header

header
hairie

Hari Pembukaan Dunia Baru 2011

| Monday, 3 January 2011
Sejak malam sebelum tibanya hari praktikal hati semakin berdebar-debar dan pagi selepas bangun pun semakin berdebar dan melangkah masuk pejabat pun lagi la debar. Nasib baik tak pengsan..

Hari ini tak jumpa bos besar. Hanya dapat berjumpa dan berkenalan serta bergurau senda dengan staf yang hanya 2 orang di mana mereka ni merupakan bekas senior kami semasa di Perak dan juga Shah Alam. Aku kenal yang sorang ni tapi yang lagi sorang memang aku tak pernah nampak. Diorang ni kenal Anis je. Mungkin aku ni low profile kot..haha

Hari ini melangkah ke pejabat dengan keyakinan walaupun berdebar je lebih. Apa pun tak dapat jumpa bos hari ni sebab mungkin ada hal lain kat luar. Pagi tadi tolong Kak Yan cari imej pokok untuk BQ bagi projek SK Convent Kemaman. Mungkin buat taman herba kot sebab daripada senarai pokok tu semuanya tanaman tradisional masyarakat kita.

Aktiviti selepas waktu tengahari semakin membosankan. Akibat tak ada kerja, kami buat hal sendiri. Untuk melindungi aktiviti sampingan (facebook) konon-konon la cari info tapak nak buat untuk semester 08 nanti. Setelah sekian lama bosan, jam 6pm baru gerak balik. Apa lagi menyinggah la ke Giant jap melihat-lihat apa yang patut. 

Sekarang ni menanti esok hari. Apa yang akan berlaku agaknya. 

3 Readers:

{ i.r.k.u.y.s } at: 5 January 2011 at 22:37 said...

ko praktikal ktner?

{ hairie } at: 6 January 2011 at 09:22 said...

Shapakat COnsultant kt TTDI Jaya...

{ salleh } at: 21 July 2011 at 22:49 said...

praktikal kerje die sme dngan blaja k...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean