header

header
hairie

Kawan-kawan Sepanjang Semester 06

| Thursday, 23 December 2010

Semester ni aku di antara orang penting dalam batch 06. Kena uruskan benda tu, lawatan jauh-jauh tapi tak lulus, jumpa orang atasan, tempah sana sini, berlari menuju benda yang tak pasti. Memang agak penat sehingga ramai yang perasan yang aku agak pentingkan diri sebab  tah la. Mereka yang kata dan aku yang rasa tapi lama-lama dah tak ada dah.



Tugas semester ni agak perit la jugak tapi kadang-kadang buat macam tak ada kerja. Sebagai wakil kelas semua beban  terletak kat bahu aku. Apa-apa hal aku yang kena jawab dan aku yang kena tanggung. Tapi benda tu normal. Orang dah beri kepercayaan kepada kita jadi kita kena la terima dengan hati yang terbuka walaupun tak rela. Yang penting anak-anak buah kita kena la bagi kerjasama barulah selesai semua masalah.





Semester ni kawan-kawan keliling aku macam-macam rupa dan jenis serta perangai. Ada yang baik di depan jahat di belakang, menyusahkan orang lain, pentingkan diri, bising tak tentu pasal, cerewet, suka salahkan orang lain, pendiam, dan banyak lagi lah. Sehinggakan aku agak tertekan dengan perangai mereka ni. Bukan nak kata semua masalah diorang melibatkan aku tapi bila fikir balik memang aku terlibat@melibatkan diri secara tak sengaja. Ada yang kononnya nak selesaikan masalah sendiri tapi kemudiannya menyusahkan diri. Tak mahu kongsi dengan orang yang terdekat takut menyusahkan mereka. 





Perhatian ya, jika anda ada kawan@teman yang rapat dengan anda, silalah kongsi masalah dengannya. Itulah fungsi anda berkawan dengannya, berkongsi. Orang kata   ’sharing is caring’ dan kata-kata ini memang betul. Bila anda berkongsi masalah, ternyata ia akan mengurangkan beban yang ada kat kita ni. Sekurang-kurangnya  teman anda itu boleh membantu anda menyelesaikannya ok!



Aku teringat status facebook kawan baik aku seorang ni. Panjang sangat tapi aku tak berapa ingat. Antara ayat-ayat tajam beliau adalah ‘jangan takbur kelak tersungkur...jangan masuk bakul angkat sendiri kelak ....tah aku tak ingat sangat tapi tu la, dia memang tujukan orang kat keliling aku sekarang ni. Sebok nak nasihatkan orang. Nak kata orang lain jahat, dia je yang baik tapi dia pun sama. Lagi teruk rasanya. Selalu cerita tentang kelebihan diri dengan orang lain walaupun kelemahan sendiri banyak. Suka meriuhkan suasana yang tertekan dengan kerja. Membawa benda-benda yang tak perlu dibawa dan ditayang kat orang lain.



Aku bukan nak kata yang aku ni bagus sangat tapi sekurang-kurangnya tak perlu la nak menyakitkan hati orang lain walaupun depan kau, orang tu senyum dan menyokong kata-kata kau. Hakikatnya dalam hati kau tak tahu lagi kan..ape pun, benda tu semua jadi kenangan dah. Kita gunakan konsep yang dah lepas tu biarlah lepas. Jangan diingati lagi. Kalau ada benda yang menyakitkan hati kau, jangan difikirkan sangat. Cuba buat benda-benda lain atau mem’busy’kan diri dengan kerja-kerja lain yang berfaedah. Itulah yang aku belajar dari kawan-kawan aku.



Orang kata jadi professional lagi baik. Cari kawan yang bileh dijadikan contoh dan memahami diri kau. Kalau dah terlanjur dengan kawan yang salah tu kalau boleh betulkan dia. Tapi kalau dia tak boleh terima, sila tinggalkan dengan cara yang terhormat dan terbaik supaya anda tidak terlanjur seperti dia juga.



Tapi aku teringat kata-kata semasa-menonton televisyen. Lebih kurang macam ni la bunyinya, jangan dibenci persahabatan yang dijalin walaupun salah. Aku tak berapa ingat ayatnya tapi maksudnya, kalau kita dah bina persahabatan tu jangan la kita putuskan denga tiba-tiba. Teruk macam mana pun kawan kau, dia tetap kawan kau. Jangan kita robohkan persahabatan yang kita telah bina sebab kita yang nak benda tu kan. Jadi kena la hadapi dengan tabah dan kuatkan semangat.


Sebelum cuti semester hari tu aku dapat kata-kata dari seorang kawan ni katanya, ‘kau memang class rep yang berdedikasi’. Terima kasih aku ucapkan tapi bila balik aku fikirkan balik ayat tu. Apa yang dedikasinya?betul ke apa yang dia kata. Tak perlu la nak dibanggakan tapi yang penting kita kena perbaiki kelemahan yang terdapat dalam diri kita ini. 



Muzik-muzik 25 Separuh Akhir ke-2

| Wednesday, 22 December 2010

Yang ini aktiviti penghujung semester aku dengan kawan-kawanku Md Azrin dan juga Joe. Tak terfikir nak pergi separuh akhir minggu kedua ini sebab dah terlepas yang pertama hari itu. 


Mula-mula rancang dengan Joe nak pergi yang minggu pertama tapi memandangkan masih sibuk dengan kerja studio dan tak ambil tiket percuma lagi kami terpaksa lupakan saja walaupun ada Shahir minggu itu. Jadi semasa  hari pembentangan studio, idea nak pergi muncul balik. Kali ni Md yang beriya nak pergi sangat. 


Persembahan dari ana Raffali

Jadi dengan penuh keyakinan, kami cuba tengok tiket di Plaza Alam Sentral. Memang langkah kiri la kitorang hari tu sebab kaunter kata, tiket tak ada kat sini. Kena ambil di Sri Pentas Bandar Utama. Keyakinan menurun tetapi Md  ni dengan gigih pergi Bandar Utama semata-mata nak ambil tiket dekat balai pengawal. Dia pula langkah kanan. Dapat la 3 keping. Cukup la untuk kami yang nak pergi ni.

Persembahan dari Band Huja dan Mirwana

Persembahan Stacy - Jahat

 Benda tu mula jam 10 malam tapi kami pergi PAS selepas magrib. Kononnya takut penuh nanti. Tapi masuk Sri Pentas 2 jam 9 malam baru boleh masuk. Tak apa, kitorang pergi makan dulu. Lepak-lepak sekejap. Kemudian, jam 9 baru kami naik atas masuk studio.


Betapa jakunnya kami yang kampung ni tak pernah masuk Sri Pentas dan tak pernah tengok muzik secara ‘live’ depan mata. Selalu tengok artis dari jauh saja. Kali ni kami kat kaki diorang saja. Dengan impian kami malam itu nak masuk tv biar semua orang boleh tengok kami. Sebab tu la aku pakai baju belang dan Md pakai baju hijau. Dari jauh dah nampak. Joe pula baju hitam. Salah pilih warna la Joe.

Persembahan Faizal Tahir - Adrenalin


Walaupun terpaksa menunggu hapir sejam sebelum bermula kami tak rasa bosan malah rasa berdebar nak tengok siapa akan beraksi selepas ini. Apa yang lagi menarik adalah sistem pencahayaan yang cantik dan sangat style. Walapun ada seketul lampu limpah tu menerjah ke arah kami dan sungguh panas rasanya tapi benda tu sekejap je.

Persembahan Mirwana dan Fiq - Manifestasi Cinta

Sebelum bermula, kami diberi taklimat ringkas dari pihak pengurusan tentang apa yang kami kena buat dan apa yang kami tak boleh buat. Tapi itu normal la kan, nak bagi majlis berjalan lancar.

Persembahan Adira AF - Ada Kamu

Fabulous Cat - Cinta Kosmik

persembahan malam tu memang cukup menerujakan dan sungguh meriah. Dan secara jujurnya lagu yang aku tak suka dan tak berapa best boleh jadi best malam tu. mungkin kita dengar secara ‘live’ dan juga rentak muzik yang sungguh menusuk jiwa. Ada sesetengah lagu yang para penontonnya ikut menyanyi macam lagu black; Sofia Jane dan banyak lagi.

Black & Meet Uncle Hussin - Drama King

Paling meriah semasa persembahan artis jemputan, Rahmat Mega. Lagu ala-ala rock kapak Bayangan Gurauan dan lagi satu apa tajuk aku tak ingat. Tapi semua orang malam tu turut berkaraoke dengan Rahmat. Memang meriah dan best. Rasa berbaloi bila ambil tiket yang jauh tu dan juga datang awal.

Black - Sofea Jane


Sasaran selepas ini nak sertai Anugerah Juara Lagu 25 yang akan diadakan pada 9 Januari 2011 di Stadium Putra Bukit Jalil tetapi memandangkan ia diadakan pada hari Ahad malam Isnin nampaknya kami tak boleh pergi sebab esoknya kena kerja. Takut bangun lambat dan penat sangat. Tapi tak apa, tengok kat tv je la nampaknya.

Artis Jemputan - Rahmat Mega. Persembahan penutup paling best! lagu rock balada 

Pembentangan Projek Akhir LAR 626 | Environment & Sustainable Construction

|



05 November 2010, hari yang ditunggu sudah tiba dan hampir ke pengakhirannya. Projek akhir yang sungguh rumit dan teliti akhirnya telah dibentangkan dengan jayanya walaupun dapat komen yang tidak memberangsangkan dari panel pensyarah.









Kali ni kami diberi 1 tapak yang mempunyai garisan kontur yang berbeza dan perlu membuat pembangunan yang mengambil kira keseimbangan persekitaran. 





Lot yang perlu dibangunkan  diatas tapak ini adalah 10 buah banglo, 2 unit apartment 8 tingkat, 10 buah rumah berbandung, sebuah taman permainan, gelanggang tenis dan juga gelanggang bola keranjang.








Bukan sahaja letak secara suka hati lot tersebut tetapi perlu mengambil kira topografi kawasan. Kalau dah curam sangat memang tak sesuai untuk pembangunan. Kena la cari kawasan yang agak rata dan kalau perlu buat ‘cut & fill’.









Agak menyakitkan dan memeningkan kepala semasa buat pengiraan. Aku jenis yang tak suka mengira jadi aku cuba tolong kat bahagian-bahagian lain yang aku boleh buat. 






Setelah berminggu-minggu menumpukan kerja subjek ini sahaja dan hampir melupakan subjek lain, akhirnya hari pembentangan pun tiba.







 Pembentangan semua kumpulan berjalan dengan lancar dan berlarutan sehingga petang Jumaat tersebut. Komen untuk kumpulan kami agak menggerunkan tetapi insyaallah semuanya akan okay.





Kepada ahli kumpulan no 2, terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Kalau termarah, terngumpat tu aku mintak maaf la ye. Mungkin terlalu tertekan dengan kerja-kerja ni. Dah salah kena buat semula, kena kira semula dan print semula.  TERIMA KASIH








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean