header

header
hairie

Adat Pijak Bumi

| Saturday, 1 January 2011

Kali pertama aku dengar mengenai adat kuno ini dan sekarang tidak ramai yang melakukannya lagi. Adat ini bertujuan supaya bayi yang belum boleh berjalan dapat berjalan dengan segera. Anak buah aku ni belum pandai berjalan lagi jadi dia la mangsa kena mandi bunga! Semuanya dibuat di rumah mertua abang aku di Parit Raja di mana masyarakat di sini kebanyakannya masih mengamalkan adat-adat yang dah kurang dibuat orang zaman sekarang.




Untuk adat pijak bumi ini, bayi tersebut perlu mandi bunga iaitu air yang mengandungi 7 jenis bunga. Dan di dalam air tersebut diletakkan duit syiling untuk ditabur kepada kanak-kanak lain. Mandi seperti biasa kemudian bayi tersebut perlu didirikan di atas tanah seketika supaya dapat merasa pijakan tanah dan simbolik kepada adat pijak bumi tersebut. Selepas siap mandi bunga, bayi tersebut perlu dipakaikan dengan pakaian yang cantik-cantik.



Kalau ikut cerita zaman dahulu, bayi perempuan la yang paling meriah. Mereka dibawa ke kedai untuk membeli pakaian baru yang cantik, dipakaikan gelang dan anting-anting dan juga kasut baru.




Kemudian, duit syiling di dalam air tadi perlu ditabur kepada kanak-kanak lain sebagai aktiviti penutup majlis yang ringkas itu.



Ini hanyalah adat tradisi masyarakat melayu jawa yang masih diamalkan dan perlu dikekalkan supaya generasi muda dapat merasai pengalaman ini. Adat ini hanyalah memeriahkan lagi masyarakat melayu kita yang pelbagai dan bukannya membelakangkan agama Islam.

2 Readers:

{ mr.F } at: 1 January 2011 at 18:33 said...

anak buah kau kalau dh besar,
tgok post ni mesti malu besar.

{ HAIRIEcerulean } at: 1 January 2011 at 18:34 said...

hahha...aku xkn bg tgk .hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean