header

header
hairie

Anda keseorangan, orang keliling anda sedang bercinta

| Friday, 21 January 2011
Tajuk entri kali ini macam patah hati bunyinya kan. Tapi tak ada apa-apa la, hanya nak meluahkan apa yang selalu aku lihat, perhati, hayati, cerita, simpan dalam hati ni ha. Aku mengaku yang sekarang ni aku masih lagi belum mempunyai teman wanita, yang hanya adalah teman-teman rapat yang sekepala dengan aku. Sesuai untuk mengumpat, berjalan sakan dan macam-macam lagi. 

Kawan-kawan aku masing-masing dah ada teman lelaki. Ada yang sejak dari zaman sekolah rendah, zaman kanak-kanak main kahwin-kahwin, zaman sekolah menengah sampai gaduh-gaduh berebut cinta, zaman Diploma yang macam-macam bentuk cintya terhasil (program LDK terutamanya) dan zaman cinta terbaru zaman  Ijazah@Degree. Ada yang kekal, tahan lama tak berkarat, ada yang berganti-ganti macam lari 4x400 bawak baton, dan ada yang baru berputik melalui FACEBOOK..

Ada yang kekasihnya berdekatan antara satu sama lain, jumpa pun dekat fakulti atau kat rumah sewa dan hari-hari boleh makan sama-sama. Tinggalkan yang lain, yang penting kita dua saja. Selagi ada waktu bersama, kita bersama. Besok dah kahwin lain cerita. Itulah sekerat kata-kata yang mungkin tak terkeluar dari mulut pasanagn tersebut tapi orang lain akan kata. Ye la, orang tengah hangat bercinta, mana nak pandang yang lain. Sampaikan ada kawan-kawan terdekat kata "asyik berkepit je ke mana-mana! nak makan dengan kitorang pun langsung tak ada masa. Kat kelas jumpa dah depan-depan, mesej lagi, tak cukup dengan mesej, chat kat FACEBOOK. Tak cukup lagi 3G (kalau ada la). Sekarang ni ada lagi SKYPE. Hambik ko!. Tapi tak semua orang macam tu, ada yang okay dan mengambil berat dengan persekitarannya (kawan-kawan). Kepada sesiapa yang tiba-tiba terasa, jangan ambil hati tau. Ini pandangan aku sendiri berdasarkan kajian selama hampir 17 tahun belajar. Lama jugak.

Lagi satu juga yang bercinta jarak dekat, maksudnya sama universiti tapi fakulti lain-lain ataupun dalam kawasan yang sama ataupun mana-mana la yang dekat. Yang ni best. Luar waktu pembelajaran je boleh jumpa. Tak la selalu bermesej-mesej, asyik telefon je. Ada la orang-orang keliling aku. Paling best jelis gf/bf yang tak kisah sangat. Yang ni baru la boleh jadikan sama kepala.

Yang paling kesian cinta jarak jauh. Kesian hari-hari menanggung rindu. Macam-macam cara dilepaskan antaranya 3G dalam tandas, Video call, SMS tiap-tiap hari & tiap masa dan FACEBOOK lagi. Teknologi memang menghubungkan kita la. Ada la 2 orang keliling aku ni yangkekasih hatinya sedang berjauhan. Ohh sungguh romantik. Setiap malam asyik telefon bergayut sahaja kat bawah bantal tak mahu bagi orang lain dengar. Tapi dah jadi pemandangan biasa dah benda-benda ni. Tak jadi masalah. Kalau semester lepas beliau ni banyak bergayut dalam tandas rumah (Sempit) . Rasanya 3G kot tapi tak apa la, Hilang lah rindu kan. Tapi itulah, walaupun berjauhan cinta mereka tetap berkekalan sampai sekarang.. Alhamdulillah

Ada lagi seorang. Mula-mula memang bersama kat kawasan ni juga jadi hari-hari boleh jumpa. Tapi sekarang cinta mereka dipisahkan oleh angin semenanjung yang sangat sejuk. Betul ke? Dah kena tinggal ni. Tapi masih berhubungan lagi. Tapi kan aku dengar-dengar masa nak berpisah (masa nak berlepas), menangis bukan main. Sedih kot kena tinggal orang yang tersayang. Selalu bersama tapi kali ni kena berjauhan. Rasa macam kejutan budaya. Tapi alhamdulillah semuanya okay tak ada apa-apa. Yang bestnya, yang kena tinggal ni dibenarkan untuk keluar dengan siapa-siapa sahaja asalkan kenal dan tahu jaga batasnya. Begitu setianya cinta mereka.

Dan macam-macam lagi la adat orang bercinta ni. Berpisah bertemu kembali, berpisah selamanya, berpisah dengan penuh tragis dan berakhir dengan dunia baru yang penuh dengan bunga-bunga cinta yang belum tentu berbunga mekar selamanya kan. Jahat ko kery! jaga statement ko! ini tempat awam! Tapi itulah pengalaman aku.

KENAPA AKU TAK ADA TEMAN WANITA?banyak orang tanya aku benda-benda ni dan selalunya aku jawab dengan jujur tapi aday nag tak percaya. Terpulanglah. Aku tak kisah orang nak kata apa, yang penting sekarang ni aku tak pernah lagi melaga-lagakan orang yang sednag bercinta ataupun kacau rumah tangga orang lain. Mak aku tak suka! 

Dalam kepala aku kan, kalau bercinta masa belajar ni kan, agak menyusahkan. Nak kena jaga hati dia, takut nanti kalau tak dilayan kecil hatinya pula. Lagi satu, biasanya kalau berpasangan ni kena la saling belanja membelanja barulah mesra namanya. Memandangkan aku ni boros dan selalu duit aku ni habis kat aku sendiri sahaja jadinya susah lan nak jaga awek. Dan bila tak ada awek sekarang ni rasa bebas boleh kawan dengan siapa-siapa yang kita suka. Tak kisahlah apa orang nak kata. Tapi dalam minda aku dah set bila dah kerja nanti dan dah stabil dan betul-betul bersedia barulah serius dalam benda-benda ni. Sekarang ni wanita macam-macam tau. HANTARAN tu penting. Sekarang dah main 5 angka beb! 4 angka tu pun kalau pihak keluarga perempuan sudi. ITulah yang aku fikir sekarang ni. 

Saya berhenti di sini, siapa terasa saya mintak maaf dan saya maafkan kamu. Hanya sekadar berkongsi pengalaman. Nama pun blog kan (^_^)

10 Readers:

{ Lady Leaya } at: 21 January 2011 at 22:36 said...

cam aku je..terasa tau!huhu.sian kau xde makwe.xpela..de jodoh de la t.chyaok.:)

{ Putera Katak } at: 21 January 2011 at 22:53 said...

=) its ok buddy..
saya kan ada...hehehe...
:p
hurm...nice post here.. ;) i loike!
serius je bunyinya...but takde maksud laen...
sbb tu best bila kdg2 serius...
;) anyway.goddluck!pizza!

{ hairie } at: 21 January 2011 at 23:48 said...

alia: mule2 nk wt mcm public pnye statement..tp kalau trkena tu sory la..tgn ni dh lau sgt..hahaha

ben: ko ade?ape ko bleh bg kt aku?haha

{ CikHanis } at: 22 January 2011 at 04:05 said...

agagaggagaggagagaggaga.
kate ak la tu!
hehe

{ miss lynda } at: 24 January 2011 at 16:32 said...

haha..aku terasa bab nanges2 bl si die berlepas tuh..haha

{ hairie } at: 24 January 2011 at 20:33 said...

eh lynda! knape ko...aku x tujjukn kt ko pn..hahahha

{ msi.my } at: 25 January 2011 at 13:45 said...

bercinta biar satu,berkawan biar beribu....okey??hehehhe..

jodoh pertemuan di tangan tuhan,,kerry.xde sape bole mengahalang..we we we =]

{ hairie } at: 25 January 2011 at 14:09 said...

sharooll...hahaha.....saya suke statement awak.. (^_^)

{ mesmerising_wan } at: 26 January 2011 at 17:54 said...

owooo.. penuh isi btol~
yang penting ko sentiase senyum selalu,, hu

{ hairie } at: 26 January 2011 at 21:22 said...

wahhh..cmtu la sentiasa wan...jd single ni best..ley ngata org..jahat x!haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean