header

header
hairie

Dia Telah Pergi...

| Thursday, 19 August 2010
Al-fatihan
Kepada Mohd Ikhsan Bin Hj Kadiran
Telah kembali ke rahmatullah pada 15 Ogos 2010

Semua orang akan merindui gelak tawamu, bicara katamu, dan hati budimu yang telah kamu curahkan kepada semua orang. Yang nyata, pemergianmu merupakan kejutan bagi aku yang selama ini sentiasa bersamamu.

Masih teringat kenangan bersama kau, berjalan-jalan di Padang Besar, dan Pulau Langkawi. Memang takkan aku lupa. Memang kegemaran aku berjalan-jalan di tempat orang.

Dan lagi satu, kau dah tolong aku dan mak aku masa Abg Mamat kena bedah apendiks kat JB. Kau yang ambik kami, hantar balik..

Dan yang paling akan aku rindui, saat-saat kemeriahan menyambut hari raya. Biasanya malam raya pertama kita main mercun kat ruman Abg Isam. Main ramai-ramai bersama sepupu-sepupu lain. Dan kegigihan kau memasang lampu pelita menerangi jalan setiap tahun..Walaupun aku dah tak sempat nak pasang tapi kau tetap pasang sampai rumah aku jugak. Selepas ni tak tau la sapa lagi yang akan pasang..akan sentiasa kekal dalam ingatan ini 

Dan buat pertama kalinya, aku menangis kerana kau. Kau pergi sebelum aku sempat tengok kau lagi. Apa pun, Tuhan lebih menyayangi kamu, dan kami yang disini berdoa yang kau bahagia di sana dan tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah..

Cerita Bulan Julai 2010

| Saturday, 7 August 2010
Assalamualaikum..
Gigih mencari masa lapang untuk menulis kembali blog ini yang hampir ditinggalkan..buat permulaan, cerita ringkas sepanjang bulan Julai, bulan pertama bagi semester baru..alhamdulillah semuanya berjalan agak lancar walaupun pelbagai masalah melanda..jom aku nak kongsi cerita..

Final NEXSTEC 2010
Akhirnya NEXSTEC Design Challenge telah tamat yang melibatkan fakulti gugusan sains dan teknologi. Tapak projek di Tasik Biru Kundang, Selangor. Aku tak masuk tapi aku tumpang bangga@gembira kawan-kawan yang mewakili Jabatan Senibina Landskap yang aku rase telah banyak mencurahkan idea, tenaga dan buat banyak kerja. Tahniah aku ucapkan kepada Ude, Hawa, Zahrin, Shifa dan Zul Mamu. 

majlis perasmian dan penyampaian hadiah

Walaupun korang kalah tapi korang tetap yang terbaik. Klau tak de kita, sape lagi nak design benda tu kan. Secara ringkasnya, group Raja Mohar yang memenangi tempat pertama, dan group Shifa Mamu tempat ketiga. Zahrin, hawa dan Ude di tempat kelima. Walaupun terkejut dengan keputusan tu tapi hakikatnya kite kena terima lah. Aku rase cukup la nama budak-budak landscape naik kat group masing-masing. Sekurang-kurangnya orang lain tahu ape yang sebenarnya kita buat kan. 

idea hebat tapi sayang bukan pilihan juri. Tak pe yang penting pengalaman kan!

Majlis penyampaian hadiah yang cukup mendebarkan semua orang termasuk aku..hehe

Sempat bergambar bersama design group lain. Shifa!

Dan inilah pemenangnya. Menjadi pilihan tepat para juri, akan dibina di tasik tersebut dengan rasminya.

Majlis penutup tu dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Khalid Nordin di Dewan Sri Budiman. Majlis yang ringkas tapi best. Dan buat pertama kalinya aku dapat bersma-sama dengan NC yang baru, Dato Sahol. Selepas ni mungkin ada NEXSTEC 2 dan jom la meramaikan majlis. Bikin gempak sane!. 

FLORIA Putrajaya 2010

Merupakan kesinambungan kejayaan Floria 2009. Kali ini berkonsepkan Keindahan Tropikan dengan menggunakan tumbuhan Heliconia sebagai tumbuhan utama. Dan ini kali pertama aku datang FLORIA, sebelum ni just dengar kat TV jer. 

Tapak UTM Skudai pilihanku. Sayang, pokok dah layu jadi kurang menarik

Kami datang melawat bukan suka-suka tapi ada tugasan. Balik kena buat slide presentation pasal IPTA yang join pertandingan. Kumpulan aku dapat UTM Skudai. Konsep yang simple dan mudah difahami dan mendapat tempat ke-3. UIA no 1 dan UITM no 2. Tapi kan, UiTM yang unik dari yang lain-lain selain Limkokwing. Terpikir, macam mane kite boleh kalah. Tapi tak pe la, benda dah lepas kan just pikir yang positif jerr..

Antara benda-benda yang menarik yang boleh anda
 lihat yek di sini. Hasil kreativiti IPTA dan Pejabat Kerajaan


Dan kali ni aku berpeluang untuk menggunakan SLR, jadi manfaatkannya selagi boleh. Sedang belajar untuk mendapatkan gambar terbaik dan lain dari yang lain. Masih panjang lagi perjalanan ini dan belum lagi memiliki SLR sendiri..tapi tak ape la, pelan-pelan dulu..dulukan yang penting!


Kali ni agak menarik kawasan pameran. Banyak tempat boleh ambik gambar. Gabungan alam tropika dengan tradisional. Memang cantik. So, sape-sape yang nak tangkap gambar kahwin kat sini pun boleh jugak. Amat digalakkan tapi kene tebal muka la sebab ramai orang.


Dalam fikiran aku, kenapa kena ada pokok bunga kekwa?aku rase dah lari dari tema taw. Ini pandangan aku la orang lain aku tak taw kate ape kan..better banyakkan pokok tropika buat la ala-ala dalam hutan, ade sungai dan bunyi kicauan burung. Maybe boleh kot.


Dengan cuaca yang agak panas kejap tapi sesuai untuk photo shooting sebab awan cantik. Tibe-tibe rase bangge dengan booth Setiausaha Kerajaan Johor. Menang kategori Jabatan Kerajaan. Memang cantik. Ala-ala rooftop garden. Tahniah! itu petanda bidang landskap di Johor semakin berkembang. Yeah!


Balik je dari Trip kene prepare untuk presentation slide studio. Assignment. Penat tapi best walaupun kejap je. Dengan event ni, kita dapat la mempromosikan Putrajay yang dikatakan Bandar dalam taman. Harap-harap berjaya sebabsetakat ni ramai yang kate tak berjaya. Cube kite kurangkan ornamental plant dan tambah shading trees. Baru la ley sejukkan kawasan yang banyak pavement panas tu kan..jom pikir!

Studio Renovation | Garden Wedding Concept
Minggu kedua baru dapat kesempatan untuk cuci studio. Tradisi sejak semester lepas. Kali ni menggunakan warna wanita sikit..Pink purple sebab nak matching dengan panel tu haa..pink tak lawa. Jadinya kami beli warna yang berkaitan la. Macam biase, Jotun penaja rasmi kami lagi kali ni..

Mula agak lewat. Janji melayu kul 9 pagi tapi kul 10 baru datang. Tapi tak pe sebab ramai yang datang membantu. Alhamdulillah sangat2..


Kegigihan masing-masing bermula. Mengikis cat lame, mencuci lantai, bukak siling, angkat kerusi, sapu sane sini, buang barang, curik barang dan duduk diam. Suke tengok semua orang buat kerja. Macam ni la boleh dikatakan semangat kawan-kawan! 


Sape pilih warna?berdasarkan sokongan ramai dan cadangan. Orang kate jambu sangat tapi tak ape la yang penting studio kami cantik dan kalau boleh semester ni nak menang lagi..hehe


Aku dapat pegang berus cat sekejap je sebab semua orang nak pegang. Semua orang nak rase mengecat tapi tak pe la aku tak kisah pun..Kali ni makan nasi lemak je, made in Padang Jawa..Joe yang tolong belikan. Dan air pun die yang sponsor air gula..selebihnya pakai duit kelas. Terima kasih banyak-banyak la banyak tolong aku Joe! 


G.I.G.I.H terima kasih kawan-kawan

Dan akhirnya, lewat petang baru siap. Konsep jambu tu dah nampak dah tapi bila dah siap lebih kepada garden wedding concept pulak dah. Tapi tak ape, still nampak cantik dan puas hati. Sekali lagi, terima kasih penghargaan kepada kawan-kawan yang hadir dan memberi sokongan..

*Acab: thanks tolong bawak cat..he

Selamat Ulang Tahun Kawan!
Kebetulan bulan Julai dengan Ogos ni penuh dengan hari jadi kawan-kawan aku. Dan  setakat ni dapat sambut 2 orang je. 24 Julai tarikh keramat untuk Zahrin. Dah 23 dak ni.

Selagi masih ade peluang, manfatkannya la sebaik mungkin, selagi ade kasih sayang curahkan sebaik baiknya, selagi ade rasa bertanggungjawab tunaikanlah dengan segera dan selagi ada persahabatan kekalkan lah selama-lamanya...

Cerita pasal Zahrin dulu ye kawan2..tengok dalam reminder aku 24 Julai ade beszday kawan aku ni rupenye. Last minit punye rancangan. Saje beli tiket wayang awal sebab tak nak bagi semua orang makan. haha.. Abes je tengok wayang terus serbu KFC seksyen 7. Meja dah ditempah walaupun hanya 10 orang je tapi tetap best. Sebenarnya kan ,aku rindu nak buat majlis kat orang. Last, aku buat mase dinner la..hurmm..


Kepada Zahrin, aku ucapkan selamat hari jadi la yek. Semoga jodoh anda berpanjangan, jaga baik2 apa yang ade kat depan mata tu ha..jgan  dipersiakan...hahaha..sori la ek kek ko tu kitorang beli kecik jerr..tak dapat nak beli secret recipe..dan sori surprise yang tak menjadi..

Seterusnya, Yanti ni pulak!. Ini rancangan budak rumah die. Aku ni just menyokong ape diorang buat je..tak de hal la..Kali ni betol2 surprise.kul 12 tengah malam kitorang serbu rumah diorang..kononnye birthday party padahal gitu-gitu jer. Aku teman Joe wat benda-benda ni. Kek secret recipe beb!..sedap jugak walaupun tak abes..

Kepada yanti, selamat hari jadi ke 22, semoga makin cantik, kurus, slim, elok,..lagi 1 tolong yek buang perangai malas anda..saye tak suke tengok..(jujur taw aku ni)..jadi la lebih baik..taw! Ape pun terima kasih la yek sebab calit muke kami dengan kek! gigih nak cuci..

Mesyuarat AJK SOLAR 2010
Penat jadi Class Rep nih. Kene datang meeting pulak dah..tapi tak pe sekurang-kurangnya aku tau perkembangan semasa yek..hehe.. Ni mesyuarat untuk agenda akan datang. Just perjumpaan tak rasmi je la.
 
Perbincangan mengenai aktiviti jabatan, induksi, masalah kewangan, dan segala aktiviti lain berkaitan dengan jabatan.  

Bersama dengan Mr. President yang baru yek En Azam. Diharap dapat membawa@mengharumkan nama SOLAR ni yang dah semakin menakutkan..ade je masalah kite ni kan...tapi tak pe, insyaallah kalau semua bagi kerjasama, semuanya akan okay..

Malam Induksi Pelajar Baru
Aktiviti tradisi mane-mane jabatan. PErjumpaan dengan pelajar baru. Tapi ramai yang tak datang dengan alasan pegi site wat keje balik lewat malam. hurm..


tak banyak aktiviti yang susah, just perkenalkan diri dan aktiviti mandi!..tu je kot..tapi okay la daripada tak ade kan. Sekurang kurangnya kite tau la yang dak tu junior kite dan kite ni senior diorang kan..

Dulu aku pun pernah kena jugak ..conteng muka, baling tepong segale bagai..tapi lame-lame boleh terima. Adat la kene benda macam tu. Mengeratkan senior dengan junior. Fikirlah kepada kebaikan dan bukan keburukan. 

Akhir sekali best. Mandi bunga. haha..bau dah la macam nak mandikan mayat..rupenye ramai yang tak kena. Tak basah pun..strategi silap..tapi tak pe yang penting tugas dah dijalankan..Jadi, selamat datang kepada pelajar baru Jabatan Senibina Landskap UiTM Shah Alam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean