header

header
hairie

Semakin rasa perlu matang!

| Wednesday, 7 July 2010

Tarikh 25 Jun 2010 menandakan aku sudah berusia 22 tahun. Alhamdulillah aku masih dipanjangkan umur untuk berada di bumi ini sebagai seorang khalifah. Tak nak letak azam atau impian sebab biasanya tak tercapai kan. Jadi, setiap hari tu adalah usaha untuk mencapai apa yang kita nak dalam hidup ini.

"selemah-lemah manusia adalah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari".

Bila baca balik dua tiga kali kata-kata kat atas tu macam terlalu mendalam maksudnya. Apa yang aku faham adalah, cari kawan baik yang betul-betul memahami kita dan hargailah persahabatan yang kita bina tu. Jangan la setakat separuh jalan je. Kalau boleh biar kekal selama-lamanya. 

kawan ni kan apa yang bestnya, bila kita susah die ade, bila kita mengumpat gelak bersama-sama, kalau tak paham ley belajar sama-sama, nak luahkan perasaan dia pun boleh jugak. Tapi tak semua orang kita boleh cerita masalah kita kan. Hanya orang yang terpilih sahaja kan.

Mukadimah yang panjang yang bertemakan kawan baik saya. Ni la nak cite, sempena ngan ulangtahun aku ni. Kebetulan aku ada kat Shah Alam mase tu untuk kemas rumah sebelum pindah. memang saja menantikan tarikh 25 Jun tu. Lepas je rancangan Project Runway kat 8tv habis terus online jap. Saje nak tengok sape yang wish dulu. 

Alhamdulillah sememangnya kawan-kawan kat facebook tak pernah lupa tarikh aku (tu pun sebab dah ade reminder kan). dari yang zaman sekolah rendah, sekolah menengah, zaman diploma dan juga zaman sekarang ni. Ika orang pertama yang wish dan orang paling last sekali adik Yanti, Farah Indie diterima pada 30 Jun 2010. 

Ingatkan dapat ucapan je macam tahun-tahun dulu tapi kali ni ada la kejutan-kejutan yang amat sangat-sangat dihargai gile! tiba-tiba ada orang tu SMS tanya ujung minggu ni ko pegi mane-mane tak?jom la lepak jap. Aku tak kerja ahad (27 Jun 2010) ni. So aku pun okay je. Lagipun umah dah kemas sikit-sikit dan tinggal angkat naik lori jer. Dan malam tu ada perlawanan antara England lawan Jerman.


Sape orang tu?sapa lagi anak didik AJIS la. Md Azrin ngan Joe bersama Zahrin. diorang ni ajak aku makan kat A&W seksyen 7. Aku ingat die nak isi minyak ke ape. Malam tu aku dapat makan percuma walaupun hanya kenyang dengan float gelas besar tu. memang best kitorang berempat ni berkumpul bersama. Macam ni la baru nama kawan baik. Sentiasa menghargai antara satu sama lain dan rasa gembira apabila dihargai. Tak percaya?tanya la diri sendiri. Cube la buat sesuatu yang baik kat kawan-kawan anda yang anda anggap kawan baik anda. 

Lepas makan terus pegi i-city konon nak tegok bola kat sana tapi tak ada pulak. Terpaksa tengok kat Restoran Hakim pulak. Kali pertama aku join tengok bola secara berjemaah dan merasai kemeriahan sorakan orang tengok bola. 


Balik kampung pulak menunaikan janji bersama Syahida untuk berkaraoke di BP Mall. dah lama rancang tapi mencari masa yang sesuai amat susah. Dan kali ni sekali dengan Md Azrin. MEmang meriah kitorang bertiga nyanyi 18 lagu. Bergilir-gilir. Dan sedang si Syahida mencari-cari something kat kedai, tiba-tiba die belikan aku kole cantik kat atas tuh. Sangat-sangat suke sebab ade zodiak Cancer aku. ketam comel.

Then, di Uptown Shah Alam. Ika pulak belikan aku Tshirt berkolar. Dia offer aku nak yang mana. Kebetulan kat kedai tu ada yang aku minat walaupun hanya made in Korea tapi bagi aku masih selesa untuk dipakai kan. terima kasih ika!

macam tu la cerita antara kawan dengan kawan. Hargai mereka supaya kitani dihargai. bukan nak mengharapkan balasan tapi cube la paham perasaan kawan anda tu sendiri. tak kan bilah dah bertimbun-timbun die buat baik ngan kita, pas tu kita wat bodo je. Tak sedap la beb!

2 Readers:

{ joe FZR } at: 8 July 2010 at 19:32 said...

u feel nice when sOme1 miss u..feels gud when some1 love u..feels better when some1 with u.but how do you feel when some1 never foget u..??
friendship 4ever.FZR

{ hairieCERULEAN } at: 8 July 2010 at 22:05 said...

aku x akn lupakan mereka2 yg tlah buat baik kpd aku!..akn sentiasa dlm ingatan tanda dihargai..dan harap2 penghargaan yg aku berikan akn dihargai selama-lamanya...insyaallah

persahabatan akan kekal insyaallah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean