header

header
hairie

Cerita Aidilfitri 3: Muzikal SOLARAYA 2010

| Monday, 13 December 2010
suasana malam raya di Amphitheatre FSPU

Majlis makan malam Jabatan Seni Bina Landskap UiTM Malaysia, Shah Alam semester ini diadakan secara sederhana tetapi meriah. Lokasinya diadakan di Amphitheatre FSPU sahaja tetapi tetap meriah seperti biasa. 


kad jemputan yang sampai ke studio

ala-ala kfc punya brand ayam.

bersama Joe FZR yang sentiasa lekat dengan kamera videonya

acu tu dah cukup subur untuk disiram

Kali ni konsepnya aidilfitri dan muzik. Bercakap dan nyanyi serta makan dan menang. Memang lain  sikit la kali ni sebab pengurusan dilakukan oleh semester 05 yang membawa band sendiri dan main muzik secara ‘live’.

acara penyampaian anugerah

Prof. Wan Halawah yang suka menyanyi

menu tradisi Melayu. Sedap dan mengenyangkan

ramai jugak yang datang

Ketua Program : Pn Nik Mastura

 Majlis mula jam 8.30malam tapi terlewat dari jadual asal sebab tetamu lambat datang. Jadi, jam 9 malam baru mula dengan rasminya. Dan kali ni kali kedua aku jadi penyampai anugerah. Malam ni bergandingan dengan Cik Noralizawati, pensyarah aku sendiri.

bersedia untuk menyapaikan anugerah bersama Cik Lis

walaupun hanya di amphitheatre, ia tetap menarik

nampak sempit tapi meriah

kami yang ceria walaupun sedang bergelumang dengan subjek construction!

baju raya berwarna warni

Majlis dimulakan dengan ucapan Ketua Program dan kemudian disusuli dengan persembahan nyanyian. Tiba-tiba dengan tidak dijangka, aku terasa angin sejuk yang membuatkan semua orang cemas. Tandanya nak hujan dan majlis akan terganggu. Dan ternyata sangkaan itu betul. Dengan kelam kabut mereka mengangkat drum, segala wayar dan peralatan elektrik bawak naik ke ‘corridor’. Majlis kemudian diteruskan macam biasa. Tapi agak sempit sikit la sebab sepanjang kaki lima kitorang buat tempat duduk.


kemeriahan majlis melalui live band

lagi meriah

jemputan VIP yang hadir

king of the night menjadi milik aku! 

bersama queen of the night

Macam-macam aktiviti malam tu; video klip, cabutan bertuah, anugerah pelajar dan juga persembahan nyanyian. Tahun ni, setiap studio dikehendaki menghantar wakil untuk nyanyian. Batch kami menghantar gabungan artis lama dan juga artis baru yang mempunyai potensi besar dalam industri muzik FSPU sahaja.

peserta secara terpaksa

alia sedang menganyam seperti biasa

Pada sebelah siang pula ada aktiviti menganyam ketupat paling pantas, kad raya kreatif dan juga fotografi. Secara majoritinya, kami tak menghantar wakil untuk setiap pertandingan sebab masa tu memang sibuk dengan final projek Construction. Sampai video klip pun entah apa hasilnya. Fotografi, kami hantar banyak gambar dari aku dan juga kawan-kawan yang lain. Masa pengumuman malam tu punya la berdebar nak tunggu nama kami ni naik walaupun sekali sahaja. Tapi apa kan daya tak ada rezeki. Sebenarnya ada cerita kejutan di sebalik gambar itu. Tapi benda dah lepas, biar la berlalu walaupun dalam hati ni mengharap sangat.

kemeriahan bermula dengan indah sebelum angin bencana bertiup sejuk

inilah dia artis pelapis negara yang bakal menggegarkan hollywood!

Puan Che Bee, Cik Lis dan Pn Salina

slot amanat kasih pelajar semester 08

mintak maaf banyak-banyak kat pensyarah

wajah suci tulus mulus

Dan malam tu jugak, batch part 06 tak ada nama yang sangkut dalam setiap aktiviti yang dipertandingkan. Mula-mula fikir ni macam sabotaj jer. Tapi bila fikir balik, lantak la. Siapa yang main tipu akan dapat balasannya nanti.


keigigihan amy dengan yana

sound system yang dahsyat

Tahniah kepada batch 05 sebab dah berjaya uruskan ‘dinner’ kali ni. Walaupun hujan majlis tetap berjalan dengan lancar. 


cantik dan hensem

dah habis waktu dinner baru la dapat tangkap  gambar cantik

jejaka pilihan bagi siapa-siapa yang masih belum dimiliki

menuggu En Din masuk nak hantar projet construction

datin ada, rakyat biasa ada dan anak sultan johor pun ada.

kami tak kuat tapi kami bekerjasama

cenderamata dinner

sila jawab, siapa paling cantik?

acu je yang single

keluarga hijau

begitu







2 Readers:

{ Lady Leaya } at: 22 June 2011 at 15:52 said...

krey, nk gbr aku wat ketupat versi tade watermark kau leh x..hik2

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 22 June 2011 at 15:53 said...

haha...boleh2 tp kne cri dulu gmbo ni..xtaw kt mne..smua dlm Cd (^__^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean