header

header
hairie

Dunia China 2010 | Hangzhao | Suzhou | Shanghai

| Thursday, 24 June 2010


Buat pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke China, Negara terbesar atas peta. Kalau tak silap, kat China la landskap mula berkembang bersama-sama India di Asia sebelum ia tersebar ke Asia Tengara. Dan buat pertama kalinya aku naik kapal terbang walaupun hanya Air Asia jer. Tapi okay kot daripada tak pernah naik. 


Kami pegi China dengan rombongan seramai 28 orang termasuk seorang pensyarah. Tujuannya untuk menghadiri IFLA World Congress 2010 di Suzhou,  China. Tapi aku tak sertai pertandingan yang dianjurkan. Hanya 7 orang pelajar kami yang mewakili Jabatan Seni Bina Landskap UiTM Malaysia menyertai pertandingan tersebut walaupun kalah. 


Yang best nya kali ni aku tak bawak SLR. Tak kecewapun tapi kawan-kawan yang kecewa. Kalau aku punya boleh la aku bawak oii. Tapi aku dapat pinjam kamera abang aku. Nikon jugak. Nak tau cerita kitorang tak?jom tengok kronologi hari demi hari.

Khamis, 27 Mei 2010
Malam tadi tido awal walaupun tak boleh tido sangat sebab excited tak tentu pasal nak naik kapal terbang. Bangun jam 3 pagi dan mule kejutkan Pija ngan Hawa. Jam 4 pagi kereta kebal Pija dah sampai rumah aku. Dan selepas itu kitorang ambik Hawa kat rumah die pulak. Dengan cemasnya die  bagitau yang passport die tertinggal kat studio!kitorang rilek jer tapi die yang paling cemas dengan muke berpeluh-peluh. So, terpaksa la masuk lalu pintu depan dan bagi la alasan tertinggal passport kat pak guard FSPU tu. Nasib baik ade kat dalam laci die. Kalau tak jumpe, memang kempunan la ko Hawa nak pegi China. 

menanti untuk scan

Bas UiTM tunggu kat pintu belakang dan dekat-dekat kul 5 pagi kitorang gerak pegi Terminal LCC, Sepang. Sampai dalam 5.30 pagi dan memang ramai orang. Ingatkan sunyi. Untuk penerbangan antarabangsa, kitorang kena check-in 3 jam sebelum berlepas. So, dengan yakinnya kitorang pun scan luggage. Lepas semua dah scan tiba-tiba Pok Nik suruh berkumpul dan bawak berita buruk. Flight delay hingga jam 5.20 petang!. Aku dah cemas. Ape nak buat ni?Dalam keadaan kusut Pok Nik terus telefon Pak Cik bus suh amik kami balik kat terminal walaupun beliau sudah sampai Batu Tiga. Lepas tu fikir-fikir balik antara nak balik dan tak balik. Last2 kitorang buat keputusan tak nak balik sebab buang masa je nanti. Belum tentu bas tu nak antar kitorang balik sini sebab sekarang ni kan UiTM tengah konvokesyen.

aktiviti makan percuma di McD LCCT

Tapi pak cik bus bas tu dah sampai LCCT dah dan mase tu la baru Pok Nik call  balik. Pak cik bas tu kecik ati..agak kesian jugak la tapi nka buat macam mane kan. Keputusan terburu-buru nak balik. Kemudian, kitorang lepak je la kat terminal tu sampai bosan. Sembahyang subuh lepas tu terus pegi Mc Donald. Nak tau apa cerita?kitorang dapat kupon free dari Air Asia sebab delay flight! Breakfast RM10 setiap seorang dan lunch pun RM10 setiap seorang. Ade hikmahnya delay ni. Ape lagi kitorang lepak la sampai kul 2.30 petang sebelum check-in. Sepanjang kitorang duduk kat McD tu macam-macam orang kitorang jumpe. Mat Salleh yang elok, yang tak elok, semua ada la. Dan yang pentingnya aktiviti mengumpat.


Akhirnya jam 2.30 petang baru la boleh check-in. Scan lagi sekali luggage besar tu. pas tu timbul pulak masalah kaunter mane satu nak daftar. Dah beratur sini tapi kena pegi sebelah sana pulak. Pas tu tak boleh, pegi sebelah sini pulak. Last2 orang yang jaga kaunter tu kena marah dengan bos die kot. Padan muke! Luggage aku 10.1kg dan hawa punya 16kg. Maksimum 15kg jer tapi nasib baik Hawa lepas sebab aku partner dengan die dan aku punya tak lebih 15kg. Akhirnya selesai,duduk kat bilik menunggu sampai kul 5 petang baru bileh masuk flight. Sambil menunggu main Facebook kejap.
 

Dan jam 5 petang kitorang baru dapat masuk kapal. First time beb! Siap bergambar ngan pramugari lagi. Merah seksi! Aku dapat seat tak best. Tengah-tengah. Dengan Chinese. Buat pertama kalinya memang aku tak selesa, tak boleh tido lena maybe terlalu excited kot. Sebelum berlepas kena tegakkan kerusi, pakai tali pinggang keledar dan off barang-barang elektronik. Ikut arahan kapten.


Ape yang best pasal air asia ni kan, aku suke tengok pramugari diorang. Kapal yang aku naik ni semua cantik-cantik dan stylo lah. Dah tua pun still cntik lagi. Yang lelaki biase jer. Yang wanita ni ha walaupun just Chinese mata sepet je tapi still cantik la. Dengan rambut bergulung-gulung lembut, senyuman menawan...waaahhh.....


Selepas beberapa jam berlepas baru la dapat makan. Tiket kitorang dah termasuk sekali dengan pakej makanan. Dapat la jugak merasa nasi ayam Hainan dengan air mineral. Makin lama makin boring dan tak tau nak buat ape. Henset off! Tak de member nak berbual. Tak bawak mp3. Nak tido tak boleh lena. Kejap bangun. Rase 5 jam tu terlalu lama sangat.

ikhsan dari kamera Azreen sebab dia dapat duduk tepi tingkap

Tapi akhirnya selamat sampai jugak kat China, kitorang mendarat di Hangzhao International Airport yang sememangnya  lagi cantik dari LCCT. Jam 10.20 malam selamat mendarat dengan jayanya. Sebelum keluar flight tu kene ucap terima kasih kepada pramugari kononnya berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan..hahaha


Selepas ambik luggage masing-masing kitorang terus keluar terminal dan naik bus yang telah disediakan. Sebenarnya bas ni kawan Pok Nik yang uruskan. Biase la orang banyak kabel kan. Kitorang menuju ke Suzhou tempat di mana berlangsungnya persidangan IFLA 2010. Perjanan ambik masa hampir 3 jam. Sempat tido lagi. On the way tu hujan dan gelap tapi dapat jugak tengok landscape design di sepanjang jalan utama diorang. Mesti ada pokok di kanan kiri jalan.

1 katil double dan 1 katil single. Boleh muat 3 orang

Then dalam jam 2 pagi baru sampai hotel kitorang. Nanyuan Inn terletak di pusat bandar tradisional (lama) Suzhou. Suzhou ni banyak taman-taman yang cantik. Kalau tak silap kat sini diiktiraf UNESCO. Pemuliharaan bangunan lama kat kawasan ni.



Dapat bilik 501 bersama Zulhasnan. Bukak pintu jer rase teruja. Selesa gile bilik tu!..rase macam 5 bintang pulak. Akibat dah penat dan esok dah kene pegi perasmian IFLA kitorang mandi dan kemas-kemas pas tu tido..ngantuk dan sejuk.

Jumaat 28 Mei 2010
Jam 9 pagi dah berkumpul kat lobi hotel. Dah siang gile dah walaupun hujan. Sejuk pulak tu. malam tadi sedap je tido. Kat China ni waktu malam pendek tau. Jam 4.30 pagi dah start siang macam kul 7 pagi waktu Malaysia. Tapi jam kita same dengan waktu China. Tak ada beza.

hujan pagi di bandar Suzhou

Selepas berkumpul, kitorang terus pegi ke bus stop berhampiran untuk naik bus ke tempat persidangan. Bila berjalan kaki tu semua orang sane tengok kitorang. Dah la jalan berkumpulan dan majoriti yang perempuan bertudung. Memang tak kelip mata tengok. Mungkin mereka tak pernah tengok pelancong islam datang Suzhou kot.


Ingatkan dah sampai tempat persidangan IFLA tapi belum sebenarnya. Kena naik bas yang disediakan oleh pihak penganjur ke Suzhou International Expo Centre yang terletak di kawasan bandar baru. Diorang ni tak campur bandar lama ngan bandar baru tau. Mungkin tak nak kacau elemen-elemen sejarah kat bandar lama tu.

Selang beberapa minit kitorang dok dalam bas tu baru la gerak secara konvoi dan kawalan keselamatan amat ketat. Kenderaan lain kena beri laluan kepada kami yang 26 biji bas ni. Dah macam VIP dah. Tapi mungkin ni sebab World conference dan melibatkan banyak negara dan nak jaga nama baik pihak penganjur kot.


Walaupun aku tak sertai sebarang pertandingan tapi dah macam delegasi dah. Ambik segala brochure dan yang penting dapat pendrive 2G buatan mereka sendiri kot. Yang penting jenama tak ade.



Dekat luar dewan persidangan tu ada pameran la macam biasa. Aku tengok pintu masuk dewan tu pun rasa macam grand sangat!. Kat dalam, lighting  memang cantik. Then, bermula la acara perasmian. Kitorang diberi translater, benda macam headphone yang boleh dengar talk dalam bahasa inggeris. Dalam jam 12 tengahari kitorang gerak keluar dewan sebab makin boring la. Asyik ucapan, talk dan pembentangan paper.



perancangan yang baik mewujudkan satu tempat yang sempurna dan berfungsi

Kitorang keluar dan berjalan-jalan di sekeliling Suzhou International Expo Centre. Melihat keunikan landskap di sana. Dan semuanya aku rasa aku pernah tengok dalam buku kat library lah.

mak cik ni la yang punya gigih tolong kitorang. tapi tak paham langsung ape yang die cakap 


Tujuan utama nak balik hotel tapi masalah komunikasi hampir-hampir membantutkan harapan kami. ‘helo, can you speak English?’ ayat si Pija bertanya kepada semua orang. Kebanyakan mereka tak boleh berbahasa Inggeris la. So terpaksa la kami guna bahasa isyarat. Kami nak tanya diorang macam mana nak balik ke hotel dan siap tunjuk business card hotel lagi. Diorang cakap bahasa cina tapi kitorang cakap inggeris la. Dan aku ngumpat bahasa melayu. Diorang tak paham punya.

 mat salleh cikgu tadika. Pakwe kedua Azreen selepas mat India kat dalam kapal terbang

Ade la seorang mak cik ni gigih sangat nak bantu kami ni tunjuk jalan macam mana nak balik ke hotel sampai dia hampir-hampir tertinggal bas. Dan masa tunggu bas tu nasib baik la jumpe mat salleh ni. Die cikgu tadika patut la mesra je kan. Die pun naik bas sama ngan kami tapi destinasi lain-lain. Keluarga dia semua da kat sini dan die suka Suzhou sebab tak sesak sangat.


Dan akhirnya kitorang selamat sampai Bandar tradisional Suzhou walaupun belum sampai hotel lagi. Dah jalan dalam 5 minit dan sampai satu simpang 4 pas tu tak tau nak masuk mana satu. Pas tu pegi la tanya la pak cik polis. Dia kate sana. Kitorang pun ikot je la. Gigih berjalan. Nasib baik tak panas macam KL. Kalau tak memang berpeluh-peluh dan penat. Tapi kan, polis tu bagi salah arahan la. Nama je polis tapi tak tau mane tempat ni, mane tempat tu. pas tu tnya lagi polis yang duduk bawah khemah tepi jalan tengah berkawal kot. Diorang pun tak berapa sure.

Nasib baik ada apek sorang yang kalau tak silap dah 26 tahun umurnya. Die yang bawak kitorang balik ke hotel. Die pun tak tau jugak sebenarya. Tapi nasib baik jumpa. Die tak boleh cakap inggeris dengan baik tapi boleh la paham jugak.

 jualan buah ceri menggunakan timbang tradisional


Dalam perjalanan balik hotel tu tiba-tiba terserempak dengan orang jual buah ceri yang nampak sedap.  20yuen 1kg. Agak mahal tapi unik sebab guna timbang tadisional. Macam dacing la. Akhirnya dapat jugak sampai hotel yang grand tu. kitorang nak bagi upah kat apek tu tapi die tak nak. Yela, kesian kan dah la jalan kaki pas tu die siap call kawan-kawan die kat mane tempat ni. Die memang tolak tak nak duit tu.

Sampai je hotel ada lagi masalah komunikasi. Ceritanya, aku nak masuk bilik tapi kad bilik ade kat Zulhasnan yang sedang berada di tempat persidangan IFLA  lagi. Aku nak mintak tolong orang hotel tu bukak kejap bilik aku sebab nak ambik roti, dan segala makanan dan lepas tu tutup balik la. Kejap jer tapi tu la. Nak bercakap tu susah betul die nak paham. Last2 dapat jugak. 


Menu di China: roti, tuna, air mineral, mee segera, ayam masak merah segera, rendang daging segera, biskut. Gile diet betul. Memang dah rancang nak bawak semua ni sebab belum tentu dapat jumpa restoran halal kat sini.


Selepas puas makan dan berehat seketika akhirnya jam 6 petang kitorang gerak berjalan lagi. Dengan tujuan shopping! Untuk kawan-kawan dan ahli keluarga di Malaysia. Dalam kepala ni terpikir satu tempat macam Jonker Street, Melaka. Ada semua barang cenderamata yang boleh dibawa balik. Yang bestnya, semua orang still melihat kami berjalan. Mungkin kali pertama tengok wanita pakai tudung kot. Aku dah la jalan belakang sekali. Depan ni Hawa, Azreen ngan Pija. Pija dah tentu orang tak pandang sangat. Si Azreen ni pun orang tak pandang sangat sebab mata sepet kan walaupun die bertudung. Chinese look. Yang paling jadi tumpuan ni Hawa. Dah la mata bulat pas tu pakai tudung, jalan secara konfiden. Aku ni paling suke bile apek-apek ngan mak cik-mak cik tengok kitorang, aku tengok die balik. Diorang sanggup berhenti tengok kitorang dan 360 darjah pusing. Semua tu kitorang buat bodoh je. Anggap la kita ni artis yang dikelilingi paparazzi. 



Akhirnya selepas agak lama berjalan, kitorang jumpa tempat macam  Jonker Street tapi aku tak ingat apa nama tempat tu. Sebenarnya  kalau ikut visual ia macam kawasan istana lama. Tengah-tengah tu macam ada bangunan utam dan dikelilingi rumah-rumah. Dan sekarang dah tukar jadi kedai. Bangunan yang tengah tu still jadi tokong.


Kitorang sampai kawasan ni hampir jam 10 malam dan dah nak tutup dah tapi still bukak lagi.  Masuk setiap kedai dengan penuh senyuman. Macam biasa , masalah komunikasi lagi. Nak tanya harga pun susah. Nasib baik ada kalkulator so tekan je la nombor. Teknik berjual beli di sini: mula-mula tanya harga berapa pas tu try mintak kurang harga (tawar menawar melalui kalkulator)..buat muka kesian.. kalau die tak bagi harga yang anda berkenan, sila keluar dari kedai dulu dan buat-buat merajuk. Jangan risau, kalau tokey kedai tu baik, dia akan panggil balik dan bagi harga yang murah. Au belajar dari Pija la ni. Lagi satu bandingkan dengan harga sebelah. Contoh; kedai ni jual kipas 15yuen sedangkan kedai sebelah jual kipas yang sama harga 10yuen. So bagitau la yang sebelah tu jual murah. Nanti die bagi harga yang sama rendah jugak. 


Semua kedai yang ada kitorang masuk dan semua kitorang buat macam tu. ternyata berbaloi..tapi ada jugak yang keras kepala. Malas nak layan. Malam ni kami sempat beli barang sikit walaupun banyak jugak. Kitorang buat keputusan nak balik hotel dulu. Esok sambung lagi.

Sabtu, 29  Mei 2010
Bangun tido ikut waktu Malaysia. 6.30 pagi dah bangun tapi dah terlalu terang kat luar tu. Siap-siap nak pegi Stesen Kereta Api Suzhou beli tiket untuk pegi Shanghai. Sempena dengan Shanghai World Expo 2010. Harga 24yuen lebih kurang dalam RM12. 




 
Pengalaman di tempat awam. Macam-macam jenis orang ada. Pengemis, muke penjenayah, orang kampong dan orang-orang yang selekeh!. Bayangkan depan-depan kitorang ni boleh tarik kahak dan ludah gitu je. Kat mane-mane pun diorang buat. Lagi satu, ibu-ibu yang bawak anak. Kalau budak tu nak kencing, macam tu je kencing. Main pancut jer. Tak kisah la kat tengah-tengah ramai orang ke. Lagi satu kitorang ni still jadi perhatian. Ade la satu couple tu anggup berdiri lame tengok kitorang ni. Diorang ingat kita ni alien kot. 


Pelan A ingatkan lepas beli tiket ni Pok Nik nak bawak kitorang pegi berjalan ke taman-taman yang ada kat sini sebab Suzhou ni terkenal dengan Chinese Garden diorang. Tapi tak jadi so buat la pelan B. Ke mana?aktiviti bebas la. Shopping time..kling..kling..kling...


Macam biasa berjalan tempat yang sama. Pusing-pusing pun tempat yang sama jugak. Cuma masuk kedai yang tak masuk lagi. Dan masuk jugak kedai yang dah masuk semalam. Agenda macam biasa la. Beli barang untuk diri sendiri dan keluarga .


Kali ni ade cerita hot. Ada la si Pija, Kak Nik ngan Kak Zura nak beli drawing yang diperbuat daripada susunan benang-benang halus. Memang cantik. Harga asal kalau tak silap hampir 100yuen. Untuk sekeping. Agak besar. Tawar punya tawar dapat la 60yuen. Harga tu memang murah bagi kami. Tapi bini  kepada tauke kedai tu marah la si laki tu sebab bagi murah sangat kat kitorang. Agak terkesima la kitorang yang kat situ. Yang mereka ni terus gigih memilih gambar-gambar yang terbaik untuk dibeli. Aku pulak terpaksa cancel nak beli kipas kat situ. Tah tiba-tiba rase takut. Haha..


Jam 2.30 petang  kitorang kena kumpul di lobi hotel sebab nak pegi Soochow University. Pada asalnya kitorang dijemput untuk melawat universiti diorang sahaja. Tapi Pok Nik cadangkan supaya mereka diberi talk. Dan Pok Nik bagi talk kat diorang pasal sejarah pembangunan landskap di Malaysia. Agak menarik dan aku pun jadi tertarik dengan slide yang ada. Yang aku dapat simpulkan adalah kita punya landscape style atau identity adalah tropika. Sebab iklim dan kedudukan kita di garisan khatulistiwa. 

perpustakaan berkonsepkan bunga teratai

Selesai talk, kami dibawa melawat sekeliling kampus. Memang menarik, sunyi, jauh dari kesibukan kota. Diorang buat macam education city. Ada banyak university lain dalam kawasan ni. Apa yang menariknya, kat pintu masuk je dah nampak dengan jelas struktur macam bunga gergasi yang sedang kembang. Agak tertanya-tanya jugak mula-mula sampai. Benda apa tu?rupanya perpustakaan diorang yang berkonsepkan bunga teratai. Agak menarik. Aku membayangkan kalau la UiTM ada bangunan besar yang unik giler terletak di puncak bukit dan menjadi mercu tanda terbaik untuk Shah Alam.

Habis pusing-pusing je kitorang dibawa terus ke Restoran Muslim yang terletak agak jauh dari universiti tersebut. Dalam perjalanan, kitorang melalui terowong bawah tasik! Suasana tak banyak beza dengan terowong biasa Cuma aku membayangkan macam mana nak membangunkan sebuah terowong yang panjang di bawah air tasik yang begitu luas. Memang diorang ni berteknologi tinggi betul la!

restoran halal di Suzhou. Makan free

Akhirnya sampai jugak kat restoran muslim tu. kat Suzhou ni agak sukar nak cari restoran halal mungkin sebab komuniti Islam tak ramai di sini. Style restoran tu ala-ala Tibet. Kita boleh tengok daripada pelayan: bentuk muka, pakaian dan rekabentuk dalaman restoran itu sendiri. Dinding-dinding dipenuhi dengan wallpaper dan elemen-elemen tradisional Tibet.

teh cina pembuka selera

Menu?Teh Cina sebabagi pembuka selera tapi tak manis pun. Tak sedap sangat la tapi orang kate benda tu ubat. Kitorang diberi air Coke je minum dalam gelas kayu. Sebotol besar kongsi 13 orang. Kitorang agak privacy sikit sebab meja bulat pas tu dalam ruang khas untuk VIP kot. Dalam bilik. Maybe untuk tetamu khas kot.


Lauk agak sedap. Ala-ala hotel atau resturan mahal tapi tahap kesedapan tak sama dengan Malaysia. Tapi boleh la untuk sape-sape yang melancong ke sini dan tak bawak makanan sendiri. Aku tak tau nama lauk apa tapi ada la ayam masak ape tah, udang goreng, tumis sayur dan macam-macam la. Yang penting! Kali pertama makan pakai chop stick. Nak kepit ayam  seketul pun terkial-kial. Tapi tak malu pun sebab yang lain pun same jugak.

Selesai! Ambik teksi nak balik hotel tapi dalam hati still nak berjalan lagi. Aku balik tak sekali ngan Pija and the geng. Aku naik ngan Wani. Pak cik teksi tu rabun. Kitorang tunjuk business card hotel pun kene tengok pakai lampu kereta..aiyaa..last2 sesat pulak. Tak jumpa mane hotel. Nasib baik la jumpe jugak. Dan aku terus join pija kat tempat same yang aku panggil Jonker Street. Terkejut uncle kedai tu aku datang balik. Shopping! Jam 9.30 malam baru la balik hotel berjalan kaki dengan gigih.

Ahad, 30 Mei 2010

 cuaca cerah di bandar Suzhou

Hari ni bangun lambat sikit. Sebab hari ni aktiviti bebas. Mereka yang jadi peserta/delegasi IFLA World Conference kene bangun awal sebab hari ni ada lawatan ke taman-taman bersama-sama delegasi lain. Lepas tu, sebelah petang ade masjlis penutup IFLA dan gala dinner. Yang kitorang ni ape lagi. Buat aktiviti yang sama macam semalam. Shopping!


Berjalan lagi di kawasan yang sama. Lagipun aku tak boring lagi sebab belum semua kedai aku masuk lagipun takut sesat. Kitorang berenam ni; aku, Pija, Hawa, Azreen, Kak Nik dan Anne berjalan bersama. Tapi dah petang-petang tu tinggal aku ngan Pija je sebab yang lain nak balik hotel. Penat. Ape lagi, kitorang meneruskan perjalanan men’shopping’ la.


Kali ni kitorang berjalan dan terjumpa satu tempat macam kawasan kampung tapi ala-ala Venice, Italy. Ade laluan air untuk bot dan sistem saliran. Dan kawasan ni diiktiraf sebagai tapak warisan kalau tak silap. Sepanjang berjalan kaki memang agak menakutkan. Anjing! Aku dah la tak berapa suka sangat ngan anjing. Tapi anjing diorang ni bukan macam anjing kita. Cantik, bersih, comel, sentiasa bersama tuannya. 

Venice of the East

Kat sini la suasana Chinese culture semakin terasa.  Kalau tengok dari segi seni bina pun dah boleh nampak Chinese style. Mereka suke letak pokok Salyx Babylonica kat tepi-tepi air. Kenape ek? Agak penat la jugak berjalan. Tapi puas hati. Tiba-tiba sampai satu jalan yang ade jual baju murah. Agak banyak jugak aku beli kat sini. Tapi kebanyakan kiosk dah tutup sebab dah malam padahal baru je jam 9 malam.


Lepas tu nak balik hotel jalan kaki tak reti. Nasib baik ada beca. Boleh la merasa jugak beca diorang. Akhirnya sampai jugak hotel. Alhamdulillah. Time to rest and sleep.

Isnin, 31 Mei 2010


Awal pagi jam 7.30 pagi dah gerak ke Stesen Keretapi Suzhou. Tak sabo nak masuk Shanghai World Expo 2010. Macam biasa orang memang ramai kat sini. Dapat gerabak no 12 dan 13. Dah la tren panjang giler. Berkejar mencari tren kami yang jauh di depan. Tapi semua selamat masuk ke dalam. Dapat seat lagi. Perjalanan makan masa 40 minit. Tak terasa laju sangat tapi kelajuan mencecah 204 km/j. Lagipun tren tu tak bising sangat. Bergoyang sikit jer dan senyap. Sedap jer. Memang berbeza dengan KTM Shah Alam-KL Sentral. 


Sampai jugak kat Shanghai. Keluar je dah macam teruja tengok bangunan tak berapa tinggi tapi skyline yang cantik memikat hati. Terasa memang kat oversea. Ambik masa kejap mengambil gambar dan lepas tu baru ambik bas pegi tapak expo.


Sepanjang perjalanan merentai pusat  bandaraya Shanghai memang sungguh mengujakan@terlalu gembira. Bila tengok seni bina bangunan yang unik, cantik, berani dan moden. Dari jauh aku dah nampak salah satu bangunan tertinGgi di dunia. Kalau tak silap namanya Menara Perdagangan Shanghai. Bangunan ringkas tapi cantik. Dari jauh nampak macam paper bag. Sebab ade lubang pemegang kat atas.


Akhirnya sampai tapak ekspo tapi kene beli tiket dulu. 100yuen. Baru boleh masuk. Ingatkan dah sampai dah. Rupenye kene lepas lagi satu halangan. Scan badan. Takut kitorang ni bawak bom.dalam beg aku ni ade air mineral. Rupenye tak boleh bawak sebarang cecair masuk ke dalam. Dah la tak reti cakap English. Penat aku memahami. Kawan-kawan yang lain pun sama.


Lepas tu kene jalan kaki lagi melintasi plaza sebesar Dataran Putra untuk beratur menaiki feri percuma ke tapak ekspo. Aiyooo..begitu ramai orang. Cuaca panas tapi sejuk. Berdasarkan thermometer gergasi yang disediakan sebelah dataran tu suhu kawasan sekitar 22°C. Agak sejuk kan. Tu yang sebabnya kitorang tak kisah jalan kat atas plaza sebesar alam tu. Tak panas sangat pun.

Ape yang buat aku sakit hati la kan. Perangai orang China ni. Semua nak cepat. Berebut-rebut berlari nak masuk feri tu. Yang tua pun same jugak. Kitorang ni sabo je la. Bila dah masuk feri rasa lega sikit. Dari sini kita boleh nampak pemandangan sebahagian bandaraya Shanghai yang cukup moden.


Sampai sudah tapak ekspo. Sebelum jalan, tengok map yang diberi secara percuma dulu. Kat mana kedudukan kita dan pavilion mane nak masuk dulu. Pavilion Jepun terlalu ramai orang. Kena beratur panjang dan yang lain pun same jugak. Pavilion Arab Saudi, India, Pakistan, Kazakhstan pun ramai jugak. Terpaksa la berjalan dulu pergi tempat lain. Pavilion China dituju. Dengan harapan dapat masuk. Tapi, tak dapat jugak. Harap je pavilion paling besar tapi nak masuk pon kene ada pas la ape la. Polis yang jaga pun tak ada adab. Yang aku pelik Azreen ni hampir boleh masuk pavilion dan hampir terlepas dari kawalan polis. Tapi kene tolak secara free oleh polis yang bagi aku tak beradab langsung. Cube la sopan sikit dengan orang luar. Akhirnya semua kempunan nak masuk Pavilion China yang grand tu katenye!

Pavilion Oman

Pavilion Sri Lanka

Pavilion Nepal

Dengan gigih meneruskan perjalan ke pavilion berdekatan. Oman. Masuk je la tengok apa yang ada. Then masuk pulak Pavilion Sri Lanka. Dan last sekali Pavilion Nepal. Malaysia?jauh nun di kawasan Asia Tenggara. Malas nak pegi sana. Eropah pun malas nak masuk. Tapi tak pe la. Semua ni kenangan je. Yang penting pengalaman.

 sebahagian pemandangan menarik di tapak ekspo

Ape pun sepanjang tapak aku menghayati tapak ekspo dan sebahagian kawasan bandar moden  Shanghai kan, lama-lama aku rasa bosan. Secara jujurnya memang rasa bosan. Mula-mula memang tertarik la ngan pencakar-pencakar langit yang ada. Tapi bile lama-lama tengok bangunan yang petak-petak moden ni kan rase macam dah tak ada identity Shanghai tu. tapi memang tu la aku rasa. Baik aku balik Suzhou yang nampak tradisional. 

Stesen Keretapi Shanghai

Then, jam 5 petang kitorang keluar dari tapak ekspo dan balik ke Stesen Keretapi Shanghai. Tiket balik Suzhou jam 7.47 malam. Sampai hotel aku ngan Pija meneruskan perjalanan untuk kali terakhir sebelum balik Malaysia esok. Yang lain balik hotel kepenatan. Kali ni tujuan nak pegi restoran halal yang kat belakang tu. Sebelum sampai, tiba-tiba ternampak kedai jual teddy bear murah. 55yuen saiz setinggi pinggang aku. Paling besar yang boleh dianggap murah sangat. Si Pija ni pulak boleh terpikat ngan teddy bear tu. tapi die beli yang 85yuen. Cantik. Warna coklat gelap dan lembut sangat bulu die. Punya agak lama nak pilih teddy bear kat situ. Meneruskan perjalanan untuk makan. Lapar sangat. Aku makan ayam masak ape tah. 1 dulang segi empat tepat. Aku kongsi ngan Pija. Tu pun tak abis. Tu la tamak sangat. Tapi kan, selera nak makan kat sini tak sama ngan selera kita kat Malaysia. Balik hotel terus kemas-kemas barang sebab esok pagi dah gerak balik Malaysia.

Selasa, 1 Jun 2010


Jam 7.30 pagi dah berkumpul kat lobi hotel. Sedia untuk check-out. Terus menaiki bas menuju ke Hangzhao International Airport yang makan masa hampir 3 jam. Sepanjang perjalanan disajikan dengan landskap-landskap menghijau sepanjang jalan dan pocket garden. Aku rase aku tak tido sepanjang perjalanan tu kot. Dah la duduk depan sekali. Memang terbukak luas mata aku. 


Sampai airport, semua orang letak bagasi di tempat yang sama. Penerbangan ke Kuala Lumpur jam 11.20 malam dan check in dalam jam 8.30 malam. Dan kami diberi kebebasan untuk merayau@berjalan di pusat bandaraya Hangzhao yang terletak 28 kilometer dari lapangan terbang. Bas disediakan tapi kena la bayar. Sapa jaga barang?barang dijaga secara bergilir. 2 jam bagi setiap partner dan berbayar. So, setiap orang kena bagi 2 yuen kepada Pok Nik untuk dibahagikan kepada penjaga-penjaga beg.


Menuju ke bandaraya Hangzhao. Agak menarik. Macam Shanghai jugak. Bangunan cantik-cantik. Ade bola emas di tepi laut! Tapi tak tau bangunan apa. Sampai je stesen bas di Hangzhao terus beli peta. Nak tengok mane tempat menarik boleh dituju. Tadi Pok Nik cadangkan pegi West Lake. So kitorang ni pun pegi la. Nak tengok mane tau ade yang menarik kan.

 Pusat bandaraya Hangzhao

West Lake, Hangzhao

Jadinya gigih la tanya orang macam mana nak pegi West Lake. Kena la naik bus pas tu turun kat sana. Kedudukannya terletak di pinggir bandaraya Hangzhao. Kali pertama datang memang teruja. Nampak die punya Chinese tu. tapi aku tak tau la apa sebenarnya cerita di sebalik West Lake ni. Kat tengah-tengah tu ada pulau tapi kena bayar kalau nak pegi. Mungkin ada lagenda tersendiri. Cukup la setakat kitorang ambik gambar dan beli hadiah sikit. Kat sini la impian Hawa tercapai untuk membeli magnet yang lekat kat peti ais tu. aku pun same jugak. Dah hari terakhir baru jumpe.



Puas berjalan di tasik, kitorang pegi pulak berjalan di pusat bandaraya. Melihat-lihat ape yang best. Macam biasa, landskap memang cantik dan berfungsi. Tak de yang terbiar.

Janji jam 4 petang berkumpul dan bertolak balik ke airport. Balik ke stesen bas untuk ke airport. Agak senang la. Bas dari airport ni gerak dari Hangzhao airport dan terus ke stesen di pusat bandaraya Hangzhao. Nak balik airport pun senang. 20 yuen sahaja.


Sampai airport nampak semua makan megi. Sebab susah la nak cari makan kat sini. Tadi pun beli kacang ngan kuaci je. Kompem halal. Pas tu nasib baik ada bekalan megi 2 peket. Cukup la untuk alas perut. Stay kat sini sampai jam 9.20 malam baru boleh masuk check in.


Akhirnya jam 11.40 baru boleh berlepas dengan selamat dari Hangzhao menuju ke Kuala Lumpur. Kali ni dapat duduk 3 seat tepi tingkap. Bila berlepas je kepala aku rasa maam melayang sangat. Tak tau kenape. Tak lame tu kan, aku tertido dengan nyenyaknya sampai jam 4 pagi. Rancangannya nak makan kat dalam kapal tu. Try nak rasa la kononnye. Tapi boleh pulak tertido. Dah nak sampai dah mase aku sedar tu. aku rase ni mesti penat sangat berjalan ni dan mungkin jugak kerusi sir asia yang ni lembut. Dan mungkin jugak sebab semua pramugari tak de yang cantik!.


Jam 4.30 pagi selamat mendarat di Terminal LCC. Rasa tak best pulak. Keluar terminal je dah rasa panas. Jadi la rakyat Malaysia balik. Then, bas UiTM terus datang dan turunkan kami di depan KFC seksyen 7. Tunggu kereta Pija dan laki Kak Nik sampai. Kitorang sama-sama pegi sarapan nasi lemak kat Restoran Gembira seksyen 3. Kak Nik belanja. Sampai rumah terus on laptop sambil kemas-kemas barang. Dah lama tak on facebook. Dan terus distribute hadiah-hadiah untuk keluarga dan kawan-kawan sambil basuh baju.


Kesimpulan; pengalaman tu yang penting. Aku rase berbaloi aku bayar dengan apa yang aku dapat. Tak rasa rugi pun join trip ke China ni. Walaupun tak ramai kawan-kawan baik aku yang join. Tapi sekurang-kurangnya aku dah dapat apa yang aku nak, impian untuk melancong ke luar negara dah tercapai walaupun bukan dengan keluarga. Sekurang-kurangnya ada hadiah untuk mereka dari China. 
(panjang betol aku tulis)!





















































4 Readers:

{ mr cekodok } at: 24 June 2010 at 13:14 said...

panjangnye khairi!
nice photos btw
ilike~

{ hairie } at: 24 June 2010 at 14:56 said...

org kate pngalaman...xprnh pegi jauh..smua nk dicerita..haha

{ ~~NuR nAzLiNa sAiMoN~~ } at: 31 July 2010 at 16:26 said...

waa...x ajak aku...sob3...

{ CikHanis } at: 3 July 2011 at 11:42 said...

ko mmg suke wt krgn ponnn :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean