header

header
hairie

Kota Keriangan Genting Highlands

| Wednesday, 19 May 2010

Penutup aktiviti semester ni bersama kawan-kawan. Kali pertama menjejakkan kaki ke puncak Genting yang sejuk (kot) dan best. Ditambah pula pegi dengan kawan-kawan yang sama kepala. Hoho.. 


Rancangan awal | Isnin, 7.15am di KTM Padang Jawa. Jangkaan jam 8.30am tiba di KL Sentral dan terus ambik Pakej ke Genting. Dan dijangkakan 1 jam selepas itu tiba di puncak. Dan sebenarnya, 7.30am baru sampai KTM Padang Jawa pas tu dalam pukul 8.00am baru tren sampai. Sampai je KL Sentral kecewa. Pakej jam 10.30am tka dapat sebab dah penuh dan hanya ada jam 12.00 tghari baru ade. Dan kitorang buat keputusan meneruska  perjalanan ke Bukit Jalil. Try cari kat sane. Dan akhirnya jam 10.30am dapat tiket naik Genting akhirnya walaupun tanpa pakej. First time kan, so tak tau sangat la kan. 


Sampai stesen kereta kabel  jam 11.30am dan terus beli tiket bas untuk balik jam 8.30pm. takut dah habis nanti. Pengalaman di dalam kereta kabel memang best. Seperti berada di dalam sebuah kapsul untuk menuju ke angkasa. Pengalaman yang berbeza dengan kereta kabel Pulau Langkawi. Kapasiti maksimum 8 orang. Memang best. Melihat bentuk muka bumi yang beralun dan bertingkat-tingkat seperti di kayangan. Wow! 15 minit menaiki kereta kabel untuk ke puncak.


Sejuk, best, excited, gembira, jakun, ..semua ada bila dah sampai atas. Mencari pintu masuk/kaunter tiket untuk masuk. Kitorang main outdoor theme park je. Sebab nak bajet kan. Lagipun yang indoor tak best. Untuk kanak-kanak dan keluarga boleh la. Kitorang kena bayar RM38 per kepala untuk main semua yang outdoor. 

Macam-macam main. Dari yang budak-budak punya sampai la yang untuk orang dewasa punya. Dalam kepala aku sebelum naik puncak aku tak nak naik Space Shot tu. Aku tak tau kenapa aku terlalu takut dengan benda tu. Mungkin sebab trauma Fun Fair Kuala Selangor dulu kot. Whatever lah!


Pertama sekali, kitorang main benda ni dulu..pusing-pusing panaskan kepala. First timw aku naik. Memang macam nak melayang. Terlalu cemas. Menjerit tak tentu pasal. Haha
Lepas tu naik pulak benda ni. Sejak awal aku berdebar-debar takut. Tapi memandangkan aku dah bayar, pas tu semua orang naik, takkan aku nak dok sorang-sorang kat sini. Punya la aku takot mula-mula nak gerak benda tu. Menjerit dah!. Pas tu tak tau nak cakap ape dah. Memang menjerit, pejam mata, jantung tah ke mana. Haha..  bile time die swing tu memang takot padahal tak de pape pun. 
Abes dah yang menakutkan. Masuk jap kat Dinosaur Land. Ingatkan nak naik bot tapi ramai sangat menunggu. 
  Jadinya terus main benda lain. Mengayuh bot jap. 
Mencari yang best lagi. Naik kereta api roller coaster. Masuk gua, keluar gua. Nampak macam boleh ambik gambar mase naik benda tu. Tapi tak sempat tekan klik pon. Dahsyat giler. Laju, naik turun. Dah la gelap masuk gua tu. Dibuatnya kepala sangkut kat dinding gua tu kang. 
Keluar je dari lepas main benda tu Nampak kabus tebal datang. Baru rase sejuk betul. Ni la Genting!  
Pas tu sambung lagi. Naik naga ekor cabang. Yang ni rileks sikit. Sempat shooting. 
Naik cawan. Pusing-pusing. Lantak la walaupun budak kecik punya. Yang penting aku dah bayar.
Singgah London jap. Naik bus double-decker. Tapi panas. Tak de ekon.
Pirate Ship. Ala-ala buai gitu. Swing sane swing sini. Aku dok la ngan Pija dan mad. Yen ngan Lynda ngan Joe.sebab senang nak ambik gambar, ko ambik aku, aku ambik ko. Adil kan. Mula-mula best je, layan die punya ayunan tu. Lame-lama ambik ko!. Terbaring terlentang ko. Aku tak jerit sangat tapi gelak tengok muka Lynda . langsung tak de perasaan naik benda ni. Rilek jer. Sakit hati!hakhak
 
Akhirnya! Space Shot. Mereka naik jugak. Dengan alasan tercabar. Tapi aku memang tak nak naik pon. Die punya bunyi tu macam ape tah. Tapi tak pe la nanti datang lagi aku try naik pulak. Mereka terlalu suka hingga lupe kamera kat bawah. Ade jugak kelebihannya aku tak naik kan. 
Merayau jap kat Dinosaur Land. Jurassic park kot. Tapi okay la. Not bad. 
 
Berjalan di dalam indoor theme park. Mencari tempat makan. 
KFC pilihanku. Walaupun harga tak sama ngan kat bawah. Naik dalam lebih kurang RM2 hingga 5. 
Malam jam 7.30 kitorang gerak turun. First time naik kereta kabel waktu malam. Memang cantik. Dan time ni la bateri kamera aku habis. Nasib baik dah balik.
 
Malam jam 7.30 kitorang gerak turun. First time naik kereta kabel waktu malam. Memang cantik. Dan time ni la bateri kamera aku habis. Nasib baik dah balik. Jam 8.30pm gerak pergi Bukit Jalil pas tu amik tren ke KL Sentral. Sampai Shah Alam dalam pukul 9.30pm dan terus makan kat Padang Jawa walaupun penat. Diorang ni yang lapar. Hoho . Jam 11.30 baru la aku sampai rumah sewa. Mandi, nyembang jap pas  tu tido.
Memang kenangan tak boleh lupa la time ni. Sebab semua orang best! Yen, Pija, Lynda, Joe dan Mad, korang memang best lah walaupun selalu buli aku.hakhakhak...trip yang takkan lupa. Kepada Zulhasnan thanks sebab pinjamkan kamera SLR ko tu. Susah nak dapat woo...

6 Readers:

{ i.r.k.u.y.s } at: 19 May 2010 at 12:47 said...

bestnye.bila ntah nak naik sana....hukhuk

{ HAIRIEcerulean } at: 19 May 2010 at 12:56 said...

hoho..ni pun nasib baik ade mase sblum smua balik. dh rancng dr awal sem tp sempat pg ujung sem jerr.huhuhuh

{ pija } at: 19 May 2010 at 20:50 said...

hehehe...ada lagi penutup part 5 kita....shanghai expo....sgt best.....china...

{ keloi anak pak ya } at: 22 May 2010 at 03:05 said...

apsal x amik pakej kat stesen putra gombak..rm48 all park,bus pergi bas balik kereta kabel pergi balik..time limit smpi tutup park..

{ joe FZR } at: 22 May 2010 at 15:05 said...

best..da mse len kali kte pe lg..yahoOO..

{ izyan yasmin } at: 21 May 2011 at 09:16 said...

wahh . bestnya . huu . teringin plak nak pegi :}

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean