header

header
hairie

Cerita Aidilfitri 1: Berbuka Puasa

| Tuesday, 7 December 2010

Walaupun aidilfitri dah lama berlalu, aku nak kongsi pengalaman/suasana hari raya aku bersama kawan-kawan dan orang kampung. Kita mulakan dengan aktiviti berbuka puasa bersama kawan-kawan di Restoran Ayam Penyet yang baru dibuka di Seksyen 7 sederet dengan blok Jakel. Tahun ini kami dapat berkumpul sebanyak 2 kali sahaja iaitu di sini dan 1 lagi di Dataran Sejarah Shah Alam (berdekatan dengan Masjid Negeri). 



Rancangan nak pergi dengan orang lain tapi yang pergi dengan orang lain pulak. Sebelum dapat makan kat sini, aku la yang pergi menempah meja dulu. Petang tu pergi dulu dengan Md Azrin semata-mata nak tempah meja untuk 10 orang. Takut penuh tak ada tempat nanti.



Jam 6.30 petang kami dah mula berkumpul di sana. Tak lama kemudian ramai la datang. Sebenarnya nak rasa ayam penyet terbaru kat kedai ni sebab kedai ni baru buka. Jadi kami nak mencuba la apa yang dikatakan sedap kat sini.



Semua orang nak rasa ayampenyet dengan nasi putih. Nampak sedap tapi sayangnya kuah sup tak ada. Rasa sambal tu terlalu pedas bagi sesetengah orang dan memang pedas. Ayam dah cantik dah. Tapi itu lah, kesimpulannya kami tak puas hati dengan rasa ayam penyet tu. harga kalau tak silap RM7 kot. Ape pun tak perlu disesali benda yang dah masuk dalam perut. Nak tak nak kena bayar je la. Korang nak rasa sangat kan. 


0 Readers:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean