header

header
hairie

Dia Telah Pergi...

| Thursday, 19 August 2010
Al-fatihan
Kepada Mohd Ikhsan Bin Hj Kadiran
Telah kembali ke rahmatullah pada 15 Ogos 2010

Semua orang akan merindui gelak tawamu, bicara katamu, dan hati budimu yang telah kamu curahkan kepada semua orang. Yang nyata, pemergianmu merupakan kejutan bagi aku yang selama ini sentiasa bersamamu.

Masih teringat kenangan bersama kau, berjalan-jalan di Padang Besar, dan Pulau Langkawi. Memang takkan aku lupa. Memang kegemaran aku berjalan-jalan di tempat orang.

Dan lagi satu, kau dah tolong aku dan mak aku masa Abg Mamat kena bedah apendiks kat JB. Kau yang ambik kami, hantar balik..

Dan yang paling akan aku rindui, saat-saat kemeriahan menyambut hari raya. Biasanya malam raya pertama kita main mercun kat ruman Abg Isam. Main ramai-ramai bersama sepupu-sepupu lain. Dan kegigihan kau memasang lampu pelita menerangi jalan setiap tahun..Walaupun aku dah tak sempat nak pasang tapi kau tetap pasang sampai rumah aku jugak. Selepas ni tak tau la sapa lagi yang akan pasang..akan sentiasa kekal dalam ingatan ini 

Dan buat pertama kalinya, aku menangis kerana kau. Kau pergi sebelum aku sempat tengok kau lagi. Apa pun, Tuhan lebih menyayangi kamu, dan kami yang disini berdoa yang kau bahagia di sana dan tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah..

4 Readers:

{ Lady Leaya } at: 20 August 2010 at 01:14 said...

al-fatihah..

{ joe FZR } at: 1 September 2010 at 13:08 said...

salam takziah..mOga arwah ditempat bsama para solehin..amin

{ ~~NuR nAzLiNa sAiMoN~~ } at: 12 October 2010 at 01:59 said...

Al Fatihah buat arwah..semoga roh arwah dicucuri rahmat....

{ HAIRIEcerulean } at: 16 October 2010 at 21:58 said...

trime kaseh kawan2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean