header

header
hairie

Pembentangan Projek Akhir LAR 616 : Cultural Landscape Studies

| Saturday, 1 January 2011

Tarikh: 12-14 November 2010
Lokasi: Bilik Kuliah D505
Masa: 8.30 Pagi Hingga 5.00 Petang
Subjek: LAR 616 Kajian Landskap Budaya
Jam Kredit: 5


Hari Pertama:
Kumpulan Kampung Linau Kecil, Batu Pahat
Kumpulan Kampung Separap, Batu Pahat
Kumpulan Kampung Harmoni Belimbing Dalam, Durian Tunggal

 Kumpulan Kampung Linau Kecil

Kumpulan Kampung Separap (kurang seorang ahli)

Kumpulan Kampung Belimbing Dalam

Hari Kedua:
Kumpulan Kampung Kundang, Kuala Langat
Kumpulan Kampung Parit 7 Baroh Sungai Leman, Sekinchan
Kumpulan Kampung Sesapan Batu Minangkabau, Hulu Langat

Kumpulan Kampung Kundang 

Kumpulan Kampung Parit 7 Baroh Sungai Leman

Kumpulan Kampung Sesapan Batu Minangkabau

Hari Ketiga:
Kumpulan Kampung Endah, Kuala Langat
Kumpulan Kampung Sungai Apong, Sabak Bernam
Kumpulan Kampung Pasir Salak, Pasir Salak

Kumpulan Kampung Endah

Kumpulan Kampung Sungai Apong


Untuk semester ini kami dikehendaki melakukan lawatak tapak sendiri dengan memilih kampung sendiri dengan bimbingan pensyarah. Pemilihan kampung berdasarkan kepada criteria-kriteria yang telah ditetapkan dan bukan kampung yang biasa. Kalau boleh kampung yang mempunyai aktiviti kebudayaan tradisional, mempunyai seni bina rumha yang unik, mempunyai tokoh dan juga saling melengkapi antara satu sama lain.






Setelah inventori dan analisis projek pertama kami selesai iaitu di Melaka barulah kerja-kerja projek akhir dimulakan dengan bismillah la! Buat kajian pasal semua kampung yang nak dipilih dan tanya pensyarah pendapat mereka. 





Setelah dibenarkan barulah boleh pergi tapak masing-masing dan mendapatkan maklumat dari pejabat-pejabat keajaan yang berkaitan seperti Pejabat Daerah dan Tanah, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, Majlis Daerah/Perbandaran, Pejabat RISDA, Jabatan Pertanian dan juga dari Ketua Kampung itu sendiri.





Kali ni masing-masing pergi tapak kajian semasa bulan puasa dan juga hari raya aidilfitri. Kalau bernasib baik dapatlah sertai aktiviti orang kampung yang biasa dibuat semasa bulan mulia tersebut dan memudahkan kami untuk mendapatkan/menangkap gambar-gambar aktiviti penduduk kampung tersebut. Baru la ‘hidup’ laporan yang kena buat nanti.





Dan projek akhir ini bukan sahaja kena buat inventori tetapi kena buat cadangan rekabentuk di kampung tersebut tanpamenghilangkan/melenyapkan nilai-nilai warisan tradisional kampung tersebut. Benda-benda yang perlu dipelihara perlulah dikekalkan dan yang perlu diperbaiki perlu dipastikan tidak mengubah identitinya sehingga tidak dapat dikenali.




Semasa pembentangan projek alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun keputusan yang diterima kurang berpuas hati dengan apa yang aku hasilkan. Tapi itu penilaian yang telah dibuat oleh orang yang lebih berpengalaman dan pakar dalam benda-benda berkaitan budaya ni. 




Dan dengan keputusan tersebut menunjukkan yang setakat itu sahaja ilmu yang aku belajar dan dapat sepanjang semester ini. Ahli kumpulan aku yang lain pun tidak la teruk sangat. Mereka semua okay. Keputusan kami semua lebih kurang sahaja.





Dalam kepala ni ingatkan nak buat ‘Cultural Study’ masa semester akhir nanti tapi sedang dalam pertimbangan setelah apa yang berlalu. Benda ni nampak mudah, tak perlu nak fikir susah-susah nak reka bentuk tapak dengan sungguh hebat! Tapi susah nak buat atas tapak nanti. Bagi aku apa yang beratnya buat ‘Culture’ ni adalah inventorinya yang terdiri daripada 11 elemen yang perlu dikaji setiap satu secara teliti dan mendalam. 




Maknanya perlu bekerja keras dekat sini la. Mungkin aku akan buat dan mungkin tidak. Jika tidak aku akan buat ‘Community Design’ iaitu kawasan perumahan. Kali terakhir dan kali pertama buat semasa semester 05 Diploma dulu. Harap-harap sepanjang semester ni sebelum semester 08 akan datang ilham/hidayah apa benda yang nak dibuat masa semester akhir nanti.

SEBELUM DAN SELEPAS















2 Readers:

{ Phat } at: 11 September 2011 at 21:55 said...

wah best tu..so amacam presentation tu??

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 12 September 2011 at 23:50 said...

Phat: alhmdulillah semuanya ok abg phat (^__^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean