header

header
hairie

Selepas Seminggu Bekerja & Berikutnya

| Tuesday, 11 January 2011
Permulaan latihan praktikal yang amat mendebarkan tetapi semakin lama semakin membiasakan diri dengan keadaan orang yang berkerja di bawah satu syarikat milik persendirian. Sekarang ni dah masuk minggu kedua praktikal dan segalanya berjalan dengan lancar.

Nak cerita minggu pertama dulu, hari pertama memang agak janggal sebab belum mesra lagi walaupun staf tu senior kitorang dulu. Dan peluang bermiain facebook terbuka luas tapi lama-lama bosan. Tengok jam menunggu jarum tu letak kat no 6 tepat untuk balik dengan gembira. Dan begitulah seterusnya menempuh hari-hari yang mendatang.


Hari Jumaat ditunggu dengan begitu teruja sebab dah rancang nak buat apa hujung minggu ni! dan habis je waktu kerja terus tengok wayang ngan Yanti, Zul, Shifa dan Md Azrin kat Bukit Raja. Inilah saat yang dinanti-nantikan. Terasa gembira sangat bila dah habis waktu bekerja. Kalau ikut Yanti memang tengok cerita yang banyak gelak je dan ternyata cerita Gulliver tu dari awal sampai akhir aku gelak secara ikhlas dan tak sengaja. Orang lain macam tak ada perasaan, sunyi je. 


Dan dengan tak semena kemana, kami terserempak dengan sepasang kuda yang sungguh padan kata Yanti. Tak mahu sebut nama siapa tapi ini hanyalah sekadar suka-suka dan menyokong apa yang terbaik mereka buat. Aku doakan kamu berdua bahagia walaupun aku tak pasti apa hubungan kamu berdua sebenarnya. Yang pasti, aku tak dibenarkan untuk meng'kecoh'kan keadaan. Biarlah semua orang tahu sendiri.

Hujung minggu bagi orang yang bekerja dalah sangat berharga. Itulah yang aku rasa di mana hujung minggu digunakan sepenuhnya untuk bersama ahli keluarga, berjalan-jalan dan merehatkan kepala yang penuh dengan garisan-garisan halus landskap! agaknya la.. 


Sabtu pertama kami berjalan-jalan dengan bahagianya bermula dengan tujuan hanya ke Digital Mall kemudian dengan tak sengajanya menyinggah kejap di Midvalley kemudian singgah pula di Sunway Pyramid dan penghujung siang tersebut berjimba seketika di Tesco Seksyen 13. Semua yang kami singgah ni mempunyai tujuan yang tersendiri bukan suka-suka ye.


Digital Mall : Upgrade RAM laptop dan yang berkaitan
Midvalley : Hal kamera digital Sony Md Azrin yang perlu dibawa ke sana
Sunway Pyramid : Membeli seluar dan baju yang murah dan pelbagai pilihan
Tesco : Beli kain Anis untuk perniagaan sampingan beliau dan membeli bantal cantik 

Lewat petang baru sampai rumah dengan bahagianya. Sebelah malam pula, mengagahkan diri menuju ke Uptown Shah Alam mencuci mata yang dah dikotori dengan benda yang bukan-bukan ni. Puas rasanya dapat berjalan!

Ahad? berjalan lagi ke pasar pagi stadium. Mencari sesuatu yang belum dibeli lagi tapi tak dapat. Yang penting aku dah lama tak pergi pasar pagi ni dan puas berpusing-pusing menyusahkan diri yang semakin susah. Katenye!


Hari Isnin kembali bekerja semula setelah bercuti. Dan semakin sibuk nampaknya syarikat kami ini. Bos Mesyuarat sana sini, lawat tapak dan banyak kerja lagi la. Dan minggu ni nampaknya dah kena buat kerja cepat. Apa pun macam tu la praktikal. Banyak kerja kena buat. Tapi setakat ni alhamdulillah segalanya masih lagi okay.


Sebenarnya kat sini nak cerita macam mana hujung minggu bagi orang yang bekerja sangat-sangat dihargai. Ye la, balik kerja jam 6 petang dan lepas isyak dalam jam 10 malam dah masuk tidur. Penatnya lain cerita la. Mana ada masa nak berjimba bersuka ria bersama kawan-kawan atau ahli keluarga. Menanti hujung minggu macam ni la baru boleh jalan. Nak balik kampung ke, bercuti ke, rehat ke ape ke semua boleh buat waktu macam ni je. Itulah apa yang aku rasa walaupun hanya sebagai 'practical student' tetapi pengalamannya memang cukup berharga. 



5 Readers:

{ miss lynda } at: 12 January 2011 at 19:31 said...

aku rasa nk lempang2 je korg..hahahhaha

{ HAIRIEcerulean } at: 12 January 2011 at 21:45 said...

knape lynda?ade yg x kena ke?

{ Putera Katak } at: 13 January 2011 at 00:02 said...

hehehe....sy pun rasa mcm nk lempang mereka ni...isk3...kenapa kah ye??? :p

{ HAIRIEcerulean } at: 13 January 2011 at 09:34 said...

knape en ben?ade benda xkena ke?saye dh wat ape yg encik suh buat

{ en_me } at: 18 January 2011 at 11:13 said...

meriahnyerr uoolss.. ihiks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean