header

header
hairie

Kajian Landskap Budaya 2 | Kampung Endah

| Tuesday, 23 November 2010
Kampung Endah pada awal kewujudannya dahulu dikenali sebagai Kampung Pindah. Kampung ini wujud pada tahun 1952 dan kini sudah berusia hampir 54 tahun.

Pintu Gerbang di jalan masuk ke Kampung Endah

Sebenarnya, kawasan kampung ini telah dipindahkan dari tempat asal pembukaannya kerana kedudukan kampung ini yang berhampiran kawasan hutan. Oleh kerana kedudukannya, kampung ini sering diganggu oleh pihak komunis yang bermaharajalela pada Zaman Darurat.

Pemandangan kawasan ladang di Kampung Endah

Pemindahan kampung ini pula bukan hanya melibatkan sebuah kampung sahaja tetapi merangkumi 3 buah kampung yang berhampiran antara satu sama lain iaitu Kampung Cor, Kampung Delek dan Kampung Batu.


Sebelum berlakunya pemindahan kampung ini, ketiga-tiga kampung berkenaan berada dalam keadaan yang berselerak dan menjalankan aktiviti masing-masing. Ketiga-tiga kampung  ini setiap hari akan diganggu oleh pihak komunis yang datang ke kampung-kampung tersebut untuk meminta atau merampas makanan, pakaian dan apa sahaja. 


Kebiasaannya, mereka akan masuk ke kampung-kampung ini sewaktu para suami auat kaum lelaki pergi ke ladang atau ke kebun. Apabila barangan yang diminta tidak diberi atau diperolehi mereka akan membunuh atau menculik dan merogol kaum wanita yang tinggal di rumah.

Rumah Pn Hariah Bt Hj Siraj, rumah paling lama yang terdapat di Kampung Endah

Pemindahan kampung-kampung ini berlaku apabila terjadi satu peristiwa yang mengerikan penduduk kampung. Peristiwa ini berlaku di Kampung Cor. Kampung Cor (bahasa Jawa) dalam bahasa  Melayu bermaksud ‘kampung di sebelah utara’. 

Rumah Tn Hj Sono: Rumah Pengasas Kampung Endah/ Rumah ketua kampung yang pertama

Peristiwa yang berlaku itu melibatkan Ketua Kampung Cor pada masa itu iaitu Tuan  Haji Sirat bin Abdullah dan seluruh ahli keluarganya yang telah diculik oleh komunis. Nasib beliau dan keluarganya tidak diketahui oleh penduduk kampung sehingga kini. 


Selepas peristiwa penculikan itu, para penduduk kampung telah mengambil keputusan untuk memohon kepada pihak Kerajaan agar memindahkan mereka semua ke tempat yang lebih selamat dari gangguan komunis.


Akhirnya, pihak kerajaan telah memindahkan kesemua penduduk di ketiga-tiga buah kampung berkenaan dan ditempatkan di satu kawasan yang lebih aman dan tidak diganggu komunis. 


Bermula dari situlah Kampung Endah telah menjadi sebuah kampung yang tersusun di mana ketiga-tiga buah kampung berkenaan telah disatukan dan telah dinamakan Kampung Pindah.


Setiap keluarga yang dipindahkan  telah diberikan tanah untuk dibuat perumahan semula. Kampung ini mempunyai keluasan tanah 80 ekar dan mempunyai 100 buah rumah. 


Kawasan perkampungan lama Kampung Endah sekarang telah dikenali sebagai Kampung Kanchong Tengah 2.  Apabila penduduk telah  berpindah ke Kampung Pindah, maka pentadbiran kampung pun diwujudkan dan diketuai oleh seorang Ketua Kampung yang baru bernama Haji Sono atau nama sebenarnya Haji Abdul Rahman bin Haji Ali pada tahun 1962 yang merupakan Ketua Kampung yang pertama di Kampung Pindah.


Semasa pentadbiran beliau, Haji Sono bersama Ahli Jawatankuasa Kampung telah memikirkan satu nama baru yang lebih sesuai untuk kampung mereka. Maka wujudlah nama baru bagi Kampung Pindah iantu Kampung Indah, di mana huruf ‘P’ bagi perkataanPindahtelah dibuang dan wujudlah nama ‘Indah’.  


Nama Kampung Indah ini juga wujud disebabkan kebanyakan penduduk kampung ini adalah orang Jawa maka sebutan huruf ‘P’ itu agak sukar disebut oleh mereka dan agak janggal atau kurang sedap bunyinya


Disebabkan keadaan ini, maka perkataanPindahtelah menjadi ‘Indah’ dan kemudiannya bertukar menjadiEndahmengikut gaya sebutan mudah bagi penduduk Jawa di sini.

Kampung contoh di seluruh Malaysia:
-Juara Kampung Terindah, Terbersih dan Kemajuan Kampung Peringkat Negeri Selangor dan Peringkat Kebangsaan
-Pemenang Anugerah Belia Kurnia Jaya (1986)
-Pemenang Kampung Terindah dan Terbersih (1990)
Pemenang Kampung Terindah, Terbersih dan Kemajuan Kampung (1994)
Sumber: Pejabat Daerah Kuala Langat

KAJIAN LANDSKAP BUDAYA
Kali ni kena pergi sendiri tanpa pensyarah pengiring. Setiap kumpulan kena pergi kampung masing-masing seperti yang telah dibincangkan. Kumpulan kami memilih Kampung Endah sebab kampung ni banyak info yang kami boleh dapat dan senang nak ditujui. Dan kali ni kami pergi 2 trip iaitu drive thru sebelum cuti hari raya dan lagi 1 semasa aidilfitri (raye seminggu). Yang kali kedua baru betol-betol buat kajian. Sambil beraya la kot.

Sesi temuramah di salah sebuah kediaman penduduk kampung

Nasib baik la ade kereta Cik Nona dan 2 orang bodigat: Alep ngan Afiq.. tolong tangkap gambar..Ape pun best jugak masuk kampung orang ni. Tengok budaya, cara hidup, dan juga warisan yang dah nak ditinggalkan dan hampir tak ada. Jadi, kami datang ni nak hidupkan balik yang dah mati (warisan tu laa). Jom tengok gambar-gambar nih.. malas dah nak tulis..


Sesi temuramah bersama Ketua Kampung Endah










Mendapatkan maklumat berkaitan di Pejabat Daerah Kuala Langat







6 Readers:

{ joe FZR } at: 24 November 2010 at 14:47 said...
This comment has been removed by the author.
{ joe FZR } at: 24 November 2010 at 14:48 said...

bagus..da info kt blogger...Tunggu dr kampung parit 7 baroh sg leman lk...hehe

{ hairie } at: 24 November 2010 at 21:27 said...

hoho..benda yg bleh dikongsi kite kongsi..kn..

{ afiq=) } at: 25 November 2010 at 20:13 said...

yeah !! aku ade !!

{ seni garfu } at: 4 September 2012 at 04:05 said...

kampung ni kalo aku wat ref case untuk topik conservation traditional village bole ke hairy cruel?? haha

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 8 September 2012 at 00:28 said...

Afiq: untunglaaa aha

SG: boleeh jgk tp xpyh la cruel sgt hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean