header

header
hairie

Cerita Aidilfitri 2: Aidilfitri Di Kampung

| Wednesday, 8 December 2010
sunyi

Pelan aidilfitri aku kali ini agak menjadi walaupun ada rumah kawan-kawan yang tak sempat nak berkunjung. Seminggu sebelum hari raya kami dah dapat cuti. Jadinya 2 minggu la kami cuti tahun ni. Minggu-minggu terakhir puasa dipenuhi dengan aktiviti mengemas, menyapu, membeli, memasang dan macam-macam lagi. Dan yang penting, mengacau dodol. balik je dah kena kacau dodol 1 kawah besar. Aku seorang yang kacau. Bapak aku kawah lain. Agak penat tapi syok ar dapat kacau dodol. senaman.

koleksi kampung

Hari raya pertama macam biasa pergi sembahyang raya. Lepas sembahyang je tiba-tiba hujan lebat. Kebetulan rancangan hari ini memang tak nak jalan sekampung sebab nak pergi masa hari raya kedua sekali dengan marhaban pemuda. Jadinya, hari raya pertama tu agak bosan sedikit sebab tak ramai saudara mara yang datang mungkin sebab hujan lebat tu la.

kemeriahan ternyata

Raya kedua baru la sertai marhaban pemuda. Baru pertama kali sertai. Bermula dari hujung kampung hingga la ke hujung kampung. Sampai malam baru dapat habiskan sekampung. Alhamdulillah..

rumah tradisional kesayangan keluarga

Hari raya ke 3 macam biasa ziarah ke kampung sebelah, Kampung Parit Lapis Laman. Kali ini dengan orang kampung. Ini baru dinamakan aidilfitri kan. Kemudian, hari raya ke 4 menanti kunjungan balas dari penduduk Kampung Parit Lapis Laman ke kampung kami. Petang selepas zohor, kami ziarah pula ke Kampung Parit Othman. Tapi semakin lama jemaah ziarah semakin sedikit dan aku takut tahun-tahun berikutnya tradisi ziarah ini berkubur macam itu sahaja.

lebih mudah menggunakan kaedah layan diri. Lagipun kami ni tak ramai yang bekerja.

selamat menjamu selera

makan kuih dulu la ye.

menu kampung yang menyelerakan

tahun ni macam makin berkurangan baraan dari Sri Medan. 
Mungkin sebab ramai dah bekerja rasanya.

bersama orang baru dalam keluarga. Selamat berhari raya 

cepat kemas tilam tu. Kejap lagi orang ramai datang

generasi muda yang masih bersemangat

bersepah sikit. Dah habis kena la kemas

geng rewang yang tak berapa ramai tapi meriah

tetamu dah balik, masa untuk mengemas

Yang ni paling best dan paling sibuk. Hari raya ke 5. Menanti ziarah daripada Sri Medan yang sudah terjalin lama sejak zaman naik basikal dulu. Macam biasa jamuan la. Menu tetap sama tahun ni. Tak apa la yang penting niat kan.

penat dan berehat sebentar di surau Kampung Seri Menanti, Sri Medan

menanti geng baraan

Aidilfitri ke 6 pula kami yang ke Sri Medan. Yang ni la aku tunggu-tunggu setelah sekian lama zaman SPM dan Diploma dulu tak dapat pergi sebab nak periksa dan juga kena balik awal. Terlepas peluang mase tu nak berkonvoi. Konvoi pun bawak bapak aku jugak. Tak boleh laju-laju..

selepas makan di ketika maghrib. Hampir kekenyangan mereka

Aidilfitri 7 kawan-kawan yang jauh di sana datang. Geng Pija, Nor, Wani, Ali, Md Azrin, Acab, dan Mahirah. Mereka ni sebenarnya ada tugas. Kajian landskap budaya di kampung masing-masing. Jadi diorang datang sekali kat rumah aku ni. Terima kasih korang sebab datang walaupun dah nak magrib korang sampai. Tapi tak apa la yang penting korang dapat makan kan.

di R & R Ayer Keroh

Aidilfitri 8 dah kena balik Shah Alam sebab kamping kajian kumpula aku di Kuala Langat. Jadi hari sabtu la kami beru pergi. Aku balik dengan Azmi. Alhamdulillah perjalanan berjalan dengan lancar walaupun hati ni tertinggal kat kampung lagi.

1 Readers:

{ CikHanis } at: 8 December 2010 at 21:56 said...

kamping pn boleyyyyyy
kumpula aka gondola!
HAHA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean