala Lumpur

 Masjid Jamek, Kuala Lumpur

 Masjid Shah Alam, Selangor

 Masjid Negara, Kuala Lumpur

 Muzium Kesenian Islam Malaysia, Kuala Lumpur

Dengan keahlian 20 orang sahaja trip tu jadi best. Tak ramai sangat, senang nak contact, meriah dan best lah! Kenangan trip bersama SLR yang dipinjamkan kat aku. Susah nak dapat tau.



0 Readers:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean