header

header
hairie

Anugerah Juara Lagu 25 dari persepsi diri

| Wednesday, 12 January 2011
Malam isnin lalu 9 Januari 2011 merupakan malam yang ditunggu-tunggi bagi peminat seni tanah air dan juga penggiat seni Malaysia. Malam Anugerah Juara Lagu 25 inilah bakal menaikkan nama-nama baru dalam industri muzik ini sama ada penyanyi, penulis lirik dan juga komposer. Keputusan sudah diketahui dan mungkin ramai yang tidak berpuas hati dengan pilihan juri. 


Ini adalah pandangan perspektif dari diri aku sendiri mengenai Anugerah Juara Lagu edisi 25 tersebut. Mula-mula macam bosan sedikit sebab persembahan pembukaan tidak terlalu rancak dan agak 'lembut' sedikit. Bukan nak memperkecilkan kebolehan dan kehebatan pemenang terdahulu, Francisca Peter, Nash dan juga M. Nasir. Diorang ni ada nama dan pengaruh yang tersendiri. Macam pembukaan AJL 24 tahun lepas nampak gah! dengan muzik yang berjaya menaikkan semangat dan bulu roma penonton dan juga kelantangan vokal artis. Lagu Pada Syurga Di Wajahmu nyanyian Nash malam tu memang best dengan suara rock keras yang beliau buat. Teringat masa zaman beliau dengan Lefthanded dulu. Itulah suara dia yang sebenar. 


Sekarang mengenai persembahan peserta pula. Yuna! nama yang semakin naik hari ini. Dengan gaun unik warna jingga dan cara penyampaian lagu tersebut membuat aku terbuai dengan rentak lagu beliau. Nampaknya walaupun duduk, beliau berjaya menyampaikan lagu tersebut dengan baik dan hebatlah!

Persembahan Tomok pula malam tu memang meyakinkan. Walaupun tak menang apa-apa, oersembahan beliau tetap aku suka. Bak kata budak rumah, ala-ala Michael Jackson tapi memang unik dan aku tertarik dengan jaket biru yang dia pakai. Rasa nak pinjam je. Apa pun susunan muzik dan lagu untuk malam tu memang best. Walaupun aku tak hebat dalam bidang seni muzik ni tapi aku rasa kalau penonton boleh 'serap' apa yang lagu tu sampaikan maknanya lagu tu hebat la. kan!

Shahir pulak, macam ada yang tak kena  tapi tak tahu la kalau dia sengaja memang tak nyanyi bahagian tu. Macam dia ada tertinggal lirik ataupun terlupa. Pentas tu luas dan dia gunakan dengan sebaiknya walaupun berdua je kat atas pentas. Yang penting Nasha Aziz pun ada dan ada yang kata NAsha tak perlu ada untuk menyampaikan puisi tersebut. Ape pun babak yang kena lempang tu memang menyentapkan kami yang menonton ni. Berjaya!

Aksi tukar baju ala-ala 'magic' gitu. Siapa dia?Ana Rafali dan juga Hafiz tapi yang jugak la naik pentas kan. Mula-mula macam bosan sebab artis buat persembahan yang lebih kurang. DRAMA katanya. Lagi satu aksi tembak menembak A.P.I dan juga Hafiz. Tapi A.P.I buat masa penghabisan lagu, Hafiz pulak masa tengah-tengah lagu. Hafiz mengambil masa terlalu lama untuk hidup kembali selepas mati terlalu lama jadi macam tak best la jadinya.


Adira sampai dah tak nampak biji mata dah sebab teknik solekan yang kurang menjadi. Nak jadi macam orang Korea agaknya sampai sepet gile mata. Drama King tetap hebat dan menjadi pilihan untuk menjadi pemenang. 




Persembahan Faizal Tahir lagu Selamat Malam membuatkan aku senyum sorang-sorang bila tengok balik kat YouTube. Sungguh sayu dan orang kata macam terlebih 'feeling'. Satu persembahan sebuah keluarga yang sungguh ringkas tetapi meninggalkan kesan dalam diri penonton. Mungkin itu yang ingin disampaikan dalam lagu tersebut supaya mengasihi antara satu sama lain.


Persembahan Hanyut pula menampakkan kematangan Faizal Tahir dalam menarik perhatian penonton dan juga menjadikan sebuah persembahan yang akan diingati selamanya insyaallah. Berani woo masuk dalam air. Tapi sebenarnya air tu mungkin dah rakam awal-awal dulu kemudian masa secara langsung, simbah air kat badan je kot. Tapi itulah yang terbaik untuk malam tu. 


Lagu lain, Sofea Jane memberikan kesan yang tersendiri dengan vokal Black yang hebat walaupun tak menang malam tu. Mencari Konklusi daripada Hujan sebagai penutup persembahan artis yang bertanding malam tersebut. Bunkface dengan Extravaganza masih sama dengan identitinya dan stacy pula kali ni kurang menari sambil menyanyi. Tapi tetap unik dengan ala-ala samurainya. Kombinasi warna Pink dan hitam sangat cantik.


Persembahan penutup dari 3 artis wanita paling hebat!Tak tau nak kata apa tapi memang hebat. Korang cerita la sendiri malas dah nak cerita lagi. Apa pun, keputusan memihak kepada pilihan juri yang lagi arif dengan bidang seni muzik ini. Mereka yang tentukan, kita yang menonton ni hanyalah dapat meberikan keputusa tak rasmi yang belum tentu betul .. 

6 Readers:

{ Dila Bahaudin } at: 12 January 2011 at 19:15 said...

rase nyer ajl kali nie x bape nak best.. yg dlu2 pnye gak yg best.. btul x?

{ HAIRIEcerulean } at: 12 January 2011 at 21:50 said...

btol tp persembahan pnutup tu yg best...

{ muhammadafiq:) } at: 13 January 2011 at 00:29 said...

penutup best ! ! ! ! ! * siti je best ! HAHAHA
walaupun dia tgh sakit,tapi tetap best ! ! !

{ HAIRIEcerulean } at: 13 January 2011 at 09:38 said...

eh..memg la siti best!

{ Lady Leaya } at: 23 January 2011 at 14:08 said...

ajl y lepas lagi meriah..huhu

{ hairie } at: 23 January 2011 at 15:10 said...

yes alia..btol tu..thun ni mcm ade part2 yg xde suare org jerit...mcm lmbt ckit prgerakan event tu..aku rase pelik jgk..he

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean