header

header
hairie

Program Penanaman Pokok Shah Alam 2010

| Wednesday, 24 November 2010

Tarikh : 17 Oktober 2010 ( Ahad )
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat :Sungai Damansara , Shah Alam ( antara jambatan Lebuhraya Persekutuan ke jambatan MSU)


Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) terus komited untuk menjadikan bandar raya Shah Alam sebuah bandar dalam taman yang indah dan sesuai untuk diduduki oleh komuniti pada masa ini dan untuk generasi pada masa akan datang . Komitmen ini diperhebatkan melalui Program Penanaman Pokok Shah Alam (Rivers & Trees For Life) yang telah diadakan di pesisiran Sungai Damansara ( berhampiran Management Science Universiti (MSU), Seksyen 13, Shah Alam .

Lokasi penanaman pokok iaitu di sepanjang Sungai Damansara

Program penanaman pokok ini merupakan kemuncak kepada program penanaman pokok secara besar-besaran (massive planting) yang telah dilaksanakan oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam selama 4 minggu berturut-turut baru-baru ini. 

Pertama kali turut serta aktiviti bersama komuniti. Sangat meriah dan puas hati dapat tolong hijaukan bumi kita
Program penanaman pokok secara besar-besaran ini merupakan program secara usahasama yang diadakan bersama badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai matlamat dan misi yang sama dengan pihak MBSA iaitu untuk memastikan kawasan perbandaran khususnya tempat-tempat awam sentiasa hijau dan ditanam dengan pokok-pokok yang bersesuai.


kontinjen terawal yang sampai. Perlu mendaftar dahulu

Sambutan yang diterima daripada peserta amat membanggakan dan seramai 1800 peserta yang terdiri daripada ahli-ahli sukarelawan dari Sathya Sai Baba, Rotary Club USJ, Buddhist Association dan dari ECO Warriors.
sesi sarapan pagi yang sungguh 'western' dan sedap. Rugi sapa yang tak datang
Sosej, salad, dan banyak lagi. 

Usaha murni ini turut mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan dari para pelajar Pusat Pengajian Tinggi (IPT) seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kolej Taylor, Kolej Sunway, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Tun Abdul Razak dan Management Science Universiti (MSU). Program ini juga mendapat kerjasama daripada Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, Forest Research Institute Malaysia (FRIM) dan telah diselia oleh Jabatan Taman dan Rekreasi, Majlis Bandaraya Shah Alam.
taklimat teknik menanam pokok dengan betol 
Sebanyak 6,417 batang pokok telah ditanam sepanjang program ini yang terdiri lebih dari 20 spesis pokok seperti ceri, cengkih, kayu manis, mambu, kelat paya, kasai, tembusu, merbau dan lain-lain.
Oh no! Mr. President memegang cangkul. Sungguh mesra rakyat yek beliau.
Walaupun panas, semangat berbudi kepada tanah tu tetap kekal hingga ke tengahari. 
Harapan MBSA adalah melalui program seumpama ini akan dapat menghidupsuburkan kecintaan masyarakat terhadap kehijauan alam sekitar sekaligus dapat memastikan bandaraya Shah Alam ini menjadi tempat tinggal yang selesa untuk didiami oleh generasi sekarang dan juga generasi untuk masa akan datang . Semoga usaha kecil MBSA ini akan memberikan impak yang besar untuk masa akan datang .
Sumber teks: Laman web rasmi Majlis Bandaraya Shah Alam
Buat pertama kalinya inlah program yang aku tunggu. Berbakti kepada tanah dan bersama-sama menghijaukan bumi yang dah makin nazak ini. Walaupun panas tetapi hati ni kuta mengatakan yang sejuk. Tak kire la hitam ke ape yang penting dapat tanam pokok. Macam biasa la, kamera sentiasa ada kat tangan. It's shooting time..hehe
Saudara Afiqah Rossllee yang gigih membaca yek walaupun tengah panas
Rasanya ni waktu pagi lagi sebelum delegasi lain sampai.
Sesi penanaman bermula
berebut cangkul semata-mata untuk menunjukkan kesungguhan, kegigihan, 'keprihatinan dan sokongan terhadap aktiviti penanaman ini
pengagihan anak-anak pokok oleh pekerja-pekerja
belakang tu banyak lagi kawasan lapang yang belom ditanam. Jom ramai-ramai turun
bukan panas tapi silau
setiap NGO or IPT diberi lot masing yang boleh memuatkan sehingga 30 pokok setiap lot. Jadi, pokok-pokk dapat ditananam mengikut jarak tertentu dan juga dapat memberikan kesuburan yang maksimum.
Pokok yang kami tanamn adalah spesis Syzygium campanulatum dan aku dapat membayangkan bagaimana rupa atau pemandangan sepanjang sungai tersebut apabila pokok ini besar kelak. insyaallah..
apabila anak-anak dara turun padang mengotorkan tangan masing-masing
Bahan-bahan untuk tanamn pokok: cangkul, tanah, kompos, sabut kelapa, pokok dan juga salur paip.
harap-harap pokok ni hidup dengan subur supaya sungai yang kotor tu boleh dilindungi pemandangannya.
macam korang pokok tu. kecik je semua..
sentiasa cantik walaupun sedang bekerja ok!
fungsi salur paip berwarna putih itu adalah sebagai untuk mengelakkan daripada pokok dipotong/terpotong oleh mesin rumput. Jadi, ia sebagai tanda yang di situ ada anak pokok yang perlu hidup.
bersama Mr. President selepas tamat sesi makan tengahari.
AKhir sekali, semua orang tak nak bergambar dengan banner ni. Aku  sorang je la yang mampu. Panas kot. OK la, simpan kenangan best ni..huhu

2 Readers:

{ muhamadzaedi } at: 30 November 2010 at 14:42 said...

pandai tau abg hairie tanam pokok..!!

{ hairie } at: 1 December 2010 at 15:08 said...

bhahahaha...ko?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean