header

header
hairie

Banjir lagi selepas 5 tahun

| Sunday, 6 February 2011
 Kawasan kediaman salah seorang penduduk kampung di Sri Dayong 3 yang dinaiki air. Kelihatan 
rumah ini berkunci kerana penghuninya berpindah ke Pusat Pemindahan di kawasan pekan Sri Medan. 
Setakat ni yang aku tau pusat pemindahan yang dibuka adalah di Dewan Orang Ramai Sri Medan dan juga sekolah berdekatan kalau tak silap.
Hujan lebat setiap hari yang berlaku di Semenanjung Khususnya di Batu Pahat telah menyebabkan paras air sungai naik secara mendadak dan menyebabkan banjir. Kali ni aku nak kongsi pengalaman/cerita banjir tapi hanya di sekitar kawasan Sri Medan sahaja (agak pedalaman sikit)

Inilah simpang yang mengubungkan Jalan Parit Jalil dengan pekan Parit Sulong. Jika anda lihat gambar ini diambil pada hari Khamis petang 3 Januari 2011 dan keesokan harinya pada sebelah pagi air yang berada di kawasan ini telah surut dan kemudian selebah petang, air telah naik kembali sama seperti gambar di atas. Jika tahun 2006, jalan yang aku berhenti ambil gambar ni dah ada air paras betis.
Pengembaraan bermula pada hari Jumaat jam 4pm bersama bapak aku, abg dan sepupu-sepupu serta pakcik aku. Tujuannya nak melawat mak-makcik aku yang terperangkap dalam banjir ni. Diorang tak pindah sebab rumah diorang boleh duduk lagi. Untuk ke Sri Medan (rumah mereka), kalau anda nak pegi kena lalu Lebuhraya Utara Selatan melalui tol Yong Peng dan ikut jalan potong keluar ke Sri Dayong 3, kalau korang nak pergi la. Sebab, laluan utama ke kawasan perkampungan di Sri Medan dinaiki air akibat limpahan air sungai berdekatan.

Cuba tengok air banjir tu, jernih kan dan bukannya keruh. Mungkin ini air sungai dan sungai sekarang dipenuhi air banjir yang keruh yang mengalir terus ke arah laut. Menarik bukan dan mungkin juga air yang melimpah ini telah bercampur dengan atau pun mengalami proses tapis semasa melalui kawasan tanah yang terdiri daripada pelbagai jenis tanah.
Bayangkan dari Parit Sulong semata-mata untuk tengok banjir di Sri Medan dengan melalui pekan Parit Yaani terus ke Plaza Tol Yong Peng Utara dan ikut jalan potong berhadapan dengan Hentian Sebelah Yong Peng arah selatan dan perjalanan pulang pun lalu jalan yang sama. Kalau ikut pekan Sri Medan, kami akan tersangkut/tersadai di Parit Terus (beberapa kilometer dari SMK Sri Medan) sebab air dah naik kat sana. Trak tentera sahaja yang boleh melalui kawasan tersebut. Kesimpulannya kenderaan biasa tak boleh masuk ke kawasan kampung dengan bangganya yek.

Lokasi pertama yang dituju: Jalan ini (rasanya nama jalan ni Jalan Parit Haji Ariff) yang menghubungkan terus ke pekan Sri Medan daripada kawasan pedalaman. Jika anda lihat pintu air berwarna biru itu terdapat simpang (simpang 4) jalan masuk ke kampung (Sri Dayong 4) tapi telah dinaiki air tapi. Rumah putih tu kalau tak silap baru je siap tapi dah kena banjir. 

 nak cuba jalan kaki atas air tu takut terpijak apa-apa sebab kelilingnya adalah kawasan ladang. Mana tau tiba-tiba ada benda melilit ke ape ke kita tak tahu kan.
Sepanjang perjalanan dari rumah ke sana kami melalui kawasan banjir. Dari pekan Parit Sulong yang airnya semakin naik disebabkan oleh air pasang dan juga simpang ke Jalan Parit Jalil hampir ditenggelami air tapi masih boleh dilaui oleh semua kenderaan. Cuma kawasan kedianam penduduk kampung yang terjejas teruk. Ada yang berpindah dan ada juga yang masih tinggal.

Dan ini pula ladang sawit bapak aku punya. Tak risau sangat sebab pokok dah besar cuma buah yang dah masak tu kalau dah waktunya kena petik agak rugi la.Dah banjir macam mana nak petik kan. Pondok kat kebun tu masih selamat lagi tak hanyut. Agak dalam jugak air banjir kat sini. Hampir ke lutut.
Orang-orang kata, banjir di Parit Sulong ni disebabkan oleh air banjir daripada Segamat. Kalau ikut peta, daerah Segamat ni terletak di tengah-tengah negeri Johor. Dan bersempadan dengan Batu Pahat. Dan air sungai mengalir ke arah kawasan Sri Medan dan  Parit Sulong. Kalau banjir di Segamat makin surut maknanya banjir akan berlak pula di Batu Pahat khususnya dua pekan ini. Sungai yang ada tak mampu nak tampung kuantiti air yang banyak dan menyebabkan berlakunya limpahan yang besar dan berlaku dengan cepat. Biasanya bila air dah sampai, masa untuk surut tu agak lama mungkin disebabkan kejadian air pasang surut di laut dan juga kuantiti air yang banyak yang turun dari Segamat. Walaupun cuaca panas terik sekali pun memang lambat surut. Lagi 1 mungkin jugak Empangan Bekok pecah ataupun pelepasan air di Empangan Bekok & Empangan Sembrong akibat tak mampu nak tampung air takut kalau pecah lagi la teruk banjir ni.

Lokasi seterusnya Sri Dayong 1 rumah besan nenek aku. Hampir sunyi dan memang sunyi. Dah la bekalan elektrik dimatikan atas sebab-sebab keselamatan. Tuan rumah tak mahu pindah dan nasib baik boleh duduk lagi walaupun dah dikelilingi air. Mungkin mereka ni dah bersedia agaknya berdasarkan 
pengalaman banjir lepas.

Bagi yang tak pernah merasai banjie sebesar ini, pengalaman mencelupkan kaki dalam air banjir memang best. Kalau dah duduk kampung memang kampung namanya pun.haha..Aku rasa kan siapa-siapa nak shooting kahwin boleh cube la kat ladang-ladang getah/sawit yang ada ni. Memang cantik la.
Sepanjang pengembaraan, macam-macam yang kami nampak. Terutamanya air lah, dah memang namanya banjir jadi air je lah yang kami nampak. Itulah kuasa alam. Tak kira besar mane rumah kau, cantik ke hebat mane pun tetap akan tenggelam jugak kalau kawasan tu rendah dan menjadi laluan air. Sungai dah tak mampu tampung air, jadi air ni ikut la celah-celah kebun siapa-siapa yang dia nak masuk. 

Ni rumah mak cik aku. Cantik kan walau pun dilanda banjir tapi tambah lagi cantik la kalau ada air macam ni kan. Kalau nak masuk rumah dia ada dua pilihan sama ada anda nak meredah banjir ataupun merasai pengalaman pertama kali naik sampan kecil yang ibarat berada di tengah lautan. gayat derr...

 Lokasi kediaman ini terletak di Kampung Jalan Parit Hj Ariff di mana majoritinya rumah yang terdapat ditenggelami air sehingga paras lutut dan di penghujung kampung ini terdapat jalan potong ke lebuhraya PLUS.

Ini suasana bahagian dapur rumahnya. Dah tak boleh buat apa dah tapi nasib baik sempat 
kemas barang. Peti ais dan semua barang elektrik sempat bawak naik rumah atas.
Kesian dengan haiwan ternakan yang tak sempat nak selamatkan diri. Ayam ni pun boleh duduk atas reban je. Lembu-lembu pun letak kat tepi jalan je. Yang peliknya masa banjir ni la aku tengok bnayak ayam baru je menetaskan anak masing-masing. Tuannya pun letak ayam-ayam kecil ni dalam bakul dan 
diletakkan tepi jalan je. Gerenti selamat.

 Waku banjir ni tak tahu nak buat apa jadi macam ni je la. Duduk rumah tengok tv dan makan jika ada makanan sebab kata orang kalau waktu banjir ni cepat lapar..

 Keadaan bawah rumah yang dipenuhi ar macam dalam tasik dah. Tenang je air tanpa bergerak. 

 apa yang anda nampak? Hanyalah rumah ini dan juga jambatan serta jalan. Mana parit?Air parit tu dah melimpah dan sama rupa dengan laman. Kalau silap langkan anda boleh  jatuh dalam parit. 
Jadi hati-hati dengan banjir ok.

 Merasai pengalaman mendayung. Terumbang ambing rasanya macam nak tergolek. 
Kalau salah dayung kita boleh ke arah lain.

 Rasakan lagi. Tak mahu mendayung kami cube berjalan dlam air. Paras peha jugak. 

Meniggalkan kenangan banjir sebelum balik. 

Inilah untungnya kalau ada rumah atas. Dapur kena banjir pun masih boleh duduk lagi. Kalau nak pergi pusat pemindahan pun tak selesa. Bising, ramai dan panas. Lebih selesa duduk rumah sendiri.

 Banyak jalan terputus hubungan di mana menyukarkan penduduk untuk keluar membeli keperluan harian mereka. Tapi nasib baik ada trak tentera yang tolong hantar bekalan, itupun jika ada. Bagi yang terperangkan iaitu Kampung Parit Hj Ariff sehingga ke hujung kampung (berhampiran lebuhraya PLUS), pekan terdekat yang boleh dihubungkan adalah bandar Yong Peng. Seperti aku cakap kat atas tadi, ikut jalan potong di Hentian Sebelah Yong Peng. Ambil masa beberapa minti je nak sampai bandar Yong Peng. Tak jauh mana kot. Motosikal sahaja yang boleh digunakan. Kenderaan 4 roda tak boleh la. 

Ini pula gambaran ringkas suasana banjir di Parit Jayus, Sri Medan. Mereka ni pun terputus hubungan jugak sebab jalan yang menghubungkan ke pekan Sri Medan dah ditenggelami air. Jadi paling dekat mereka akan ke pekan Kangkar Senangar ataupun pekan Parit Sulong

Rumah secantik ini pun ditenggelami air. Yang ni penghuninya dah pindah ke pusat pemindahan. 
Begitu juga dengan kawasan sekitarnya, keadaan yang sama. 

 Jika berkemampuan, bot berkuasa enjin menjadi pengangkutan utama di sini tapi
hanya lalu di parit je la. Kalau lalu kebun ke jalan ke habis rosak kipas enjin nanti.

 Dua gambar di atas ni berda di kawasan yang sama iaitu di Parit Baru. Jalan juga terputus akibat lintasan air. Kawasan kediaman yang berhampiran dengan sungai memang ditenggelami air kerana selagi air boleh bertakung selagi tu la air kaan memenuhi kawasan tersebut.
Rasanya banjir tahun 2006 lagi dahsyat daripada kali ni sebab mungkin hujan yang tidak berlarutan sepanjang hari sehingga sekarang. Dan jalan Muar-Yong Peng (berhampiran pekan Parit Sulong) tak terputus hubungan. Insyaallah harap-harap semuanya akan kembali pulih macam biasa.

Yang ni pagar penghadang di sepanjang parit di kawasan Pekan Parit Sulong. Walaupun sudah didinding konkrit dan sungai telah didalamkan, kuasa alam tak mampu dilawan oleh manusia. FIKIRKANLAH bersama..







7 Readers:

{ chocochoky } at: 6 February 2011 at 18:33 said...

skali tgk cam best je main air banjir, swimmnig poll free..
tp terseksa jiwa raga..

{ hairie } at: 6 February 2011 at 18:37 said...

ahaha.xde nye istilah swimmimg pool...xnk aku! bukannye brsih sgt pn air tu... haha..ckup la sakat nk bersuka2 je..hahah...

memg trseksa jiwa raga...kesian tgk mereka yg trprangkp..n haiwan2 trnakan skali

{ Nur Eyda } at: 6 February 2011 at 23:41 said...

tetap nk cakap awk org pelik melawat kawasan banjir dgn baju yang cantik ya!..hehehehehe

{ hairie } at: 7 February 2011 at 09:42 said...

haha..ape2 lah nor ..yg pnting gmbo cntik..hahaha...sbb tu la kne pakai cntik2...haha

{ Azwa Azee } at: 11 February 2011 at 10:08 said...

tang gambar cantek tu agree..hehhe

tp tang nak mandi...x pyhlah..bukan bersih pun..:)

{ hairie } at: 11 February 2011 at 15:23 said...

memg la aku xkn mandi kt sini wey..dulu kecik2 boleh ar..skrg ni dh besar..dh tau mane yg bersih n kotor..hahaha

{ Nurul Parhana } at: 3 May 2012 at 20:53 said...

Kalau Kat Seri Bengkal pun lbih kurg kn??
stiap rumah kat situ 2 tingkat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean