header

header
hairie

Studio | Projek Akhir & Peperiksaan Akhir

| Wednesday, 22 December 2010
suasana kesibukan semasa mengira!

secara langsung dari laci peribadi zul senan

Seperti biasa, bila dah nak hujung-hujung semester kitorang ni la yang paling sibuk dengan kerja-kerja final project. Selalunya akan bertembung dengan final exam. Tapi Alhamdulillah, kali ni projek tak bertembung dengan paper. Jadi, dapatlah kami tumpukan lebih masa kat final exam yang menakutkan tu kot..

membaca nota 'presentation'





koleksi alatan mewarna sejak zaman diploma

perniagaan minyak wangi jenama antarabangsa budak part 4

 Dan tradisi buat kerja kat studio diteruskan. Alhamdulillah, semester ni pengawal keselamatan@pak guard tak naik studio cume ada sekali je. Itu pun tak dapat masuk sebab pintu studio kitorang terkunci dengan tak sengaja.




rasanya lepas ni nak guna meja pensyarah je la. Besar sikit

siap jugak akhirnya kerja dia

Aku ni jenis yang dah biasa buat kerja kat studio sebab bila buat kat rumah tu banyak pengaruhnya seperti tilam, bantal, televisyen dan juga perkhidmatan jalur lebar yang laju.




Kalau duduk studio ni sekurang-kurangnya dapat la aku fokus kat kerja je. Dan alhamdulilah aku dapat siapkan dengan bahagianya tanpa tekanan.

nota yang nampak gigih tapi hasil yang kurang memberangsangkan




Semester ni ada 3 kertas peperiksaan; Human Culture, Environmental Ethics dan Hubungan Etnik. Nasib baik semua exam berada dalam lingkungan seminggu sahaja. Paling best paper Human Culture sebab dah tahu soalan yang nak keluar dan dah study paper dengan gigihnya. Tak mahu yakin sangat dapat A+ tapi berharap dapat keputusan yang baik sebab itu la yang terbaik dari aku. Dan semester ni jugak ada 2 final projek yang agak azab dan mencemaskan. Subjek Construction dan juga Studio. Construction dah selesai dengan agak berpuas hati dan yang terakhir sekali baru studio culture.








 Bila duduk studio ni macam-macam aktiviti pulak yang aku buat. Kerja, facebook, makan, mengumpat, shooting!, jalan-jalan, berangan, dan macam-macam lagi la yang boleh dibuat.




Sebenarnya, bosan la sepanjang masa mengadap kerja-kerja ni. Lagi-lagi bila buat guna laptop. Mata ni boleh rabun gelap kalau tengok skrin je sehari penuh. Lagipun, kesian kat laptop ni on je sepanjang hari. Tak ada rehat langsung.







kalau tak silap Ude ni baru je sampai dari kampung. Siap pakai baju hujan lagi

 Kadang-kadang dunia aku jadi terbalik bila duduk studio. Malam buat kerja sambil menyembang. Tau-tau dah pukul 4 pagi. Jadi, kerja tu diteruskan je la sampai subuh. Lepas subuhje terus off laptop, balik rumah sewa dan tidur. Lepas tengahari baru datang studio balik dan sambung buat kerja je la. Kadang-kadang rasa rugi la jugak bila tidur siang hari. Tapi tak pe kot. Sekurang-kurangnya aku dapat rehat dan yang penting kerja siap ok!

ikan kering Mad

Projek IID Shifa & Zul

makan, makan dan makan secara segar dari kafe FSPU

koleksi hasil tangan Zul di rumah sewa untuk projek akhir studio

Sekarang ni telefon bimbit aku dah ada kamera 3.2 megapixel. Jadi bila bosan, mula la berjalan kat tempat orang tangkap gambar yang perlu. Hobi kot. Nanti boleh simpan buat kenangan kan. 


teruna lagi bujang dan belum dimiliki sesiapa

Sebenarnya kan, bila dah tangkap gambar ni kan rasa puas hati sebab dapat sudut yang menarik dan gambar tu cantik. Selalunya gambar yang aku tangkap tu ada makna yang tersendiri. Menggambarkan itu ini, ada cerita di sebaliknya.


Syuee sedang menyiapkan kerja dia!

Mula-mula ingat nak pakai pen Rotring je tapi keadaan memaksa aku beli pen baru 
yang lebih selesa digunakan dan dakwat tu lekat dan pekat

limau bali dari Perak! sedap sebab dah lama tak makan

Dalam hati ni ada hajat nak beli kamera SLR@kamera besar. Tapi benda tu bukannya keperluan sangat. Kalau ada Alhamdulillah tapi kalau tak ada tak apa la. Lagipun kamera henset ni pun dah okay dah. Yang penting boleh buat ‘blurr’ belakang. 


TRAGEDI! tiba-tiba Crocks kesayangan dah rosak. Hadiah orang bagi tu kan Mad..

Bidang fotografi ni sebagai aktiviti sampingan sebab dalam seni bina landskap ni kitorang banyak tangkap gambar. Dan dari situ la aku mula berminat nak buat koleksi gambar yang aku tangkap melalui tangan aku sendiri walaupun menggunakan kamera orang lain.

nasi goreng ayam kunyit segar dari kafe FSPU



MENGEJUTKAN! Buletin Jabatan Seni Bina Landskap dinobatkan sebagai 
Penerbitan Buletin Terbaik dalam FSPU. Tak sia-sia la aku menyumbangkan 
foto koleksi untuk bulietin tersebut. Tahniah! 

Bila lepak kat studio ni senang sikit nak makan sebab kafe kat bawah je. Tak payah nak susah-susah keluar jauh semata-mata nak makan. Walaupun ada yang kata kafe ni tak sedap tapi bagi aku okay je asalkan kenyang, dan boleh buat kerja balik. Memang lauk tengahari kadang-kadang mengarut tapi ada pilihan mee kari atau mee sup. Aku tak de hal sangat. Mana yang sedap itu la pilihan hatiku. Tapi yang bestnya bila makan malam. Hari-hari order nasi goreng. Dan yang jadi kegemaran masa tu adalah nasi goreng ayam kunyit. Bendanya biasa je tapi sedap. Lebih-lebih lagi bila tambah dengan kicap Jalen. Memang kenyang. Harganya RM3.80 sahaja tapi kalau kat luar harganya RM5.50. kan beza jauh tu.

sesi mengumpat dan meluahkan perasaan mereka berdua ni depan aku. Dengar je la


ambik gambar jalan kira projek Construction

Bila duduk kat studio ni kan ,ada je cerita yang nak dikongsi. Tak kisah la cerita cinta ke, masalah dengan kawan-kawan, keluarga, aktiviti sosial dan banyak lagi la. Bila duduk berkumpul tu maknanya ada la cerita panas yang terbaru. Biasanya aku tak tertinggal cerita-cerita ni. Ala, sekadar nak tau je la bukannya ape pun. Benda tu nanti jadi pengajaran jugak dekat kita kan. Kalau berlaku kat kita ke, sekurang-kurangnya ada la rujukan@’references’ sebagai penyelesaian.

serabut dan penuh

masa makan adalah amat penting

couple of the year!

hati zaidatul di komputer ribanya

Tak ramai yang buat kerja kat studio. Ada dalam 10 orang. Antaranya Fara Anuar, Hawa, Aku, Mahirah, Acab, Ude, Azreen, Ada, Syuee, Joe dan last minute Md Azrin. Tapi bagus jugak tak ramai sangat sebab tak la kecoh sangat studio tu dan lebih tenang nak buat kerja.

bersama-sama membincangkan apa yang telah dipelajari



bila paper final exam esok nak mula, hari ni dan semalam-semalam baru study. Biasanya kitorang yang duduk kat studio ni berpakat. Masing-masing buat tajuk masing-masing dan lepas tu baru la tukar-tukar nota. Kemudian, duduk sama-sama berbincang setiap tajuk. Dan jelasnya melalui pengalaman aku, teknik ini memang menjadi dan semasa nak jawab soalan final tu terbayang-bayang@teringat tajuk-tajuk yang dibincangkan. Jadi senang la bila nak jawab. Alhmdulillah, setakat ni perbincangan tu memang berkesan walaupun terpaksa menggoreng sebab ada yang tak dibincang tapi masuk final exam.

bekerja sambil berkata-kata



Ude yang berhari-hari mengadap Sketch Up

Konsep tolong-menolong. Semester ni aku dapat selesaikan final project sehari sebelum tarikh penghantarannya. Dan bagi mengelakkan bosan, aku cuba tolong kawan-kawan aku yang belum siap selagi aku mampu. Setakat ni aku tolong touch up board diorang je la.tak mahu lebih-lebih. Nanti board tu tak ada rupa tuanya.


Saya suka London



Semester depan insyaallah praktikal dan tak duduk studio lagi. Mesti rindu waktu-waktu macam ni lagi lepas ni. Tapi akan kembali masa semester 08 nanti. Insyaallah tradisi ni akan diteruskan lagi bersama kawan-kawan. Semoga berjaya kawan-kawan semua.



4 Readers:

{ Dila Bahaudin } at: 22 December 2010 at 14:59 said...

nasib baik den bukan dak studio... heee :)

{ HAIRIEcerulean } at: 22 December 2010 at 15:07 said...

haha...tp kamu under FSPU..

{ CikHanis } at: 22 December 2010 at 23:41 said...

ECEH!
mke ak xde kn..
yela.
ak bkn dok stdio..
heeee
^_*

{ HAIRIEcerulean } at: 23 December 2010 at 00:44 said...

ek ele...saye xmo kate pape la cik hanis oii..hahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean