header

header
hairie

Kajian Landskap Budaya 1 | Kampung Ramuan China Besar

| Sunday, 17 October 2010

Kampung ini mula dikenali dan diduduki oleh orang-orang Melayu sejak turun-temurun. Mereka mengusahakan tanah sawah, bertani dan ke sungai. Kebanyakan orang Cina dan India adalah untuk bekerja dengan Inggeris di ladang-ladang pokok getah.


Sebelum pembukaan kampung ini, pada asalnya ia merupakan kawasan hutan tebal. Nama Ramuan merujuk kepada pelbagai jenis dan saiz pokok yang terdapat di kawasan hutan tersebut. Cina pula merujuk kepada pekerja-pekerja cina yang bekerja dalam aktiviti pembalakan pada masa itu dan Besar pula adalah merujuk kepada saiz kampung itu sendiri.


Oleh kerana kedudukannya berdekatan dengan sempadan Negeri Sembilan khususnya daerah Naning, maka orang-orang Melayu ketika dahulu mengamalkan Adat Perpatih.


Pada masa kini, Kampung Ramuan China Besar berada di bawah pentadbiran Alor Gajah, Melaka. Bagi kawasan Parlimen, kampung ini diletakkan di kawasan Parlimen Alor Gajah dan bagi Dewan Undangan Negeri ia berada di DUN Air Limau


Sumber: Profil Kampung Ramuan China Besar

MASJID RAMUAN CHINA BESAR

Sejarah Masjid Ramuan China Besar bermula sejak dari tahun 1928. Tapak asalnya  adalah di kawasan Bukit Cempedak. Ianya telah didirikan oleh generasi terdahulu dengan berasakan kayu. Menurut sumber lisan, kayu-kayu tersebut dibawa dari hutan yang berhampiran secara gotong-royong. 


Pada tahun 1950 bangunan lama masjid ini telah diubahsuai dan dipindahkan ke kawasan Kampung Ramuan China Besar. Kerja pemindahan ini dibuat secara gotong-royong dan diketuai oleh Allahyarham En Yusof yang merupakan salah seorang anak jati kampung Ramuan China Besar dan dibantu oleh masyarakat setempat. Menurut sumber lisan, tiang yang terdapat di dalam masjid sebanyak empat batang telah didirikan secara bergotong-royong dengan mengunakan tali kerana tiang tersebut tingginya 20kaki dengan saiz besarnya iaitu 10 inci kali 10inci setiap batang.

KAJIAN LANDSKAP BUDAYA 

3 hari kami berkampung di Melaka untuk buat kajian landskap budaya di sini. Ada 5 buah kampung yang terlibat dan dibahagikan kepada 5 kumpulan. Memang seronok buat aktiviti macam ni. Masuk kampung orang, bercampur dengan keramahan mereka, join aktiviti yang dibuat dan makan makanan tradisional mereka. Tu je la nak cerita, jom tengok gambar-gambar ni!

 bergambar bersama ketua kampung













 hari pertama di bandaraya Melaka try menikmati GCB buat kali pertama 
dengan Md Azrin..nasib baik sedap

sesi masuk ke pejabat kerajaan bagi mendapatkan maklumat 
mengenai kampung yang terlibat

2 Readers:

{ muhamadzaedi } at: 10 November 2010 at 13:20 said...

khairi mmg terbaek..

{ hairie } at: 12 November 2010 at 21:20 said...

hahha..tenkiu zaedi....sdg blajar tngkp gmbr cara sndiri..he

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean