header

header
hairie

Tahun Baru 2011 di Dataran Merdeka

| Thursday, 20 January 2011
Bangunan DBKL

Macam tu rupanya suasana malam tahun baru kat KL. Macam-macam orang aku jumpa, macam-macam perangai, bunyi pelbagai dan semualah yang mewujudkan kemeriahan malam itu. Men'jerumus'kan diri dalam golongan manusia yang suka keluar malam dan menyusahkan diri dengan bersesak-sesak.


Buat pertama kalinya aku sambut tahun baru di Dataran Merdeka dengan Md Azrin (merangkap kawan baik saya). Benda ni dah rancang masa cuti semester lagi dan akhirnya menjadi kenyataan. Yeahh!! Balik dari kampung Jumaat pagi 31 Disember 2010, malam lepas maghrib baru gerak pergi Dataran Merdeka. Dan bagi kami yang pertama kali untuk pergi ke sana menaiki motosikal berkuasa biasa sahaja, kemudahan papan tanda amat penting. Dari Seksyen 7 Shah Alam melalui Lebuhraya Persekutuan dan masuk ke jalan tah jalan apa tetapi dengan panduan papan tanda Pusat Bandaraya @ Dataran Merdeka. Itu sahaja yang paling mudah bagi yang pertama kali macam kami. Kalau anda tak jumpa papan tanda Dataran Merdeka cari la 'landmark' di sekelilingnya macam bangunan Dayabumi, DBKL, tak pun Pasar Seni dan paling jauh Puduraya.


Bila dah sampai Dataran ni kan sebenarnya dah boleh pergi mana-mana dengan jalan kaki sahaja. Tak percaya. Aku masa semester 06 diploma siap jalan dari hujung ke hujung dari Maju Junction Mall sampai la Perpustakaan Kuala Lumpur. Betapa jauhnya dengan panas yang sangat panas dan tak redup. Gigih kan.


Berbalik kepada cerita tahun baru tadi, sampai je terus cari parking motosikal. Syarat untuk parking? Cari yang ada polis ramai, dan juga parking bersama-sama motosikal lain yang banyak bagi mengelakkan risoko kecurian. Lagi satu, kena la pasang segala 'lock' yang ada. Dari tayar depan, 'brake disc', tongkat tengah dan juga rantai. Kalau ada tiang, boleh ikat sekali kan. Lagi la susah pencuri nak  angkut moto.


Dari jauh dah kedengaran bunyi muzik dari pentas utama. Bayangkan orang yang duduk dekat dengan speaker yang besar tu. Boleh pekak tahap gila ayam lah!. Tapi speaker tu la yang menggambarkan kemeriahan malam tu. Ramai jugak artis yang buat persembahan. Kak Ramlah, Mizz Nina dan lain-lain. 


Agak lama nak tunggu jam 12 malam. Sebelum tu apa lagi jalan-jalan keliling kota la. Tengok orang jual macam-macam. Sejak Malaysia menang Piala AFF ni banyak barang jenama bola pasukan Malaysia dijual. Dari jersi, mafla, trompet dan lain-lain la yang menarik dan macam-macam harga. Mahal dan murah jadi cari la yang murah. 


Aku rasa bahaya malam tu sebab aku dikelilingi oleh ramai orang yang pelbagai rupa, muka, perangai dan ciri fizikal. Orang kata 1Malaysia kan, nah ambik ko mat-mat indon pun ada sekali. Itu tak apa asalkan diorang tak buat kecoh dan bikin panas malam tu. Kalau diorang kacau orang Malaysia siap la. huru-hara la kat atas Jalan Raja Chulan tu. TRAGEDI! Tapi alhamdulillah semuanya okay tak ada apa yang berlaku. Cuma kena berhati-hati la, dompet letak kat poket depan, jaga harta semua. 


KESIAN masa duduk tunggu jam 12 tengah malam aku dok tengok orang sekeliling. Ada ibu mengandung, anak dara baju ketat, pasangan sedang bercinta, keluarga bawak anak kecil dan anak-anak muda yang nampak ganas. Ibu mengandung ni, tak boleh ke duduk rumah je. Malam tu bukannya masa yang sangat sesuai untuk kamu. Asap rokok, udara yang tak bagus untuk kandungan. Aku yang jadi risau takut jadi apa-apa nanti. Keluarga yang bawa anak keci jugak, mereka ni mendidik anak-anak mereka supaya keluar malam dan pulang sehingga lewat malam. Belum cukup umur dah didedahkan dengan benda-benda negatif yang dibuat oleh anak-anak muda lain secara tidak sengaja. Takut nanti bila dah besar jadi makin teruk pulak. Fikirkanlah.



Jam 12 tengah malam dinanti dengan penuh debaran. Tiba-tiba ruang udara bandaraya KL yang kelam dipenuhi dengan cahaya berwarna warni yang terpancut dari dasar tanah yang penuh dengan lautan manusia pelbagai rupa. Itulah kemuncak malam tersebut. 



Bila tengok bunga api ni rasa tenang je dengan mata terbeliak melihat kehebatan pelbagai pancaran bunga api dan juga bunyi letupan yang menaikkan bulu roma anda. Sungguh indah malam itu. Alhamdulillah sampai sekarang aku dapat merasa nikmat tahun 2011. Thank you Allah.

2 Readers:

{ Putera Katak } at: 20 January 2011 at 01:57 said...

seronoknya dieeeeeeee

{ hairie } at: 20 January 2011 at 08:43 said...

memg seronok/..gunakan masa yg trluang dgn aktvt yg brfaedah & dpt menimpa pengaolaman lebih yekk...knape ben?kamu ok ke x?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean