header

header
hairie

Apa Di Dalam Backpack/Handbag Anda?

| Thursday, 20 January 2011
Sejak jadi ahli dalam Sahabat Blogger macam-macam benda aku dapat dan antaranya inilah. Saja je nak kongsi pengalaman & pendapat mengenai barang yang kita bawa semasa berjalan atau ke mana-mana sahaja. Pemilik blog The Garang ini yang jemput pembaca blog beliau untuk sertai sekali aktiviti ni.

apa yang ada dalam beg aku? Kali ini aku nak kongsi apa yang aku bawa sepanjang semester ni iaitu semester Latihan Praktikal di sebuah syarikat swasta di TTDI Jaya Shah Alam. 


Inilah barang-barang yang selalu aku bawa pergi kerja dan ke mana-mana sahaja:
1) Telefon bimbit Sony Ericsson C510: koleksi terbaru walaupun dah hampir setahun. Telefon inilah yang selalu digunakan untuk SMS kawan-kawan dan pensyarah selain daripada telefon rasmi semasa belajar sebab telefon ni guna nombor Celcom U.O.X yang menawarkan kadar SMS/panggilan yang murah. Dan dengan telefon inilah saya boleh tangkap gambar sepanjang ia bersama saya dan menjadi koleksi terbanyak dalam laptop saya.

2) Telefon bimbit Nokia 6020 edisi Orange: sebelum masuk universiti masa diploma dulu dah beli sendiri dengan mengumpulkan duit simpanan dan juga upah yang ayah bagi masa tolong angkat kelapa sawit. Yang ni untuk kegunaan ahli keluarga sebab nombor Maxis ni semua ahli kerabat keluarga ada simpan nombor aku. Jadi senang la nak buat panggilan kalau ada apa-apa. 

3) Dompet Nike: Beli dekat Uptown Shah Alam sahaja tapi aku rasa lama jugak aku pakai dompet ni. Tak nampak tanda-tanda nak koyak atau rosak. Sebelum ni kalau pakai tak la tahan lama sangat. Dalam dompet ni macam-macam ada, kad pengenalan, lesen memandu motosikal (kereta tak ada lagi), kad Bank Islam & BSN, kad CIDB dan juga kad perniagaan Fadhli Ismail. Yang penting, duit mesti ada. Kalau nak balik kampung mesti ada RM50 paling kurang. Takut jadi apa-apa nanti.

4) Pendrive Kingstone 4GB: Sesuai untuk menyedut data-data dari mana-mana PC/laptop dan juga sebagai salah satu kaedah untuk menghantar maklumat ke medium lain. Nak cetak apa-apa ke kan senang kalau ada pendrive.


5) Jam tangan Polo Club paling murah. Dah berapa kali tah tukar bateri tapi alhamdulillah masih boleh bertahan smapai sekarang. ORIGINAL beb! walaupun RM30 lebih sahaja sebab ada promosi gila-gila kat Jusco Bukit Raja. Kalau tak ada jam kat tangan ni kan macam kosong je tangan ni. 

6) Cermin mata: Baru je buat hujung tahun 2010 itu pun sebab ayah tawarkan nak buat. Jadi, apa lagi aku pun on je la. Aku ni bukannya rabun dahsyat cuma silau dengan rabun jauh tapi masih boleh melihat dengan jelas lagi. Bila waktu malam je mata ni kalau bawak motosikal dan mengadap lampu-lampu kereta yang besar-besar memang agak sakit. Itulah, kena bawak hari-hari. Mak kata kena pakai selalu barulah mata boleh baik. (^_^)


7) Kunci Motor & Kunci Rumah Sewa: Selalunya memang bawa dua set kunci ini. Alhamdulillah setakat ni tak pernah tertinggal lagi dan tak pernah hilang. Kalau ada kunci sendiri boleh la masuk rumah suka hati bila-bila tanpa ganggu kawan-kawan lain yang dah tidur. 


8) Buku Nota: Untuk menulis segala apa yang perlu sepanjang praktikal, catatan semasa mesyuarat, peringatan penting dan untuk conteng-conteng.


9) Kamera Digital Sony Cyber-shot DSC-W350: koleksi terbaru untuk tahun baru 2011 berharga RM550 sahaja dengan kapasiti 4GB kad memori dan 14.1 Megapiksel menghampiri saiz untuk DSLR (kamera impian). Tujuan, pantang ada tempat menarik mesti ambil masa seketika untuk bergambar. Mana-mana tempat pun boleh la. Pusat membeli-belah, tasik, pejabat, tapak dan lain-lain. Tujuan utama adalah untuk mengambil gambar semasa lawatan/kerja-kerja di tapak. 


10) Kabel USB: apa benda ni?tujuannya adalah untuk memindahkan data (imej) dari telefon bimbit ke PC/laptop.Yang ini adalah sebagai kecemasan di mana, kalaulah kamera digital  Sony tu kehabisan bateri atau  mengalami masalah, kamera telefon ini je la yang sesiau dan mudah. Kalau bos nak gambar cepat, terus je pindah ke dalam laptop dan kemudian masuk dalam Powerpoint dan bagi kat bos la. 


11) Komputer Riba ASUS K50AD Series: yang ini menggantikan COMPAQ Presario V5000 yang dah aku tamatkan penggunaannya sekitar awal 2010 atas sebab-sebab tertentu tapi bukan dibuang, aku bagi abang aku guna untuk main internet atau taip la apa-apa. ASUS ni kena bawa hari-hari ke pejabat untuk buat kerja dan lain-lain lagi sebab kat pejabat tak ada PC untuk kami pelajar praktikal sebab rosak. Tapi tak apa la asalkan dapat pengalaman.

Itu untuk set yang selalui dibawa ke pejabat. Kalau nak berjalan dengan kawan-kawan atau keluarga, benda yang perlu dibawa adalah senarai nombor (1), (2), (3), (5), (6), (7) dan (9) sahaja. Cukuplah untuk orang lain telefon, tangkap gambar dan apa-apa aktiviti yang bersesuaian. Terima Kasih daripada Mohd Khairi

4 Readers:

{ eqbalzack } at: 20 January 2011 at 17:47 said...

lebih kurang la bro..mana pergi bw benda yg sama mcm dlm pic tu...

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 20 January 2011 at 17:59 said...

haha..btol2..tp aku xde la bwk perfume, haha,,kn cikgu,..

{ mesmerising_wan } at: 21 January 2011 at 01:21 said...

ni tiru aku la ni byk gamba!! haha

{ hairieCERULEAN } at: 21 January 2011 at 09:13 said...

eh..hahaha..bukn tiru tp trpngaruh jap..hjhaha..tp aku xde gmbo beg.kikiki

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean