header

header
hairie

Angin Selat di Tanjung Emas, Muar

| Sunday, 2 January 2011

Tanjung Emas memang popular di kalangan warga Johor dan juga penduduk sekitar Muar sendiri. Ia terletak di muara Sungai Muar yang cantik dipandang. Kedudukan bandar Muar ini mengingatkan suasana di bandar metropolitan Hong Kong. Dari seberang sini, kita boleh melihat pemandangan bandar di sebelah sana yang dihubungkan dengan jambatan. 




Memang menarik jika ada bot-bot tradisional yang menyusuri Sungai Muar tersebut. Tetapi mungkin memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi dan juga kurang menarik perhatian pelancong asing. Mungkin sebab kedudukan Tanjung Emas ini terletak jauh daripada pusat pelancongan lain. Agak sukar untuk dibuat tapi insyaallah boleh. Kalau nak mengharapkan pelancong tempatan mungkin sukar jugak sebab mereka dah biasa dengan kawasan mereka sendiri yang menyajikan pemandangan yang lebih kurang di kawasan mereka.



Kebetulan hari tu kami makan di sebuah tempat di kawasan Kelab Marina mengadap laut terbuka. Subhanallah! Memang bahagia makan masa tu. walaupun kawasan pantai dikelilingi batu-batu besar bagi mengelakkan hakisan, tetapi dengan angin laut yang sejuk dan juga rimbunan pokok kelapa dan juga pokok besar lain menghasilkan suasana yang sejuk dan nyaman. 



Konsep tempat makan tersebut yang terbuka dan semulajadi memang mengasyikkan. Tengahari pun tak rasa panas. Kalaulah bandar Batu Pahat di tepi laut iaitu di kawasan Minyak Beku memang cantik pemandangannya. Kalau bandar Muar di Muara sungai, Batu Pahat kita buat la di tepi laut (Selat Melaka). 




Tetapi sejarah telah menetapkan yang bandar Batu Pahat terletak di tempat sekarang ni. Apa pun, saya berbangga memiliki Batu Pahat yang semakin maju dan mempunyai mercu tanda yang tersendiri.



0 Readers:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean