header

header
hairie

CONTEST SAYA:: SAYA DAN GADGET

| Tuesday, 22 February 2011

Assalamualaikum, hari ini aku nak sertai aktiviti blogger lain yang paling mudah dengan hanya letak gambar sekeping sahaja. Tapi aku suka tulis panjang-panjang. (^_^) Kali ini aku jadi peserta yang tak dijemput tapi tak kisahlah yang penting aku nak buat apa yang aku rasa betul dan aku suka. Bukannya blog orang lain pun, blog aku jugak.

Kali ni mengenai gadget yang anda ada dan tak kisahlah benda tu mahal ke murah ke yang penting gadget. Kalau siapa-siapa nak sertai silalah klik FARAAA HALIM

Okay inilah foto yang aku jadikan bagi memenuhi contest ini. Gadget aku kecil sahaja tapi aku sangat suka sebab senang nak bawak dan juga untuk merakamkan saat-saat terindah bersama kawan-kawan dan ahli keluarga (^_^). Kamera Digital biasa je yang aku ada. Model SONY dengan 14.1 MP. Setakat ni sahajalah, semoga berjaya untuk diri sendiri dan juga ahli-ahli blogger yang lain. 

SESI FOTOGRAFI 2 : Bersama LYNDA di Putrajaya

|

Selesai je makan tengahari di Seksyen 2 selepas sesi fotografi Anis, kami meneruskan perjalanan ke Putrajaya untuk sesi fotografi Lynda pula. Jam 4 petang perjanjiannya tapi kami lewat dalam 20 minit atas sebab-sebab tertentu. 


Lokasi : Sekitar Bangunan Perbadanan Putrajaya & Istana Kehakiman
Waktu : 4.30 petang hingga 9.00 malam
Jurugambar : Mohd Najib / Abg Ajib
Jurusolek : Puteri Mona Roziana
Tema : Gaya Moden Timur Tengah 


Sampai sahaja di kawasan berhadapan Perbadanan Putrajaya, aku diperkenalkan dengan seorang lagi jurufoto daripada Kementerian Pelancongan Malaysia iaitu Mohd Najib@Abg Ajib. Nampak mesra dan tak sombong. Itu yang aku suka, lagipun beliau ni orang kampung kami, asal dari Kluang. Apa pun, sampai sahaja, Lynda dah kena solek oleh kakak saudara beliau sendiri iaitu Kak Put dan juga pembantu beliau. Kami bertiga, menyimpang seketika, nak rehatkan minda dan sembahyang di Masjid Sultan Mizan. Subhanallah, sungguh tenang suasana di dalam masjid tersebut. 

Sebelum sesi fotografi mestilah kena solek bagi naik seri muka model ni. 
Jam 5.30 petang kami kembali ke tempat Lynda tadi, dan aktiviti solek menyolek belum selesai lagi. Biasalah, kalau benda-benda macam ni memang lama semata-mata nak dapatkan hasil yang terbaik. Yang penting aku suka! Aku meminta kebenaran untuk memegang kamera Lynda dan hasilnya, aku berjaya tangkap banyak gambar di sebalik tabir mereka sebab aku tak mahu kacau sangat kerja-kerja depan tabir. Cukuplah orang macam aku ni hanya untuk berjinak-jinak dahulu (^_^) 

Inilah Abg Ajib selaku jurufoto pada sesi petang tu. Beliau kini bekerja di Kementerian
Pelancongan Malaysia sebagai jurufoto di Unit Perhubungan Korporat. Nampak macam biasa je
orangnya. Tak kekedut ilmu. Siap nak bagi pinjam telehpoto dia yang panjang tu tapi aku
tolak sebab belum bersedia untuk menggunakannya (^_^)

Lihatlah gaya jurufoto yang tersendiri dan menghasilkan kualiti gambar yang hebat. Model tu 
dengan yakinnya berdiri di tengah-tengah kawasan lapang ini tanpa segan silu sebab nama pun 
dah model kan, buat apa nak malu. Apa pun, ramai yang melihat sesi fotografi ini dari
jauh dan dekat siap ada yang tangkap curi-curi lagi. 

Sebagai model yang cantik, perlulah ada sifat keyakinan yang tinggi dan memberikan kerjasama
dengan para jurufoto. Nanti kalau korang buat hal, jurufoto akan cop anda sebagai model tak 
ada disiplin. Gambar ini diambil di hadapan pintu masuk Istana Kehakiman. Aku ambil 
sekadar yang aku suka sahaja dan selebihnya biarlah jurufoto bertauliah 
yang menjalankan tugas penting!
Gambar yang ini hasil daripada jurufoto itu sendiri dan 'editing juga dilakukan oleh beliau.
Inilah yang dinamakan kepuasan apabila hasil yang keluar sangatlah cantik dan tersendiri. 
Sebenarnya aku suka latar belakang gambar ini. Pantulan awan pada cermin tersebut 
menjadikan gambar ini lebih eksklusif dan hebat. 
  
Putrajaya memang cantik dan sesuai untuk siapa-siapa nak bergambar kenangan tak kisahlah untuk pasangan yang baru berkahwin, gambar keluarga, kawan-kawan dan juga haiwan peliharaan. Kalau nak lagi hebat, anda cari la kawasan atau celah-celah bangunan yang nampak macam anda berada di luar negara. Kan best dapat pujian secara percuma & secara tak langsung orang yang tengok gambar itu akan cemburu sebab korang dah sampai luar negara. Kenapa tidak kan!

 Jurusolek, Kak Yong Putri dibantu oleh Kak Linda memperbetulkan set kepala Lynda yang 
jatuh. Baru je buat untuk sesi berjalan berangan pada cermin dah jatuh. Nampaknya kena 
kukuhkan lagi set kepala yang nampak sarat tapi cantik dan unik.

Inilah sesi yang pertama sekali. Biasanya kamera kalau lensa panjang ni akan tangkap 
bahagian dada ke atas atau pun fokus kepada muka model tersebut. Ini berdasarkan pemerhatian
aku la. Lensa kamera Lynda ni tak boleh zoom dari jauh sangat. Kalau nak gambar muka sahaja, 
kena la datang dekat tapi itu kerja jurufoto bukan aku & aku hanya untuk belajar
sedikit demi sedikit sahaja (^_^)

Nor dan Anis yang kepenatan setelah selesai sesi pagi tadi hanya setia untuk duduk di 
sofa yang empuk macam donut berperisa gula. Lagipun mereka ni kena jaga 
barang-barang make up untuk sesi petang ni.

Tak perlu tangkap dekat dengan muka model, dari jauh lebih 5 meter pun okay jugak.

Gaya seorang model yang penuh keyakinan (^_^) Lynda ni pelik tau! masa aku nak tangkap
gambar dia semua gaya die tak cantik & buruk. Tapi bila jurugambar rasmi tu suruh, 
hambik ko! bukan main manja lagi tau!haha..

Aku tak pasti dengan gambar ni sebenarnya. Jika anda lihat kain merah jambu yang melayang itu, perlu ke nak ambik sampai hujung kain tu ataupun sekerat macam gambar di atas sahaja?kalau aku aku suka sekerat macam ni, jadi hujung kain yang melayang tak kemas tu tak nampak la sangat (^_^)

Gambar yang ini aku suka senyuman Lynda. Selalunya memang liat nak tunjuk gigi. Bak kata Abg Ajib tu, jangan kedekut! padan muka kau Lynda kena sentap dengan jurugambar kau sendiri.. (^_^)  Yang ini aku ambil kesempatan sekejap sementara yang lain sedang berbincang. Aku suruh la Lynda berangan sekejap. Dan menjadi jugak kot!

Fungsi Kak Yong, sedang memegang flash kamera bagi mengelakkan bayang-bayang gelap yang terhasil akibat pantulan cahaya matahari. Itulah sebenarnya dunai fotografi, macam-macam benda pelik yang dibuat tapi hasilnya HEBAT beb!


Sebelah malam selepas maghrib sesi disambung lagi dengan suasana gelap-gelap romantik tak berapa nak terang. Waktu malam aku tak berapa pandai untuk dapat sudut yang cantik, jelas dan terang tanpa menggunakan flash. Sebab, bila guna flash, secara automatiknya gambar akan gelap di bahagian belakang subjek tapi akhirnya aku berjaya mendapatkan gambar yang aku suka (gambar sebenar waktu malam mengikut suasana) setelah berkali-kali menggodam kamera Lynda ni. Main ISO, aparture 1/20 dan pakai Manual.

Inilah muka-muka yang setia bersama jurufoto-jurufoto yang hebat dan juga tak kedekut ilmu. Masing-masing penat tapi kurang jelas kepenatan kami sebab masing-masing dapat pengalaman berharga walaupun baru sehari bersama. betul tak awan-kawan. Jadikan sesi hari ini sesi paling best dan menbuatkan anda rasa untuk jadi jurugambar profesional (amboi! besar hajat kau!)

Walaupun gambar ni gelap, tapi aku suka sebab menunjukkan suasana malam yang sebenar di tempat itu. Tapi secara profesionalnya, tak sesuai untuk dijadikan gambar rasmi ataupun untuk dijual sebab aku rasa kalau tunjuk kat jurugambar ni, mesti kena hentam dush! dush!.. 

Fungsi speedlight yang mudah. Kamera dari sebelah kanan manakala speedlight di 
sebelah kiri. Jadi gambar akan jelas sepenuhnya tanpa bayang-bayang cacat.


Semakin gelap hari, semakin ramai orang yang berkunjung ke kawasan kami ini. Maklumlah ada padang dan cahaya lampu. Keluarga boleh bawak anak-anak main lari-lari, yang kawan-kawan boleh ambil gambar syok sendiri, yang jurugambar lain tangkap subjek sendiri dan lain-lain lagi. Kami sentiasa 'dihiburkan' oleh bunyi-bunyi burung yang berulang kali (bunyi sama) ala-ala dalam hutan tebal agaknya tapi kurang berjaya sebab membingitkan suasana. Lagipun suara burung tu diulang banyak kali, bukan menghiburkan malah menyakitkan telinga agaknya.

Berehat sebentar untuk memperbetulkan punggung yang senget
dan juga gincu yang dah bersepah.

Bersiap untuk sesi berikutnya yang hampir selesai

Nampak berisi bila senyum dan solek macam ni tapi masih cantik

Sempat lagi tunjuk muka penat

Teman-teman serumah model merangkap pembantu tak tetap. Tetap
senyum walaupun kegigihan sejak dari pagi.

Ini gambar hadiah untuk kami ikhlas daripada pasukan/team jurufoto untuk sesi itu. Yang seronoknya, selepas ini kalau ada apa-apa sesi fotografi dengan Lynda, Abg Ajib & Kak Yong Putri ajak ikut sertai mereka sekali dan dari situlah kita boleh belajar teknik solekan sempurna dari Kak Yong serta teknik mengambil gambar daripada Abg Ajib. Insyaallah jika ada masa, kami akan ikut sekali (^_^)

Kalau korang nak tengok selanjutnya mengenai Abg Ajib dan juga Kak Yong, silalah rajin-rajin klik link kat bawah ni. Selamat berhibur (^_^)
            Jurusolek (Kak Yong) :  http://www.puterimonaroziana.blogspot.com/
               Jurufoto (abg Ajib) :  http://www.criticalphoto.blogspot.com/

HUJUNG MINGGU YANG SEMPURNA DAN HEBAT (^_^)

SESI FOTOGRAFI 1 : Bersama ANIS di Taman Hutan Bukit S.U.K Shah Alam

| Sunday, 20 February 2011
Hujung minggu kali ini amat bermakna dan sungguh hebat walaupun penat tapi penat itu dapat dilindungi dengan kepuasan yang tahap maksimum yang tak pernah aku rasa sebelum ini. Bayangkan keluar pagi seawal jam 9 pagi dan pulang selewat jam 11 malam. (kalau mak aku tau, mesti kena marah/amaran). Semuanya kerana ilmu tapi secara tak formal. Sesi fotografi yang sebelum ini aku tak pernah sertai dan tak pernah rasa sehebat ini. Hasilnya?lagi la hebat dan memang tak sama dengan apa yang aku dapat sebelum ini.

'Reflector' itulah yang mengurangkan bayang-bayang dan juga gelap di bahagian hadapan 
gambar jika anda membelakangi cahaya. Dapat pegang ini pun dah 
kira okay apa, ilmu jugak kan. Bukan senang nak dapat peluang 
macam ini.
 
Sebenarnya, aku mengambil peluang untuk turut bersama dengan Anis & Lynda untuk sesi fotografi masing-masing. Anis di Shah Alam dan Lynda di Putrajaya. Tapi Aku nak cerita pasal Anis dulu la. 

Inilah lokasi sesi fotografi yang telah dipilih oleh jurugambar Anis. Agak sunyi kawasan ini
tapi semasa kami datang, kebetulan ada sekumpulan pelajar sekolah sedang mengadakan 
aktiviti mereka. Jadi meriah sikit suasana di sini. Tak lama selepas itu, ada beberapa 
pasangan pengantin yang juga mengadakan sesi fotografi mereka di sini.

Lokasi : Taman Hutan Bukit S.U.K Shah Alam
Waktu : 10 pagi hingga 2.30 petang
Jurugambar : Ezad Hafidz dan Paman Aheri
Tema: Warna-warni 
Sedang mencari sudut yang sesuai dan juga melihat keadaan cahaya matahari 
serta latar belakang yang sesuai

 Jurugambar tidak perlu memakali pakaian seperti model kerana korang tengok la
sendiri gambar ni. tengah-tengah panas dengan peluhnya, siap cangkung duduk kat
tanah.Cukuplah dengan hanya mengenakan t-shirt biasa dan juga seluar yang selesa
untuk bergerak. Tapi hasil gambar mesti HEBAT!

 Anda lihat hujung sana nampak tak jurukamera berbaju putih?betapa jauhnya jarak
lensa dan juga subjek semata-mata untuk mendapatkan hasil yang cemerlang
 
Seperti yang telah dibincangkan oleh Anis bersama dengan jurugambar beliau, kami bertemu di McDonald Seksyen 2 dan sarapan di sebuah restoran di sana juga dan kemudiannya meneruskan perjalanan ke lokasi yang telah dipilih. 

Nor, salah seorang 'assistant' selain daripada aku. Kami ni banyak tangkap 
gambar di sebalik tabir je sebab tak mahu kacau sangat sesi fotografi yang 
memerlukan fokus yang lebih. Dalam gambar ni sebenarnya ada 'reflector' besar
yang tak berapa nak pantulkan cahaya terang tu dekat muka mereka ni. 

Masih terpelihara suasana di lokasi penggambaran ini walaupun banyak pokok dah ditebang tapi bila dah ditebang, akan meninggalkan kesan yang tersendiri. Tengoklah gambar di atas, kayu-kayu yang dipotong ditinggalkan begitu sahaja sekaligus sebagai salah satu elemen yang membantu dalam fotorgrafi yang terbaik.

Rehat 5 minit digunakan untuk memperbetulkan struktur muka yang dah senget 
dan makin senget kalau tak dibetolkan. Jurumekap didatangkan khas daripada sebuah
firma dari Kuala Lumpur iaitu Pentago ..(^_^)

 Lensa besar dan panjang ini memang membutakna aku teruja untuk mengambil gambar. Berdasarkan info dari Encik Ezad, rasanya nama lensa ini TELEFOTO 300mm (kegilaan sepupu aku tapi tak beli lagi). Kalau nak tangkap gambar Anis ni, jaraknya yang diambil lebih daripada 8meter. Sebenarnya lensa ini gunanya
untuk tangkap gambar hidupan macam burung, monyet, dan juga haiwan-haiwan yang tinggal  
di dalam zoo, taman burung dan juga safari. Lensa ini milik Encik Paman kita ini.
 
 Memang cukup teruja dengan sesi fotografi ini kerana aku dapat banyak benda walaupun bermula dengan 'reflector' ataupun pemantul cahaya. Tapi lama-lama makin bertambah dengan benda tu benda ini dan banyak lagi. Sesi fotografi ini sebenarnya untuk Encik Ezad sendiri iaitu utuk artikel beliau mengenai Colour Contrast kalau tak silap. Tak kisahlah apa tajuknya tapi apa yang penting masing-masing dapat apa yang kita nak kan.

Awan 1: belajar edit sikit-sikit secara sendirinya menggunakan Adobe Photoshop CS 3 sahaja

 Awan 2: makin meriah awan-awan ni bila waktu tengahari menjelma. 
Subhanallah sungguh indah ciptaan Allah ini

 Awan 3 : Cahaya matahari terlindung di sebalik awan yang hampir gelap dan juga 
tebal sekaligus menghasilkan suasana yang sungguh indah walaupun panas terik
 
Awan 4: Semakin lama semakin cantik dan memang indah 
kalau kita pandai menghargainya

Apa yang aku dapat masa sesi fotografi ini?memang banyak tapi ada sesetengah perkataan aku tak berpapa nak jelas. Yang paling penting aku dapat tahu macam mana nak guna 'reflector'/pemantul cahaya dengan betul, bokeh dan juga perangai orang-orang fotografi ini. 

Itulah reflector yang dimaksudkan yang boleh menyebabkan mata semua orang sakit
apabila melihatnya secara dekat dan terus. Juga, bila anda berada dekat dengannya
dan terdapat cahaya, anda akan rasa haba yang terhasil akibat pantulan tersebut. 

 Mengambil peluang untuk mencuba ke atas wajah Nur Eyda. Akibatnya, beliau tak 
selesa dengan benda ini kerana beliau mengalami rabun silau. Macam aku la nor (^_^)

 Ada kalanya kami gila seketika. Macam ni la baru kerja tak tertekan. 

 Bercahaya lebih wajah model! Yang bestnya, walaupun guna reflector, ia tak mendatangkan
kesan kilat pada wajah model. Mungkin juga model tersebut tidak mengeluarkan peluh 
yang banyak macam aku ni. Jadi, aku gagal untuk jadi model (^_^)
 
BOKEH tu dalam bahasa biasanya dipanggil 'blurr' tapi yang selalu aku buat hanyalah 'blurr' biasa. Setelah Encik Ezad tunjuk bokeh tu, baru aku tahu ada lagi yang lagi hebat can terbaik! Bokeh yang bulat-bulat (gambar di bawah nanti). Macam mana boleh wujud Bokeh?daripada cahaya yang keluar.wujud di celah-celah daun dan juga latar belakang kita semasa bergambar. 
 Inilah yang dipanggil BOKEH; anda lihat latar belakang subjek ini. Jika anda teliti 
betul-betul, anda nampak bentuk bulat-bulat hasil daripada cahaya yang keluar di 
celah-celah daun. Dan semestinya, aku belum berjaya untuk melakukan teknik ini 
dengan sendirinya.
 
 Kamilah yang memeriahkan majlis hari itu. Sangat seronok dan banyak 
menimba ilmu fotografi.

 Rehat 5 minit lagi sambil menimba ilmu. Berehat sambil bercakap sehingga 
masing-masing kelaparan untuk minum di waktu tengahari.

 Suasana hijau dan indah tapi kekurangan angin yang menyebabkan bahang panas 
itu terasa dengan kuatnya. 

Lokasi paling popular pilihan pasangan pengantin baru untuk mengambil gambar.

Sesi fotografi diteruskan juga walaupun hari semakin panas.

Memang seronok 

Kamera ni nampak klasik sebab menggunakan lensa yang kecil-kecil dan tak sama yang biasa
kita lihat. Kalau ikut Encik Ezad ni, beliau nak kelainan, sebab tu la beliau guna PENTAX dan juga 
lensa yang lain daripada biasa. Nyata, hasilnya lagi hebat! Yang penting anda kena pandai
untuk menggunakan aplikasi yang ada pada kamera tersebut.
 
 Ini bukan daripada kamera jurukamera tapi daripada kamera digital SONY aku sendiri. Aku cuba untuk mendapatkan hasil seperti jurukamera tersebut tapi kurang menjadi. Seeloknya, kena la belajar dulu baru la boleh jadi macam mereka yang profesional tu.Apa pun, cahaya yang bersinar ke muka itu adalah daripad reflector yang diletakkan di hadapan model.

Okay aku dah berpuas hati dengan apa yang aku dapat daripada sesi ini dan sangat bergembira bersama dengan kawan-kawan. Kalau korang nak tengok apa yang jurugambar ini buat, silalah ke blog mereka di bawah ini:


 Inilah foto kenangan kami berempat. Dari kiri Khairi & Nor (Pembantu Jurugambar), Anis (Model), Ezad & Paman (Jurugambar Terbaik)

TERIMA KASIH UNTUK SEMUANYA (^_^)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean