header

header
hairie

Terasa kekurangan pada diri

| Sunday, 30 January 2011
Baru sahaja melabuhkan punggung depan laptop ni dah datang satu perasan yang tiba-tiba je datang dengan tanpa diundang. Kenapakah dengan secara tiba-tiba begini. Mungkin aku ada buat salah dengan kawan-kawan yang selalu bersama dengan aku ataupun hanya perasaan aku je yang suka buat spekulasi yang bukan-bukan. Macam-macam benda main-main dalam kepala aku ni. 

Macam mana ek! Sekarang ni mulalah rasa dipinggirkan, jauh je dengan semua orang. Benda ni datang dengan tiba-tiba. Mungkin jugak ada sesuatu yang aku simpan/pendam dalam hati ni kemudian dah hilang tapi datang balik! Ya Allah, semoga hambamu ini boleh melupakan/menyelesaikan masalah yang dicipta sendiri.

Teman Sejati
Selama ini
Ku mencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini

PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi

Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman

Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...

KepadaMu Allah

Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita
 
Bila kita sedang rancak bercakap atau buat sesuatu, kita tak sedar yang kita telah melukakan hati orang lain secara tidak sengaja. Memanglah orang yang terasa tu tak bagitau apa yang kita dah buat kat dia. Tapi mungkin dia akan lepaskan kepada orang lain. MUNGKIN. 

NIAT nak buat baik dengan orang lain tapi disalahertikan. 

Anda PAKSA orang tu! Mula-mula atas nama kawan nak pergi bersama tapi kadang-kadang termasuk sekali konsep PAKSA. Tak sedap la macam tu. 

KECIL HATI. Secara tiba-tiba tanpa sedar. Tetapi sedang mencuba untuk positif dan lupakan sahaja.

PENTINGKAN DIRI. Padan muka! Lain kali jangan buat dan sekarang orang tu buat kat muka kita sendiri. Terase kan?..

Ubat untuk segala perasan pelik ni senang je, anda perlu tidur dan berehat dan kemudian sambung kerja anda semula. TERIMA KASIH

LIRIK ini memberi ketenangan dan mengingatkan detik-detik bersama dengan kawan-kawan:

Doa Perpisahan
Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci

Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu

Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini

"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan"

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu

Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu

Semoga Tuhan Berkatimu


Jika aku telah membuat kesilapan, salah ayat silalah beritahu dan maafkan aku ..




Oh! Jusco Bukit Raja jugak la pilihan kami

|
 Makan mee bandung Muar diwaktu tengahari yang dikatakan sedap tapi rasanya 
tah tak macam mee bandung yang mak aku buat walaupun tak ada nama Muar.
 
Pusat membeli belah yang paling dekat dengan kami. Kat sinilah segala wayang kami tengok. Yang terbaru kami baru sahaja menonton secara beramai-ramai cerita KHURAFAT. Macam mane?Takut? aku ni kalau tengok cerita memang susah nak faham, bila dah nak habis baru dapat tangkap cerita tu. Cerita ni? Oh no..memang menakutkan bila hantu kejap keluar sebelah sini, sebelah sana dan mana-mana lah. Mesti korang tahu kan macam mana jalan cerita Khurafat tu. Paham-paham sendiri lah ye. Ape pun memang menyeramkan sehingga terbawa-bawa masa tidur.

Kenyang selepas seram menonton cerita Khurafat

 Apa agaknya yang dibincangkan oleh Ika bersama teman lelakinya sehingga mewujudkan bentuk mulut yang sungguh gembira dan wajah teman lelakinya yang penuh kecintaan terhadapnya..

Nur Eyda yang sentiasa gembira keculai waktu tidur beliau tidak dibenarkan 
senyum kerana akan dikatakan gila.

You, janganlah makan daging tu. I tak suka la You makan benda ni. You tak takut ke nanti kalau I kahwin dua? I tak nak jadikan You sebagai madu nanti You makin jauh dari I.

11 orang menyertai rombongan kali ini. Saja nak memeriahkan lagi wayang tu. Masa makan je dapat tangkap gambar kemudian masing-masing buat hal masing-masing maklumlah ada pasangan masing-masing kan. 

Sejenak di Shah Alam Walk

|

Cerita yang bermula hanya untuk pergi makan bersama akibat dah lama tak bersua. Lepas makan tak tau nak pergi mana jadi berpusinglah di pusat bandar Seksyen 14 Shah Alam. Siapa dia? Afiqah dan Syida je. Mereka ni yang beriya nak jumpa aku. Dengan syarat kau ambik aku kat rumah aku. Aku tunggu. 


Mereka ni sesekali nak jugak bergelumang dengan kamera sebab mereka rasa mereka cantik tapi tak se'meletop' dengan orang lain. Begitu merendah diri mereka ini. Apa pun, aku jugak yang tangkap gambar mereka kan. Jum, aku nak kongsi malam ynag sekejap di Shah Alam Walk.


Ibu Kota Kuala Lumpur

| Friday, 28 January 2011
 kami dah sampai kawasan letak kereta berbayar RM4 sekali masuk. Sebelum berjalan kena la tunjuk bukti yang kami dah sampai ni (^_^)

 Cik Lynda Roslan, model of the ...entah

Berwarna-warni dikelilingi warna-warna warni lah! Meriah kat situ

Hujung minggu datang lagi dan kali ni benda dah lama rancang cuma belum berkesempatan untuk pergi sebab nak dapatkan 'confirmation' dari diri masing-masing. Kereta je dah lama bersedia cuma tinggal isi minyak dan terus jalan je la kan. Kali ni geng buang masa buang duit meneruskan perjalanan ke kawasan sekitar sahaja walaupun jauh tapi KL je kot.


Pemandangan Kuala Lumpur di mana, bangunan CIMB baru tu dah siap. Dulu pergi masih 
dalam proses pembangunan lagi. Sekarang ni alhamdulillah pemandangan KL 
dan semakin berubah dan makin cantik
 
Kemeriahan SOGO untuk menyambut Tahun Baru Cina

 Warna-warni pelbagai fabrik yang menjolok mata dan menyebabkan duit mengalir dengan derasnya dan menyebabkan mufis serta menjadikan peniaga memperoleh keuntungan berlipat 
ganda secara halal tapi terlebih mengikut nafsu.


Rasanya tak pelik bila lelaki ikut kawan perempuannya pergi membeli-belah
kat tempat-tempat macam ni asalkan kami dapat merasa kehangatan Kuala Lumpur 
dan juga kemeriahan Jalan TAR serta kepuasan hati kami berjalan tanpa menyusahkan orang lain.

Misi utama mahu menemankan si Noona Anes ke Jalan TAR untuk membeli stok bekalan tudung zaman sekarang yang dipanggil 'shawl' ataupun selendang atau dalam bahasa kampungnya...tak nak lah sebut! Dengan bajet yang ada dan mengikut kemampuan untuk dibawa, maka dia pun membelilah dengan belahnya menawar harga dan membeli barang sampingan secara tak sengaja kan.


Cik Noona Manes yang berjaya mencapai impiannya untuk mendapatkan koleksi shawl
yang banyak untuk dijual di Shah Alam. Hasilnya, kawan-kawan serumah jugak yang beli.

Mula-mula wanita yang tengah-tengah je yang nak pergi tapi tiba-tiba mereka 
kanan kiri tu pulak nak ikut dan hasilnya, warna warni mereka memeriahkan lagi koleksi gambar ini

 Mengambil masa sebentar sambil menanti urusan jual beli yang berlaku di antara penjual 
dan juga pelanggan yang banyak songel. Kalau boleh nak murah lagi dan percuma 1 dozen!
 
Dalam perancangan ni memang nak pergi bertiga sahaja tapi memandangkan kawan-kawan serumah beliau sedang 'single' jadi mereka pun ikut sekali tanpa segan silu dan macam biasa mereka ni suka bersolek lebih dan bergaya lebih. Sebab, Lynda bawak SLR dia yang besar tu. Kesian Sony 14.1 MP aku kena duduk diam je dalam kereta. Aku mengharapkan mereka ni memakai busana/pakaian yang lebih cantik dan bergaya tapi alangkah sayangnya, mereka hanya biasa sahaja dengan mengenakan pakaian santai tapi sarat. Tapi akhirnya berjaya jugak mereka ni jadi cantik. Betul tak Lynda, Noona dan Nur Eyda? Sebenarnya korang dah cantik la masa tu..saja nak panaskan lagi entri ni. (^_^).


Cik Nur Eyda yang sentiasa senyum bahagia walaupun tak bahagia kot. Apa pun
beliau semakin berisi dan kekal cantik.

Inilah dia warna-warna yang buat kita rambang mata tak tau nak pilih yang mana satu pilihan hati. 

 Bila dah dapat masing-masing tersenyum gembira dan gigi tu nampak sedih sebab duit dah 
mengalir dengan derasnya mengalahkan Lamborghini yang selalu kat Lebuhraya PLUS tu.

 Encik Nirza DM @ Md Azrin yang seakan malu-malu tapi berani untuk tampil ke hadapan
dan lantang bersuara di dalam gelap.
 
Kami gerak agak lewat tapi masih boleh bergembira. Dah lama tak menyesakkan diri dengan keadaan KL yang smakin sesak dan cantik! Dulu pernah catat rekod berjalan dari hujung kat Maju Junction Mall sampailah Dataran Merdeka. Tapi masa tu berjalan sambil buat kerja jadi, tak berapa nak enjoy la lagipun masa tu jalan ikut kumpulan yang telah ditetapkan oleh pensyarah..hurmmm..


Mari kakak-kakak, mari abang-abang, mari tengok! Sekali goyang RM5, Empat kali 
goyang RM10. Pilihlah yang mana berkenan, pasti berpuas hati. Rupenya kerongsang 
yang gantung kat kepala tu haa, bak kata Anis BELUNCAS.

Rasanya memang menyeronokkan kalau pergi KL tempat-tempat macam ni sesekali dan bukan selalu sebab kita nampaklah perubahan dari segi orangnya, pemandangannya, rupa bentuknya dan macam-macam lagi lah. Tapi bagi aku istilah jemu tu aku buang sebab nak bergembira kan. Jadi, puaskan hati anda selagi anda mampu!


Menarik untuk dimiliki dan menarik untuk duit itu mengalir dengan bahagianya tanpa kita sedari. Jadi, berjaga-jagalah dengan tangan anda. Berhenti mengeluarkan duit bila tangan dah penuh dengan barang.

Terima kasih untuk Lynda sebab bawak kamera dia dan memberi peluang aku untuk pegang kamera dia (^_^). Memang dalam kepala ni nak beli kamera SLR tu tapi memandangkan sekarang ni kamera besar bukan salah satu gajet yang amat penting dan bajet untuk benda tu pun tak ada, jadi kena lah lupakan sementara hajat suci itu dan sekarang ni beli yang digital sahaja tapi meletup! 14.1 MP. setakat ni alhamdulillah berpuas hati dengan apa yang ada. Tak apa lah, kalau ada duit pun, buat untuk majlis perkahwinan yang diidam-idamkan nanti, insyaallah jika Tuhan pertemukan jodoh yang sempurna.. (^_^)

Mengambil masa bergembira seketika di Dataran Merdeka bagi merealisasikan
impian masing-masing untuk meng'over'kan diri masing-masing yang dengan penuh 
yakinnya merasakan diri mereka cantik/bergaya (^_^)

Cadangan daripada Cik Nur Eyda supaya bergambar di sini sebab 
pencahayaan yang baik dan sesuai untuk aku yang tak berapa nak putih ni

Berbalik kepada agenda Kuala Lumpur. Fungsi kamera, meng'snap' benda-benda yang dikatakan cantik, unik dan dapat meninggalkan kenangan. Dan bila dah ada kat tangan aku, memang nasib la korang. Gambar aku paling sedikit dan mereka la yang paling banyak gambar. Bukan nak kecil hati tapi bila tengah syok tangkap gambar diorang ni banyak kali, rasanya tak perlu la ada gambar aku TAPI bila dah balik tengok balik gambar-gambar tu Ya Allah menyesalnya tak tangkap sama-sama tadi tapi tak apa asalkan aku berpuas hati dengan apa yang aku dapat hari ini.

Mereka ni mengambil masa yang agak lama untuk berunding dengan pihak peniaga 
kerana peniaga tersebut telah menawarkan pelbagai pilihan shawl yang baru dan corak
yang menarik dan tersendiri.

Menunggu sesi berurus niaga dengan penuh kesabaran dan masa terluang tersebut
digunakan untuk mengumpat, bersembang, berkata-kata, berhibur dan juga bermain dengan kamera.


Sebelum balik tu sempat lagi singgah kejap di Dataran Merdeka yang sungguh luas pemandangan dikelilingi bangunan pencakar langit yang tak dapat dicakar-cakar lagi. Kalau boleh nak melompat-lompat kat tengah padang tapi memandangkan Jalan Raja Chulan ditutup dan padang tu juga digunakan untuk menyiapkan pentas jadi kami bermain-main di kawasan bendera besar je la. 


Apa pun dapat tangkap jugak gambar-gambar yang menarik dan cantik sebab orang semua dalam gambar tu cantik, elok dan bergaya.. Cerita berdasarkan gambar.

Duta bunga ros secara tiba-tiba sebab lori tu lalu sebelah kami dan 
kontrak beliau telah tamat dengan serta merta apabila lori itu meninggalkan kami. 
Tapi tahniah Lynda, anda begitu yakin dan berani mencuba!

Masuk dalam SOGO, macam-macam ada, dah la tengah SALE, tapi alhamdulillah 
aku masih boleh bertahan dengan tak beli apa-apa pun. Pelik jugak rasanya.

Kali ni dapat cuba baju jetapi best jugak sebab dapat rasa bau kedai lagi baju tu walaupun tak beli. 
Sebenarnya tolong Cik Noona Manes nak beli baju untuk lelaki kesayangan beliau. Jadi, 
badan aku ni lebih kurang dengan badan die dan akulah kena cuba baju-baju yang dipilih.

SOGO gedung pilihan kami untuk bergambar sahaja.

Anis kata: yang lelaki pun dah pandai buat memek muka comel (^_^)

Sebenarnya suka gambar ni sebab bila manusi digabungkan dengan bangunan
terjadilah satu landskap yang unik dan memuaskan hati jurukamera (aku la tu)

Berjalan meneruskan aktiviti yang perlu dihabiskan sebelum pulang dengan penatnya

Macam nak terbang pulak mereka ni.

Mad! merekani dah berpunya dan kamu pun dan dipunyai. Jadi jagalah tangan 
tu ye jangan sampai terkena mana-mana bahagian mereka

Menuju kejayaan mungkin semudah menaiki tangga ini

inilah dia limousin kesayang tuannya dan kegemaran saya untuk menaikinya sebab saya
sentiasa duduk di sebelah dan orang lain memandu. Sebab saya tak reti bawak kereta lagi. 
Apa pun terima kasih kerana tak berkira ye Noona Anes. Lepas ni boleh la pergi Zoo Negara
naik limousin awak yang tak berapa nak panjang ni (^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean