header

header
hairie

Program Penanaman Pokok Shah Alam 2010

| Wednesday, 24 November 2010

Tarikh : 17 Oktober 2010 ( Ahad )
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat :Sungai Damansara , Shah Alam ( antara jambatan Lebuhraya Persekutuan ke jambatan MSU)


Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) terus komited untuk menjadikan bandar raya Shah Alam sebuah bandar dalam taman yang indah dan sesuai untuk diduduki oleh komuniti pada masa ini dan untuk generasi pada masa akan datang . Komitmen ini diperhebatkan melalui Program Penanaman Pokok Shah Alam (Rivers & Trees For Life) yang telah diadakan di pesisiran Sungai Damansara ( berhampiran Management Science Universiti (MSU), Seksyen 13, Shah Alam .

Lokasi penanaman pokok iaitu di sepanjang Sungai Damansara

Program penanaman pokok ini merupakan kemuncak kepada program penanaman pokok secara besar-besaran (massive planting) yang telah dilaksanakan oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam selama 4 minggu berturut-turut baru-baru ini. 

Pertama kali turut serta aktiviti bersama komuniti. Sangat meriah dan puas hati dapat tolong hijaukan bumi kita
Program penanaman pokok secara besar-besaran ini merupakan program secara usahasama yang diadakan bersama badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai matlamat dan misi yang sama dengan pihak MBSA iaitu untuk memastikan kawasan perbandaran khususnya tempat-tempat awam sentiasa hijau dan ditanam dengan pokok-pokok yang bersesuai.


kontinjen terawal yang sampai. Perlu mendaftar dahulu

Sambutan yang diterima daripada peserta amat membanggakan dan seramai 1800 peserta yang terdiri daripada ahli-ahli sukarelawan dari Sathya Sai Baba, Rotary Club USJ, Buddhist Association dan dari ECO Warriors.
sesi sarapan pagi yang sungguh 'western' dan sedap. Rugi sapa yang tak datang
Sosej, salad, dan banyak lagi. 

Usaha murni ini turut mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan dari para pelajar Pusat Pengajian Tinggi (IPT) seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kolej Taylor, Kolej Sunway, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Tun Abdul Razak dan Management Science Universiti (MSU). Program ini juga mendapat kerjasama daripada Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, Forest Research Institute Malaysia (FRIM) dan telah diselia oleh Jabatan Taman dan Rekreasi, Majlis Bandaraya Shah Alam.
taklimat teknik menanam pokok dengan betol 
Sebanyak 6,417 batang pokok telah ditanam sepanjang program ini yang terdiri lebih dari 20 spesis pokok seperti ceri, cengkih, kayu manis, mambu, kelat paya, kasai, tembusu, merbau dan lain-lain.
Oh no! Mr. President memegang cangkul. Sungguh mesra rakyat yek beliau.
Walaupun panas, semangat berbudi kepada tanah tu tetap kekal hingga ke tengahari. 
Harapan MBSA adalah melalui program seumpama ini akan dapat menghidupsuburkan kecintaan masyarakat terhadap kehijauan alam sekitar sekaligus dapat memastikan bandaraya Shah Alam ini menjadi tempat tinggal yang selesa untuk didiami oleh generasi sekarang dan juga generasi untuk masa akan datang . Semoga usaha kecil MBSA ini akan memberikan impak yang besar untuk masa akan datang .
Sumber teks: Laman web rasmi Majlis Bandaraya Shah Alam
Buat pertama kalinya inlah program yang aku tunggu. Berbakti kepada tanah dan bersama-sama menghijaukan bumi yang dah makin nazak ini. Walaupun panas tetapi hati ni kuta mengatakan yang sejuk. Tak kire la hitam ke ape yang penting dapat tanam pokok. Macam biasa la, kamera sentiasa ada kat tangan. It's shooting time..hehe
Saudara Afiqah Rossllee yang gigih membaca yek walaupun tengah panas
Rasanya ni waktu pagi lagi sebelum delegasi lain sampai.
Sesi penanaman bermula
berebut cangkul semata-mata untuk menunjukkan kesungguhan, kegigihan, 'keprihatinan dan sokongan terhadap aktiviti penanaman ini
pengagihan anak-anak pokok oleh pekerja-pekerja
belakang tu banyak lagi kawasan lapang yang belom ditanam. Jom ramai-ramai turun
bukan panas tapi silau
setiap NGO or IPT diberi lot masing yang boleh memuatkan sehingga 30 pokok setiap lot. Jadi, pokok-pokk dapat ditananam mengikut jarak tertentu dan juga dapat memberikan kesuburan yang maksimum.
Pokok yang kami tanamn adalah spesis Syzygium campanulatum dan aku dapat membayangkan bagaimana rupa atau pemandangan sepanjang sungai tersebut apabila pokok ini besar kelak. insyaallah..
apabila anak-anak dara turun padang mengotorkan tangan masing-masing
Bahan-bahan untuk tanamn pokok: cangkul, tanah, kompos, sabut kelapa, pokok dan juga salur paip.
harap-harap pokok ni hidup dengan subur supaya sungai yang kotor tu boleh dilindungi pemandangannya.
macam korang pokok tu. kecik je semua..
sentiasa cantik walaupun sedang bekerja ok!
fungsi salur paip berwarna putih itu adalah sebagai untuk mengelakkan daripada pokok dipotong/terpotong oleh mesin rumput. Jadi, ia sebagai tanda yang di situ ada anak pokok yang perlu hidup.
bersama Mr. President selepas tamat sesi makan tengahari.
AKhir sekali, semua orang tak nak bergambar dengan banner ni. Aku  sorang je la yang mampu. Panas kot. OK la, simpan kenangan best ni..huhu

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah

|
Sumber: laman web Jabatan PERHILITAN
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah telah ditubuhkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) pada tahun 1989. Pusat ini merupakan ibu pejabat Pasukan Pemindahan Semula Gajah yang telah wujud sejak tahun 1974.



Unit Gajah merupakan satu pasukan yang unik di Malaysia di mana peranan utama unit ini adalah untuk menempatkan semula gajah-gajah liar yang habitatnya telah diambil alih oleh kawasan pertanian. Gajah liar ini akan ditempatkan semula ke kawasan-kawasan perlindungan seperti Taman Negara. Sejak 30 tahun yang lalu, pasukan yang dahulunya terdiri daripada 25 orang ahli telah berjaya memindahkan lebih daripada 450 ekor gajah liar di mana proses pemindahan ini bertujuan untuk meminimumkan risiko kepupusan yang berterusan.


Selain daripada berfungsi sebagai ibu pejabat untuk unit gajah, pusat ini juga merupakan tempat perlindungan bagi beberapa ekor gajah denak dan liar. Pusat Pemuliharaan Gajah Kebangsaan Kuala Gandah juga mempunyai matlamat untuk meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai tentang ancaman dan tekanan yang dihadapi oleh gajah di Malaysia. Selain itu, pusat pemuliharaan ini menggalakkan kajian dan penyelidikan berkaitan teknik pemindahan semula dan konservasi gajah.


Pusat ini mempunyai beberapa ekor gajah tempatan yang dibawa masuk daripada Thailand dan Myanmar. Gajah-gajah ini dilatih dan digunakan untuk memindahkan gajah-gajah liar dari kawasan-kawasan yang bermasalah di seluruh Semenanjung Malaysia. Pusat ini juga memelihara anak-anak gajah yang ditinggalkan oleh ibunya untuk memastikan anak-anak gajah yang ditinggalkan oleh ibunya terus hidup.

TRIP SUBJEK ENVIRONMENTAL ETHICS
Tarikh Lawatan: 25 September 2010
Bilangan Pelajar: 40 orang (1 orang pensyarah pengiring)
Lokasi lawatan: Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah & Taman Rusa
Masa bertolak: 9.00 pagi


Buat pertama kalinya kami menjejakkan kaki di Kuala Gandah ini bermain-main dengan gajah yang tak ada dalam kehidupan seharian kita ok!. Setelah trip ke Sungai Chiling tak dapat sambutan, setelah kertas kerja Tasik Kenyir tak dapat kelulusan, setelah penat menelefon, akhirnya sini jugak la yang boleh pergi. Tak melintasi air, tak de naik bot, pendek kata, kitorang tak lalu atas air la..tapi gajah ni suke main air...kan.!


Trip ni untuk subjek Environmental Ethics iaitu berkaitan dengan tatasusila/hubungan kita manusia dengan alam. Tanggungjawab kita terhadap alam yang sungguh indah ini. Bosan la mengarut.! 


Kitorang bertolak jam 9 pagi dan sampai agak lewat dari perancangan. Tempat yang pertama kami pegi dulu Taman Rusa. Macam-macam ada.


Taman Rusa ini adalah istimewa, kerana terletak di kawasan hutan hujan tropika dan masih mengekalkan ciri alam semulajadi yang menarik. Anda boleh mengikuti denai di sini untuk mengenali pelbagai jenis herba, atau menikmati makanan di tepian sungai. Ikuti juga aktiviti lasak merentasi sungai menggunakan tali, malah, kawasan perkemahan turut disediakan di sini. Jangan lupa untuk memberi makan kepada sang monyet, beruang matahari, rusa dan pelbagai haiwan yang berkeliaran. (sumber: Tourism Malaysia)



Kami berpeluang mendekati rusa yang agak baik tapi sentiasa lapar..kepada yang takut rusa tu, lain kali datang dengan penuh bersedia yek..rusa ni tak makan kita la tapi die suka mendekati manusia. mana tau korang ade simpan kentang dalam poket..



Binatang ni kalau kita belai, jaga, sayang lama-lama die pulak akan baik ngan kita. Betul ke?betol la kot sebab kucing aku kat rumah macam tu jugak..Ini la namanya ethic, rasa tanggungjawab dalam diri tu penting. Ni sebok nak tebang pokok, ambik semua sumber-sumber semulajadi yang tak perlu diambil..

Sesi tangkap gambar dengan beruang matahari.

cube bayangkan kalau-tiba-tiba beruang ni mengamuk. Korang nak lari ke mana?

bersama sekumpulan arnab yang comel-comel 
belaka tapi bulu tak kemas. Tak boleh nak cium

bergambar bersama anak ayam. Spesis ayam kecil. 
Rasenye ayam serama kot. Tak pun burung puyuh..

ade tiger show. 

bagi peminat-peminat ular yang terlalu taksub dengan ular tu boleh la ambil gambar secara percuma di sini yek dan bagi yang takot dengan ular tu tak payah la nak buat-buat muka berani dekat ngan ular. Bagi yang moderate, buat biasa-biasa je dah la..

sekali lagi dengan beruang! nasib baik bulu best kn..

Dah puas main dengan binatang yang kecik-kecik tu, kitorang main pulak binatang berskala besar lagi besar dan besar. Kat Shah Alam tak ade sebab tu la kitorang pegi sini. Maklum la dulu pernah main guli sama-sama. Tengah hari tu kitorang tengok video konservasi gajah. Macam mana gajah-gajah diambil@diselamatkan dari kawasan hutan. Semata--mata nak elakkan pupus dan terancam. 

mencuba beri makan kat gajah

jejaka-jelaka setia menanti gajah bersama 1 bunga

heh! tak dapat naik gajah, ambik gambar pun jadi la wey

hambik ko kena sembur! nasib baik tak kena aku

walaupun agak bosan tapi puas la dapat tengok. Bila lagi kalau tak ada trip macam ni. 
Mengharap nak pergi sendiri belum tentu lagi kan.

Acu sedang bermain dengan belalai..mmmmm...

cuba bayangkan kalau gajah tu gajah Afrika. Mesti besar gile kan. Nasib baik la gajah Asia ni keck sikit. Tapi tu pun ada yang besar jugak. Nampak je lembut tapi kalau kena pijak, gerenti tak idop lagi.

sape nak?Acu je yang single

Hijau di Kuala Gandah. Sebahagian pusat konservasi ni 
adalah kawasan hutan simpan sebagai habitat gajah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean